JIKA..

05 December 2009



Jika luka dan kecewa akan menjadi masa lalu pada akhirnya, Mengapa mesti dibiarkan meracuni jiwa....... Sedang ketabahan dan kesabaran adalah lebih utama.......

Jika kebencian dan kemarahan menjadi masa lalu pada akhirnya, Mengapa mesti diungkit sepenuh jiwa....... Sedangkan memaafkan dan menahan diri adalah lebih berarti.......

Jika hidup akan menjadi masa lalu pada akhirnya, Mengapa mesti diisi dengan kesia-siaan....... Sedang ketegaran akan lebih indah dikenang nantinya.......

Jika kesedihan akan menjadi masa lalu pada akhirnya, Mengapa tidak dinikmati sahaja....... Sedang ratapan dan tangisan tidak dapat mengubah apa-apa.......

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, Yang mencipta segalanya, Yang menimpakan ujian, Yang menjadikan sakit hatimu, Yang membuatkan keinginanmu terhalang, Serta menyusahkan hidupmu, Pasti akan damailah hatimu, Kerana tak mungkin ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.......


Bukan ALLAH tak tahu deritanya hidupmu, Retaknya hatimu, Tapi memang itulah yang DIA mahu....... Kerana DIA tahu, Hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA......."

0 Budak Hitam: