Rempit V3 jadi Samseng Jalanan V3??

13 December 2009

Filem arahan farid kamil iaitu Rempit V3 dari dulu sampai sekarang xhabis2 mengundang kontroversi..

Kontroversi pertama bermula dengan Poster Rempit-V3 yang diharamkan oleh pihak berwajib kerana memaparkan gambar punggung wanita yang agak seksi dan gersang gitu.



Kemudian isu itu selesai dengan keluarnya poster baru yang dibenarkan. Kali ini wanita di dalam poster pertama tidak lagi menunjukkan punggung yang montok tetapi lebih kepada gambar dari sisi tepi. Kelihatan tajuk juga ditukar dari Remp-it V3 kepada V3 sahaja dengan tagline “Samseng Jalanan”. Dan pada masa tu memang confirm cerita ni akan keluar dengan tajuk “V3 Samseng Jalanan” tanpa adanya ayat rempit pada tajuk filem tersebut.



Selepas segalanya dianggap selesai, salah seorang krew Oh! Artis mendapat tahu bahawa V3 Samseng Jalanan disahkan telah diharam-tayang oleh Lembaga Penapisan Filem (PLF) kepada umum sekaligus mendatangkan kekecewaan yang bukan kepalang kepada David Teo, Farid Kamil, para pelakon dan semua krew yang terlibat dalam pembikinan filem V3 tersebut.

Alasan yang diberikan oleh Lembaga Penapisan Filem, filem tersebut tidak lepas tapis kerana terdapat lebih dari 60% adegan yang melibatkan lumba haram. Pendapat kami ketika itu hanya satu. Bila filem kita nak maju kalau sikit-sikit nak haram, sikit sikit nak haram? Tak keluar cerita macam tu pun, sampah-sampah dah memang lama terbiar kat jalan-raya tu beraksi secara haram.

Farid Kamil dan semua krew terlibat akhirnya terpaksa membuat rakaman semula bagi menggantikan scene-scene yang tidak lepas tayang tersebut bagi mengelakkan kerugian kewangan dan juga kerugian bakat dan seni yang harus ditampilkan kepada umum.




Penantian satu penyeksaan. Tahniah buat Farid Kamil, David Deo dan semua yang terlibat menjayakan filem tersebut biarpun penuh rintangan onak dan duri. Menurut Farid Kamil selaku pengarah filem ini, filem ini akan ditayangkan pada bulan March 2010 akan datang.

Filem-filem di Malaysia sememangnya dahagakan filem aksi yang bermutu. Jadi kami harap filem V3 ini dapat memberi satu impak yang besar kepada penonton. Tiada apa yang patut diharam-tayangkan kerana pada kami setiap kesudahan cerita pasti ada pengajaran yang hebat melekat di kepala-kepala mat rempit luar sana contohnya kematian, ditangkap dan sebagainya. Hiburan adalah hiburan. Perangai anak macam lahanat, salahkan mak bapak yang tak pandai mendidik. Bukan salahkan filem.


PERGHHHHH....
AKU DAH X SABAR NK TGOK CITE NIH...
DAH LA 'ABG' AKU BERLAKON LAM CITE NIH..
EKEKEKE...

1 Budak Hitam:

Anonymous said...

wakakakkaa...
abg lu kew..????