Miyabi ajak Ariel berpasangan

06 July 2010


JAKARTA: Gara-gara video lucah Ariel bersama Luna Maya dan Cut Tari, bintang pornografi Jepun, Maria Ozawa, tiba-tiba menjadi buruan media.

Kata Maria, dia tertarik dengan penampilan vokalis kumpulan Peterpan itu dan bersedia beraksi sebagai pasangannya dalam filemnya akan datang “Saya tertarik kepada Ariel bukan kerana melihat aksinya dalam video, tetapi kerana dia memiliki ciri lelaki hebat, seperti wajah yang kacak dan tubuh sasa,” katanya dalam temu bual dengan akhbar tempatan, semalam. Temu bual lisan itu dilakukan secara langsung melalui Internet.

Maria, 23, yang juga dikenali sebagai Miyabi, adalah primadona filem lucah Jepun dan pernah menjayakan penggambaran cerita Menculik Miyabi, baru-baru ini.

Dia memiliki darah campuran Jepun, Kanada dan Perancis.

Justeru, kata Maria, dia tidak menolak kemungkinan akan berpasangan dengan Ariel, 28, pada masa depan.

Dalam temu bual itu juga, Maria menyatakan simpati terhadap Ariel yang terperangkap dalam isu video lucah bersama Luna Maya, 26, dan Cut Tari, 32.

Pada masa sama, kata Maria, klip video itu menjadi buruan sebahagian besar warga Jepun.

“Saya antara peminat rakaman video itu dan sentiasa mengikuti perkembangan Ariel,” katanya.

Disebabkan minatnya itu, Maria juga lebih mengetahui mengenai seni suara Indonesia.

“Saya memiliki dua lagu Peterpan dan muziknya amat menyenangkan,” katanya.
Sebenarnya, kata Maria, semua ciri fizikal Ariel unik pada pengamatannya.

Katanya, ia menyebabkan Ariel menjadi rebutan ramai wanita.

Mengenai filem yang mungkin dilakoninya bersama Ariel, Maria berkata, ia bukan aksi lucah seperti kebanyakan penampilannya.

Malah, katanya, dia sendiri tidak berlakon sebarang filem porno sejak tiga tahun lalu.

“Mungkin saya lebih sesuai membawa watak sebagai pasangan Ariel dalam filem romantik, seram atau komedi,” katanya. - Agensi

1 Budak Hitam:

diriku said...

xleh nk brpasangan lg sbb ariel kna thn lg..ha2