Rumah Seram Bernombor 57

14 February 2011




Assalamu'alaikum...

aku ni nak kata berani, xdela berani sangat.. nak kata takut, takut ala kadar jela.. kalau da jumpa benda yang pelik tu, memang berdegup kencang gakla jantung yang mengepam darah ni.. tapi setakat ni, alhamdulillah x pernah berjumpa dengan mana2 lagi makhluk Allah yang kerjanya yang nak menakut dan menyesatkan orang ni..

aku nak cerita sikitla kisah2 seram yang aku dan member2 pernah alami kat dalam rumah 57, rumah yang kami sewa selama 2 tahun..

alkisah aku...

pada suatu malam di rumah sewa, aku dan member memang berjaga lewat malam untuk study sebab keesokkan harinya ada exam.. kitorang ni jenis yang study last2 minutes.. nak dijadikan cerita, lepas semua habis study dalam pukul 4 pagi, kitorang masuk bilik masing2 untuk melelapkan mata.. bilik yang aku duduk tu bilik belakang. mesti la ada tingkap kan.. aku pun merebahkan kepala.. posisi aku masa tu, kepala di bahagian tingkap dan kaki menghadap pintu bilik. sebelum nak tutup mata, aku renung dulu siling bilik tu sambil mengingat balik apa yang aku hafal tadi.. tengah2 syok mengingat, tiba2 ada satu bayang gelap menyerupai orang kat siling. aku tutup mata dan bila bukak mata balik, bayang tu da xde..perghhh meremang gak r masa tu.. nak x nak, aku kejut member sebelah. tanya dia kot2 dia ada nampak gak ke.. tapi jawapan dia hampa bagi aku.. waaa memang aku tido dalam kegerunan sampai ke pagi.. tapi syukur benda tu dah x menagacau aku lagi da lepas tu...


alkisah A...

tah macam mana hari tu, dia tertido waktu asar dekat2 nak senja gak la.. member2 yang lain keluar pergi makan petang.. so tinggal la A ni tido sorang2.. tengah sedap2 dorang ni makan, tiba2 A ni call suruh balik cepat.. awatnya? ada kecemasan ke? yang si A ni plak x bgtaw sebab apa.. dorang pun bergegas la balik takut something bad happen berlaku kat A ni. sampai je dorang kat umah, barulah A ni cerita yang ada setan ganggu dia.. ceritanya lebih kurang macam ni.. waktu A ni tido petang tu, dia terjaga. time dia terjaga tu, dia nampak jelmaan dia sendiri dok merenung dia sambil mengilai.. wahh.. muka jantan tapi suara pompuan.. sahh setann!! padanla A ni call suruh balik cepat.. dia dah ketakutan.. tula, tido time senja lagi..


alkisah Z...
kisah ni berlaku time cuti sem.. tapi si Z ni x balik bercuti sebab dia amek program intersesi untuk cover paper yang dia x lepas.. kira nak grad cepatla. so dia dan 2 orang lagi dok menginap kat rumah sewa tu.. lepas habis je study, semua amek keputusan untuk terus tido je. malas da nak melepak lagi.. so tidurla kesemuanya.. posisi tidur Z plak, dia yang tengah2, diapit lagi 2 orang member.. tapi malang bagi Z, dia terjaga dari tidur entah sebab apa pun xtaw. bila dia bukak je mata, nahh ko.. seekor setan yang menyerupai perempuan, berambut panjang tengah dok berdiri atas member sebelah kanan dia.. walawehhh!! kalau korang, apa tindakan? dia kata, dia hanya mampu mengerakkan jari telunjuk untuk kejut member sebelah. kaku beb! akhirnya dia dapat gak kejutkan member tu, then terus bukak lampu.. berpeluh satu badan dia malam tu!

-------------------------------------------------

sebenarnya banyak lagi kisah2 seram dalam rumah 57 tu.. cuma aku x berkesempatan nak korek sepenuhnya dari member2 umah sebab aku x selalu menginap kat rumah tu.. time ada exam je baru aku menginap.. kalau korang nak taw, antara banyak2 rumah kat dalam taman perumahan kitorang tu, rumah 57 la yang paling gelap dan seram sekali.. tapi kitorang wat derk je.. paham2 jela kan kalau student dok menyewa satu rumah tu beramai2, riuh giler.. sebab tu la kot kitorang sering diganggu.. huhu

pesan aku, jangan takut sangat, jangan berani sangat.. benda tu suka kat orang yang lemah semangat dan suka kat orang yang suka mencabar... so jaga tingkah laku walau di mana pun korang berada.. lagi2 kat tempat sunyi, hutan, kat mane2 jela.

yang penting sekali, solat kena jaga.. :)


psst~! syaitan ni pun makhluk Allah jugak, cuma janji dia dengan Allah yang membuatkan kita sering terlupa kepadaNya.

6 Budak Hitam:

tomato said...

waa~ sebek ceq tak pnakot .. hee :P

Kak Mahh said...

Kalau baca malam-malam denga penuh perasaan...takut juga.

Unknown said...

hahhaha..bace tgh hari..kompem x tkot..

aishareoils said...

mase kt ostel dulu ade mende pnah menyerupai ecah n kaco rummate ecah...2x mende 2 menyerupai ecah..huhu...takot beb denga...

Arya Putra said...

aku musykil..ade je orang datang ke blog aku dari link ni..
padahal aku takde kasik komen pon sebelom ni..aneh..

hehehe!

Unknown said...

Arya Putra

entah..hahahhaa..aku pon x tau..