Saya, Awak Dan Dia?

28 February 2011


awak, awak dah ada dia. tapi napa awak bagi perhatian pada saya. awak buat saya rasa istimewa. saya pun anggap awak insan istimewa dlm hati saya. berkali-kali saya minta kepastian siapa saya di hati awak. awak kata takde apa. saya terima aje apa awak kata. walau apa jawapan awak saya tetap terima. maklumlah awak dah ada dia.

tapi nape bila saya tak layan awak je awak terasa hati. awak siap nangis lagi takut saya tinggalkan awak. bila gitu saya pun ingat awak mmg sayang kat saya. bila tengok muka awak yg sedih tak bermaya tu saya pun pasti walau tak berapa sangat yang dlm hati awak tu ada saya.

saya heranlah awak nape bila jumpa awak saya tak rasa apapun. takde pun berdebar-debar. biasa je. saya pun pelik. mcm takde apa perasan pun kat awak. tapi nape bila tak jumpa saya asyik teringat je kat awak. apa perasan saya yang sebenar ni. saya suka awak ke. mestilah suka kalau tak, takkan lah saye leh sakit hati bila awak tepon or sms dia. apalah saya ni.

bila tengok awak baik dgn dia saya pun rasa nak undurkan diri. sebab awak pon tak mungkin tinggalkan dia. sapelah saya ni. saya mls layan awak saya layan org lain je. muka awak pun saya tak pandang. dan setiap kali tulah awak buat muka seposen awak tu. KENAPA AWAK?! awak suka mendera perasan saya. sebab bila tengok muka awak tu saya mesti kesian kat awak. saya tak jadi buang awak dari hati saya.

satu hari saya nekad bagitau awak SAYA SUKA AWAK. ingat senang ke perempuan cam saya nak ucap pada lelaki. awak plak suruh saya buang perasaan saya ni. awak nak setia pada dia aje. saya tak marah pun bila awak ckp camtu. sekurang-kurang awak bagi saya jawapan. saya pun kata takpelah sape saya ni nak dibandingkan dengan dia tu. saya dan awak pun tak serasi.

selama tak jumpa awak saya dapat lupakan semua kenangan kita bersama. takde satu pun yang tinggal. mudah pulak saya lupakan mungkin selama ni pun dah byk kali saya nangis sbb awak. awak aje tak tau sbb saya nangis kat rumah. hati saya dah byk kali hancur bercantum hancur dan akhirnya hancur luluh berderai. tak mungkin bercantum lagi.

bila jumpa balik awak, awak cuba nak berbaik dgn saya. tapi saya tak mampu nak wat cam takde apa awak. awak suruh buang perasaan SUKA. bila suka dibuang apa yang tinggal? BENCI... itu ke yang awak nak.. awak awak saya tak mampu nak benci awak. nak buang perasan suka ni saya kena buang awak sekali. saya terpaksa tak hiraukan awak walau hati saya sakit nak wat camtu. tapi takpelah biar saya korbankan diri ini demi awak.

awak bila fikir balik saya dan awak pun sbnrnya tak pernah borak2 dalam realiti. saya dan awak cuma sms je. bila jumpa saya tak reti nak borak dengan awak. saya dan awak pun jarang berbaik. saya pun suka marah2 awak. dlm sms je baik. saya pun pelik. nape jadi camni.

awak akhirnya saya dah dpt jawapannya. saya dan awak semmgnya tak serasi. ibarat ajai dan nurul tu. dah tak serasi lagi. saya dan awak tak boleh berkomunikasi dlm alam realiti. boleh sms je. ini kenyataannya awak. dari dulu lagi camni. sekarang pun sama.

sekarang ni dia pun nak tinggalkan awak. awak baru nak terkejar-kejar dia. kesian awak. saya hanya mampu melihat aje awak. ini nasib awak. awak yang cari sendiri. saya pulak masih macam ni. macam saya yang dulu. tapi saya tak kan menoleh pd awak lagi. hati saya dah tertutup selamanya dan tak mungkin terbuka lagi untuk awak.

saya lebih gembira sekarang ni awak. saya hrp awak camtu jugak. mungkin lebih lagi. terima kasih awak kerana pernah mewarnai hidup saya yang singkat ini

4 Budak Hitam:

.nuruashia. said...

ehh.. len mcm jee bunyik ayt last tu..
what happen next niq?

Nabila Shamsudin said...

sedih... :(
sbb pernah alami situasi cmni...
cume lain sikit kat ending...

AZRINA said...

sekarang ni dia pun nak tinggalkan awak.(padan muke die) awak baru nak terkejar-kejar dia.(nk kejar saye balik.saye pn xsudi sbb dh ade encik evo time tu..hahahah) kesian awak. saya hanya mampu melihat aje awak. ini nasib awak. awak yang cari sendiri. saya pulak masih macam ni. macam saya yang dulu. tapi saya tak kan menoleh pd awak lagi.(baik sayang en evo sorg je) hati saya dah tertutup selamanya dan tak mungkin terbuka lagi untuk awak.

saya lebih gembira sekarang ni awak. saya hrp awak camtu jugak. mungkin lebih lagi. terima kasih awak kerana pernah mewarnai hidup saya yang singkat ini(xbest pn ngn die tu..buat sakit hati je..hahah)

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

oh... encik, adakah kamu perempuan???
' ingat senang ke perempuan cam saya nak ucap pada lelaki'
hehhe...

memang gitulah nasib kaau kita suka dekat orang, orang tak suka dekat kita...
(n_n)