alahai..bulatnyer pp dia..hik..hik...^_^
dah2..ape aku mengarot nih..ahhahahhaa..meh2 aku nk cerita 1 kisah pasal cik epal nih...kecian kat dia tau x...hukk..huk....
kilat. Terus call balik phone Cik Epal. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Cik Epal hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.
Dia kenal Cik Epal sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran
dengan keluarga Cik Epal. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Cik Epal mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Cik Epal waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Cik Epal main askar-askar tapi Cik Epal cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Cik Epal, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Cik Epal berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Cik Epal kayuh basikal sorang-sorang.
Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the
gang' yang mengganggu Cik Epal masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula
lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Cik Epal
"Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks
Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.
Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Cik Epal tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba
hubungi telefon Cik Epal tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu,
fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Cik Epal
Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah Cik Epal
dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru
ni, ada rumah di kawasan perumahan Cik Epal dimasuki perompak. Dia berdoa jika
rumah Cik Epal dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu
diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Cik Epal tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.
Dia bercinta dengan Cik Epal sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Cik Epal dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini, keluarganya akan masuk meminang Cik Epal. Cik Epal akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya
itu.
Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Cik Epal. Sebaik berhenti di depan rumah Cik Epal, Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Cik Epal. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Cik Epal, Cik Epal". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Cik Epal. Dia dengar esakan Cik Epal. Cik Epal menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk
lagi pintu bilik Cik Epal sambil panggil nama Cik Epal. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Cik Epal. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Cik Epal, dia tengok Cik Epal teresak-esak atas katil. Rambut Cik Epal kusut masai, Cik Epal tekup muka sambil menangis. "Cik Epal, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Cik Epal. Cik Epal masih dalam sendu. "hu...hu..." " Cik Epal, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Cik Epal. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Cik Epal. Hakim goncang bahu Cik Epal. "Cik Epal, what hell is going on...tell me!!"
MMmm "Bang, Cik Epal lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi."
17 Budak Hitam:
cett !!! sis ingat ye lah apa2 jadi pd cik epal.
hahahahahaahahahaha.....
nasib baik Hakim sayang cik Epal...
kalau tak,......
cik epal lain kali kalau lapar, post dekat blog, konfem ramai yang nak dtg belanja..:P
HAHAHAHAHHAHA.. cara promote terbaik der.. serius.. sgt kreatif.. huhuhuhu
Hahaha .. sekali kebulur ke. Ingat apa tadi. Kesian .. cik epal. Kalau saya dekat .. boleh la belanja nasik lemak. Kasi tambah lemak banyak banyak .. muahahaha .. lawak-lawak :D
anastasyea's latest post .. Azma dan Amani | Kawan je ke ?
keh keh keh sian nye,. lapa sangat tu,. kalo saye ade saye bagi la sikit utk lepas hujung bulan tu,. ikhlas tak payah bayar pun cik epal,.. :)
hahhahahhahah, cian cik epal kita
nape tak buat entri je? konpem ramai nak belanje
haha..lawak,lawak
"lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan"
hahahaha lembuttt sangattt lah kannn haha. btw, nice entry =)
Alamakk!! Arggghhh!!! Terkena Plak akuu!! Hurrgghh!!! Cik Epal! meh belasah ini nya dak... haha.. Siot jek... Ingatkan apa td... HOhoho.. Gosip2... Grr
haha, ingatkan cik epal betul betul kena something. rupa rupanya pasal tak gaji lagi ;p
LOL. curious+anxious gila nk tahu ade ape ngn cik epal. =='
ce review blog org org yg x pemes pulak..hiks
Kesian Cik epal tak ada duit nak makan...hehehe
Hakim Kekasih yg sejati
pehh...da fikir bukan2 da tadi!! haha
ai encik afsar tu nak pick up line ke tu :P
LOLLLLLLLLLL..hahahah..igt apa lah td..curious gilesssss...
Jeles!! HAHAHA
Post a Comment