KEPUTUSAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI 2011

25 April 2011



KUALA LUMPUR: Keputusan kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh disemak mulai Khamis ini.

Kementerian berkenaan dalam kenyataan hari ini, berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan pada 10 Julai hingga 10 Oktober tahun lalu boleh membuat semakan itu menerusi laman web KPM di alamat www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan.

Mereka juga boleh menyemak keputusan menerusi khidmat SMS dengan menaip perkataan MOE MAT (jarak) nombor kad pengenalan dan dihantar ke 15888.

Selain itu, keputusan kemasukan ke matrikulasi itu juga boleh disemak dengan menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4083 mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pendaftaran pelajar ke matrikulasi akan diadakan pada 23 Mei ini dan pelajar yang berjaya memohon dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang pendaftaran di laman web KPM yang sama.

Bagi pelajar yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di laman web KPM yang sama mulai hari semakan Khamis ini sehingga 13 Mei ini. - BERNAMA

9 Budak Hitam:

akufakhrul said...

Nak main SEO gk!! hahahaha

NSA_TATMA said...

Allah..... nombor angka giliran lupa la... hadoiii!

Muhammad Helmi said...

Ini yang takut ini...
harap-harap dapat la...(^_^)



Jemput Datang Ke Blog Saya

aNiss :):) said...

khamis nie ea?? thanks sebab share info.. ngee =)

Firdaus Kasim said...

masuk matrik mmg best sbb senang nak sambung ijazah :)


Entri terkini :
10 Tempat Terbaik Promosikan Entri Blog

Kak Mahh said...

Pasti ramai yang tak sabar menunggu keputusan ini.

aliarosli said...

grrrrrrrr,niq

angka giliran niq

cam ne? aku lupe lah

ish, takut lak

harap-harap dapat

Mohd Khairi said...

thanks 4 da info (:

KyêrulL said...

Thanks niQ