Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.
Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah. Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22. Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah.
Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera. Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.
P/S : "hukumnya tetap haram kerana kita mengambil tanpa izin tuannya..klu tuan beras beri izin..beras tersebut dikira halal..klu tuan beras minx balik..haram ke atas org yg amik dan wajib pulangkan beras tersebut..kita ambil hak org len tanpa izin dan kerelaan org tu..
klu kita niat amik beras utk tolong tuan empunya beras untuk mengosongkan jalanrya dan memulangkan kepada tuannya..itu tidak menjadi mslh..
bayangkan la kita, istri n anak2 mkn beras yg haram..abis ati kita..gelap jdnya..ssh nak masuk 'cahaya'..."
Kosmo
4 Budak Hitam:
ye betul... kalau dorang tolong kutip beras sebab nak bersihkan jalan tu oklah tapi kalau amik kesempatan dengan amik terus beras tersebut tak patutlah sebab kita tak tahu tuan empunya beras tu halalkan atau tidak walaupun ada insurans sekalipun... hak tetap hak...
@aizamia3
tp manusia skrg sume bukan nk pk pahala....
ambil kesempatan dikala orang lain sesak...
itulah manusia...
kesian betul dengan mangsa...
betul2....ambik barang yang bukan hak kita...nanti tak berkat hidup~ sebutir beras makan pun tak berkat~
Post a Comment