Mengapa Lelaki Sukar Melafazkan Maaf

11 May 2011


Berbanding wanita, lelaki adalah insan yang sukar menuturkan kata maaf. Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh lelaki, namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah kepada pasangan sendiri. Kali ini kami cuba bongkarkan mengapa ayat ‘maaf’ begitu sukar keluar dari mulut lelaki.



Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi
Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah. Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf. Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasanganya sendiri.


Memperlihatkan Kelemahan Diri
Selain faktor ego yang tinggi, memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan diri lelaki secara terang-terangan. Sama seperti alasan pertama yang berkaitan dengan gambaran persepsi, kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki. Bagi sesetengah lelaki, meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri. Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki.


Tidak Suka Mengaku Kesalahan
Segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan. Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka, lelaki pula bersikap sebaliknya. Sudahlah enggan meminta maaf, golongan ini juga sebaliknya bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah.


Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata Kata
Enggan memohon maaf secara terbuka, sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan. Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka. Pemberian hadiah berupa bunga coklat, barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah proses komunikasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan.


Bimbang Maaf Tidak Diterima
Segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang maafnya tidak diterima. Justeru, tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf. Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya. Malah, mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana, bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut.


Menghindari Pergaduhan
Ada sebahagian lelaki tidak mahu meminta maaf kerana cuba menghindari pergaduhan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan dia pernah mengalami situasi sulit apabila terpaksa berdepan dengan ‘perang kata-kata’ daripada individu terbabit. Biasanya, apabila meminta maaf dengan wanita, bukan kata-kata damai yang akan didengar sebaliknya mereka terpaksa berdepan dengan kata-kata bebelan sebaik kesalahan mereka dimaafkan.

 coretan niq : se"keras" mana dan se"ego" mane lelaki pon..bila dipujuk rayu dengan yang tersayang...kompem cair!!..meleleh!!..ahhahaha..

18 Budak Hitam:

aliarosli said...

meleleh! hhahahha, lame kot tak dengar

aque said...

hurm... susah nak cakap pasal ni... isu sensetip bg setiap lelaki....

tapi setuju yang statment last sekali.. huhuhu

'Atiqah Ibrahim said...

hurm.. kalau kne kaw kaw... baru laki nak mintak maaf....

Anisa Hang Tuah said...

ego lelaki sgt tinggi

Puteri Iqa Izyan said...

ego. =P

Farhan AJ said...

hheheh..macam entry aku baru2 ni je..cume lebih details pasal minta maaf..

http://www.tintapenaku.com/2011/05/mari-mengenal-manusia-ego.html

hhee.NICE entry bro !! :D

KyêrulL said...

kenapa aku senang mintak maaf yea? adakah aku???? whattt HAHAHAHAHAHA

~nsar~ said...

dia selalu ucapkan maaf.. kata dia.. bila dia sayang benda tu salah dia atau betul dia.. dia akan minta maaf.. tapi bila tiada lagi sayang.. bila cinta nya untuk yang lain.. tiada lagi maaf.. dia tak penah ucap lagi bila hatinya tegar benar dengan cinta barunya...

waaa gila skema ayat aku.. hehe

AtenAzhar said...

muahahaha. Kena tunggu pujuk rayu dulu lah eaaa? :p

Akidazami said...

lelaki ego tinggi barulah style, stylo, cool :P

Alin said...

x ssh pun mintak maaf :)

Dekcik said...

heheeh...laki ego tpi ade gak yg bertempat kan..

jemput singgah..
http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/05/juvana.html

Reen Rostarizam said...

best gila entry nie! :)

Nuruashia said...

setuju. laki memang EGO sgttt. :)

HazHand said...

alahh!!! STANDERT LAA! EGO KAN!!! laki kene ego..hahhaha

SyZa said...

ahaha...aku lelaki dan aku ego tika sepatutnya...apa-apa pun, like entri ni weh! :D

SyafzMagz.com

Ai-Sis said...

ye ke ni niq?ahahaha.macam tak jee??bagi aku,hubungan itu lebih penting.haha :p

farhah dzarif said...

Nama pon lelaki, ego tinggi :)