Showing posts with label Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Maklumat. Show all posts

Alasan kebiasaan mereka yang dedah aurat

07 April 2011



1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

p/s : maaf tidak berniat untuk menyinggung sesiapa.. (bertudunglah anda sebelum anda ditudungkan)

diambil dari http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk-muslim-section/215317-alasan-kebiasaan-mereka-yang-dedah-aurat.html

Bermulanya Era Laman Web Lucah [18sx]

11 March 2011


Seperti yang kita ketahui sekarang ini lawan web lucah semakin menjadi-jadi..bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan...tapi anda semua tahu ke?..bagaimana mula-mula munculnya era laman web lucah ini?..disini saya hanya berkongsikan maklumat sahaja..semoga tiada yang salah paham..

Awal tahun 1990


Tahun ini la bermulanya Internet di Malaysia… IRC adalah medium relay chat yang paling hangat di gunakan..melalui sini la.timbulnya nama-nama hot seperti Baby Rina, Sexy Suraya , Kavita dan ramai lagi..tapi tentu korang tak leh lupe Baby Rina . Sila refer to the previous post. satu fenomena katanya.. orang yang baru kenal erti Internet, Baby Rina la yang mula-mula dicari.. mengikut sumber, Baby Rina bukanlah warga negara Malaysia., tetapi gambar yang di ambil dari satu website Latin telah di salahertikan oleh student-student malaysia yang ketika itu sangat kemarok nak carik duit lebih..dengan berbekal kan floppy disk 1.4mb, di jual dengan harga RM5 setiap satu.. tak ke kaye ko!!

nak tahu lebih lanjut...klik SINI dan ini adalah blog Baby Rina (amaran!!..saya tidak akan bertanggung jawab diatas apa-apa yang berlaku selepas anda melawat blog Baby Rina)

Beza Nuffnang Dengan Innity

Persamaan mereka ialah kedua-duanya adalah syarikat pengiklanan...Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon Nuffnang atau Innity

Syarat-syarat Nuffnang pula lebih mudah dan tidak membebankan. Buat blog anda di blogspot dan daftar dengan Nuffnang. Selepas itu boleh terus mula meletakkan kod Nuffnang di blog anda.
Selain daripada blogspot, Nuffnang juga boleh diletakkan di platform blog yang lain seperti xanga, tumblr dan tabulas.
Pendapatan
Perbezaan kedua ialah berkenaan cara kedua-dua syarikat mengemaskini pendapatan blogger. Innity mengemaskini pendapatan secara real time. Anda boleh login bila-bila masa ke akaun Innity masing-masing dan boleh melihat pendapatan yang meningkat setiap jam (kalau trafik blog sentiasa tinggi).
Nuffnang pula mengikut pengalaman saya akan update pendapatan setiap dua minggu. Mungkin kekerapan update Nuffnang earnings adalah berbeza bagi setiap blogger.
Minimum cashout untuk kedua-dua platform adalah sama iaitu RM50.
Format Iklan
Innity menawarkan format iklan yang jauh lebih pelbagai berbanding Nuffnang. Anda boleh rujuk di sini untuk melihat variasi iklan yang boleh dipaparkan oleh Innity. Manakala Nuffnang buat masa ini hanya menawarkan 3 format iklan iaitu leaderboard, rectangle dan skyscrapper.
Komuniti
Komuniti Nuffnangers boleh dikatakan antara komuniti bloggers yang aktif juga. Nuffnang banyak menganjurkan program, seminar dan melibatkan bloggers di dalam pelbagai aktiviti mereka. Sebab itu kita dapt lihat beberapa orang bloggers terkenal terpilih sebagai duta Nuffnang. Jika anda bernasib baik, anda akan dijemput ke blogger outings, networking sessions dan sponsorship for blog related events. Blog anda juga mungkin dipaparkan dalam website Nuffnang sekiranya anda terpilih sebagai Featured Blogger of the Month.
Manakala bagi Innity, masih belum ada aktiviti yang signifikan antara para bloggers yang menjadi publisher Innity. Dicadangkan pada masa hadapan Innity boleh mengadakan event tertentu dan menjemput para bloggers untuk menyertainya.


Websites must meet the following minimum requirements to be eligible to host banner advertisements within our affiliate network. However, acceptance is subjective and may be based on other subjective criteria such as quality of content, user demographics etc.
Websites must have a minimum of 100,000 Pageviews per month on average.


Websites must have a minimum of 20,000 Unique Visitors per month.


Websites must be rich in Quality Content and will be updated frequently.


Flexible with customizable ad formats/placements and any other advertising opportunities to optimize revenue.




Traffic cannot be generated by utilizing any of the following methods:
Listings on newsgroups.
Unsolicited bulk commercial e-mailings.
Instant messenger postings.
Chat room postings.


Websites must NOT contain, produce or link to profane and/or adult content of any kind.


Websites must not contain audio/video download, online streaming and file-sharing content.


Dibawah ini adalah harga dan jenis bayaran yang diberikan oleh Innity kepada blogger..memang lumayan..bayangkan harga ads paling tinggi adalah RM7.OO..andai traffic blog anda tinggi,tidak mustahil anda akan mendapat pulangan sebanyak RM25.00 untuk 1hari..(ini adalah minima) 


Sabahat saya mendapat RM250+ untuk 1minggu...




Maksimumkan Speed Firefox Dengan Pipelining Connection

08 March 2011





korang tau x per 2 pipelining?
actually pipelining nih data yang disusun dalam bentuk siri...
ok...aku cerita care paling senang nak paham la...
cam kiter der 1 keter...pastuh kalo kiter nak klua kiter mesti masuk dalam keter...
pastuh start enjin keter, masuk gear tekan minyak n jalan...
biler nak bent tekan brek...
kire susunan kerja yang dibuat la...
2 maksud pipelining...
cam dalam 1 maser 1 kerja jer yang dibuat...
kirenyer kalo kiter bukak pipelining, dier akan wat banyak kerja serentak la...
mozilla firefox da off pipelining untuk pengguna nya so kalo kiter on, kiter akan speed up kiter nyer surf speed up 2 20%...
ok abeh da tutorial...skang care nak wat lak...

1. bukak 1 tab dpd firefox korang pastuh type "about:config" pastuh tekan enter.


2. kat c2 dier der list banyak2 kan so kat atas 2 dier cam tempat tok korang type n nak search...kat c2 tulis "network.http.pipelining"...


3.ok, pastuh korang g kat "network.http.pipelining" pastuh klik dier jadi "true"...


4. pastuh g kat "network.http.proxy.pipelining" jadikan dier "true" gak...


5. pastuh g kat "network.http.pipelining.maxrequests" pastuh masukkan no cam 30 ker...2 bermaksud korang suro dier jalankan 30 keje dalam 1 masa...


6. akhir skali klik memaner kat c2 pastuh rightklik new>integer pastuh namerkan dier "nglayout.initialpaint.delay" and set nilai dier 0...bender nih lak maksud dier kire kalo thread tengah queue, biler dier sampai jer die akan tros jalankan coz maser waiting time dier 0...

ok...slamat mencuber dan surfing guner firefox...

Tips Memilih Hosting

07 March 2011





Sebagaimana yang kita ketahui..hosting amatlah penting bagi sesebuah website,wordpress atau blog..
sekarang sudah ramai yang melakukan jualan hosting (hosting reseller) dan bermacam-macam pakej yang ada termasuk sampai ada yang pening kerana tidak tahu hendak memilih yang mana satu...


Terdapat juga website hosting yang menawarkan free hosting..tetapi hosting percuma ini tidak akan bertahan lama..


Bagi menjawab soalan dari sahabt blog saya akumizi[dot]com.Berikut adalah tips-tips bagi memilih hosting untuk isteri (blog,wordpress,website) anda:




1.Kualiti Sesebuah Hosting
Pastikan hosting yang dipilih menawarkan kualiti yang cukop bagos dan terbaik.Sila buat kajian terlebih dahulu mengenai sesebuah website hosting yang menawarkan hosting kepada pengguna,anda boleh menggunakan search engine seperti Google @ Yahoo untuk mendapatkan maklumat tentang hosting tersebut.
Walaupun uptime dia menyatakan bahawa 99.9% secara mata kasarnya memang tidak akan berlaku.Kalau anda betul-betul berminat pada sesebuah hosting ini,anda boleh menghubungi mereka dan meminta laporan server uptime dalam masa 3 bulan terkini untuk anda membuat perbandingan..




2.Harga Yang Berpatutan
Setiap pembeli mesti lah nak harga yang murah untuk menjimatkan duit poket masing-masing.Tetapi harus diingatkan bahawa ada sesetengah provider hosting yang menawarkan harga rendah kemungkinan service mereka kurang dan dengan cara menawarkan harga rendah mereka dapat menarik minat pembeli.Jadi sila buat penilaian yang bernas,walaupun harga sesebuah hosting mahal tetapi service dia memang 100% so x salah kan melabur sedikit untuk memastikan blog atau website anda sentiasa online 24jam.




3.Perkhidmatan Pelanggan
Mungkin bagi sesetengah pembeli tidak menghiraukan tips nih...tetapi inilah yang paling penting dalam pemilihan hosting kerana jika tiba-tiba blog anda down atau database problem pada tengah-tengah malam..ada ker kakitangan hosting tersebut berjaga untuk membaiki blog anda?..Jadi sila pastikan provider hosting yang dipilih dapat dihubungi pada waktu-waktu kecemasan.




4.Kelebihan Atau Ciri-ciri Yang Ditawarkan
Jika anda telah mempunyai list hosting..sila buat perbezaan untuk melihat apa cici-ciri yang mereka tawarkan seperti space hosting,bandwith,park domain,add-on domain,database dan sebagainya...Perkara seperti ini perlu diambil perhatian kerana kita tidak mahu masalah akan timbul kemudian hari..Anda leh bayangkan permindahan untuk hosting ke honsting lain memerlukan masa 48 jam dan pemindahan DNS plak memerlukan masa 72 jam..agak lame disitu..dan korang boleh agak berapa banyak masa yang korang rugi..




5.Respon Time Dari Server


Kecepatan hosting ini adalah penting sebab hosting yang lambat akan membuatkan orang menjadi bosan untuk meninggu blog anda tersebut habis loading. Perhatikan gambar diatas. Perhatikan bahagian yang dibulatkan. Gambar diatas adalah hasil ping test terhadapblog darxniq.com. Bahagian time menunjukkan  93ms -97ms. Ini menunjukkan semakin kurang ms. Hosting tersebut semakin laju.Jika sesuatu hosting itu melebihi 1000ms. Seeloknya elakkan membeli hosting tersebut kerana responnya terlalu lambat...

p/s: lain-lain tips akan saya buat pada entry lain...sekian :)

Pasir Mas Kilang Jelitawan?




SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.
Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.
Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.
Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.
Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.
Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.
Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.
Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.
Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.
Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.
“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.
“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.
Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.
Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.
Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.
Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.
Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.
Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.
“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.
“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.
Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.
Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.
Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.
Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.
Pasir Mas, Kelantan
# Dipercayai dibuka sekitar abad ke-14
# Bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas
# Ia bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah timur dan jajahan Tumpat di sebelah utara
# Mempunyai keluasan 57,800 hektar
# Populasi penduduk seramai 206,400 orang (2009)