Showing posts with label Tips Bercinta. Show all posts
Showing posts with label Tips Bercinta. Show all posts

Kos Percintaan Korang

24 April 2011


cerita pasal jodoh kawin, memang seronok... 3 langkah je utk menuju ke gerbang perkahwinan... korang perhatikan tips-tips yg aku bg ni termasuk kos-kos yg terlibat scara langsungnya....


Langkah pertama
berjumpa ----> jatuh hati ----> mengorat
kos:
1. bunga 3 kuntum (RM 15.00)
2. surat: kertas A4, sampul, setem / upah pos budak hantar (RM 2.00)
Jumlah RM 17.00. ok.


Langkah 2
mengorat ----> bergayut (handphone) ----> bagi bunga, ajak makan, tengok wayang, berjalan2, shopping
kos:
1. bil h/phone : RM 10/sehari (top-up)... sebulan RM 300
2. bunga: RM 15/ seminggu (ahad saje pegi date)... sebulan RM 60
3. makan 2 orang (takkan 3 org plak): RM 50/seminggu (kira makan sedap tu macm KFC, McD, Burger King dll tempat yg berair-cond, takkan gerai tepi jalan yg x standard)... sebulan RM 200
4. tengok wayang: RM 20 (2 orang) + RM 20 (popcorn / jajan)...sebulan 2x, RM 80
5. berjalan-jalan, duit minyak @ duit tambang: RM 10 - 30
6. shopping: wallahualam, kalau boleh dijauhkan ataupun standby je RM 100 lg dalam poket.
Jumlah: dalam lingkungan RM 800 sebulan. ok ker tidak ni....(gigil jgak beb), sbb itu org tua kata jgn tunggu lama-lama... cepat-cepat ler kahwin...


Langkah 3
merisik ----> bertunang ----> berkahwin
kos:
1. hantaran 7 dulang, RM 50 x 7 = RM 350 (sepupu aku bagi info ni..), 2x = RM 700
2. cincin merisik = RM 200, cincin tunang = RM 500, cincin perkahwinan = RM 1,000
3. duit maskawin = RM 82, duit nikah kahwin = RM 150, duit kursus = RM 80
4. duit hantaran terkini RM 8,000 - RM 10,000 (kiter kene paham, harga barang dah naik)
5. duit kenduri sebelah lelaki RM 7,000 (itupun kalau gotong royong org kampung)
6.karaoke @ kugiran: RM 500 ~ RM 1,000
7. mak andam, set pelamin dsb.nya: RM 3,000
jumlah kasar: RM 25,000 ~ 30,000 (itu kira dah bajet tu...)

Oleh itu, blajar le rajin2, kerja cari duit simpan bebanyak, kemudian baru cari awek, jodoh tuhan dah tentukan, mengapa kiter perlu risau...

alangkah baiknya, klau langkah no. 2 tu korang praktikkan pd mak ayah kiter yg membesarkan kiter dari lahir sampai dapat mengenal dunia ni... isk..isk..isk..

 coretan niq : huk..huk...rasa sunyi lak ble dok sorang2..hahahhaha..sape2 nk jadi awek part time niq??...nnti contact [via facebook] okeh!...:p

Tanda-Tanda Lalu Lintas Cinta

13 April 2011



ponnn..ponnn..ponnnnn..hahahhahahha....tepi2 kete kebal nak lalu....:p

okeh..mls nk intro panjang2...meh aku bagi Tanda2 Lalu Lintas Cinta..ingt jalan raya jer ada lalu lintas...cinta pon ada gak..hahahha..

DILARANG U-TURN
Kalau koranf dah putus cinta jangan la sesekali korang berpatah balik.. Buat sakit hati je,maksudnya ialah korang kena cari pengganti yang lain..

JALAN DUA HALA
Kalau jalan raya ada dua arah,camtu jugak la bila bercinta.korang pun kena la berkomunikasi dua hala...Kalau sorang cerita,kapel kena la menjadi pendengar yang setia. Jangan dua2 nak ikot kepala atau kata hati sendiri jer..

SEDANG DALAM PEMBIKINAN
Biasa la kalau dalam bercinta ada gadoh2 atau perselisihan paham..jadi untuk baik pulih..korang kena la buat perlahan-lahan..jgn paksa kapel korang atau mengungkit (aku pernah mengungkit mase kapel dulu..sampai dia ngis..).Jadikan itu semua cabaran dalam membina cinta sejati...

PEJALAN KAKI
Sekiranya korang minat sangat kat sesorang tuh..jgn la berharap sgt...pasal yang terlalu berharap ni selalu x dpt..bukan pasal apa..mungkin kerana orang itu belum ada perasaan nak bercinta..

JALAN BENGKANG-BENGKOK
Alam percintaan penuh dengan liku2 yang mencabar..korang mesti selalu menepati masa,berbincang selesaikan masalah,memahami dan membantu...korang kena bersabar dan melaluinya bersama tanpa prejudis..

JALAN SEMPIT
Sepanjang perjalanan percintaan pasti korang akan melalui jalan sempit..korang kena la bertolak ansur bukannya main tolak2..nnti dua2 terjelopok jatoh...kalau tidak ia akan mengundang bencana...Bersikap mengalah dan tidak terlalu ego serta tidak mementingkan diri bakal memanjangkan usia percintaan korang..

AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati2!...hubungan korang sedang berhadapan dengan kepayahan mendaki erti kehidupan...jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan korang..fikirkan sebaik-baiknya.cuba harungi dahulu barulah korang fikir jalan lain.

JARAKKAN KENDERAAN
Walaupon korang sudah "declare" sebagai kekasih tapi korang patut beri peluang pada si dia untuk hal2 peribadi...jgnlah terlalu mengongkong setiap masa untuk bersama..namun jgn pula terlalu jauh jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain..itu lebih bahaya..

coretan niq : entry terjadi selepas p bank in duit untuk domain skandel aku mase kat traffic light lepas tgok papan tanda...