Gadai tunang untuk langsai hutang

29 August 2010

BETONG: Dayus dan dajal perkataan paling sesuai bagi menggambarkan perjanjian setan seorang lelaki yang sanggup mempertaruhkan kesucian tunangnya sendiri untuk diragut rakan sebagai cara melangsaikan hutang selepas kalah judi.

Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk yang menimpa gadis berusia 21 tahun itu berlaku di rumah nenek lelaki terbabit di Lempaung di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa terlebih dulu dipelawa tunangnya untuk bermalam di rumah neneknya, namun lelaki terbabit mula mengatur helah dengan memberi alasan dia terpaksa keluar kononnya untuk berjumpa seseorang dan meninggalkan mangsa bersama neneknya.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai kenalan tunangnya datang dari belakang sebelum menolak pintu bilik dan mengarahkan gadis berkenaan mengunci pintu sebelum merogolnya.

Difahamkan, sepanjang kejadian, mangsa merintih meminta tolong daripada nenek tunangnya, namun wanita berusia 60-an itu tidak mampu berbuat apa-apa berikutan pintu bilik dikunci dari dalam.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek melarikan diri sejurus selesai melampiaskan nafsunya, namun polis tidak memerlukan masa lama untuk menjejakinya.

“Dengan bantuan orang kampung, polis menahan suspek kira-kira jam 2.30 petang keesokan hari. Mengikut keterangan awal daripada suspek, dia melakukan perbuatan itu selepas membuat perjanjian dengan tunang mangsa.

“Suspek turut mendedahkan, tunang mangsa berusia 19 tahun ketika itu kehabisan wang berjanji akan menyerahkan gadis berkenaan jika dia gagal membayar hutang akibat kalah judi,” katanya.

Abang jadikan lima adik hamba seks sejak darjah empat!!

28 August 2010

KOTA BHARU: Seorang abang 18 tahun yang kaki botol serta menagih dadah, tergamak menjadikan lima adik perempuannya termasuk yang berusia 5 tahun sebagai hamba seksnya.

Adik perempuannya yang lain berusia 9, 12,14 dan 16 tahun itu turut dirogol lebih 20 kali oleh abang sulung berkenaan. Kejadian itu terbongkar apabila tiga daripada mereka yang berasal dari Kampung Sadur, Tawang, Bachok, melarikan diri dan meminta perlindungan seorang penghulu kerana tidak tahan dengan sikap abang mereka. Lebih mengejutkan, ayah yang selama ini diharapkan sebagai tempat bergantung juga kaki botol dan penagih, sering memarahi serta memukul mereka yang kematian ibu selepas bersalin adik bongsu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat (JKKM), Kampung Tok Ku, Mat Rani @ Abdul Ghani Ibrahim, 61, berkata kisah lima beradik itu terbongkar selepas tiga mangsa ditemui penduduk di Masjid Kedai Lalat.

Katanya, ketiga-tiga beradik itu dibawa pulang penduduk dan diserahkan kepada beliau jam 8.45 malam kelmarin untuk diberi perlindungan sementara. Mereka sudah dibawa ke balai polis Binjai, dekat sini, untuk perlindungan sementara.

“Saya terkejut dimaklumkan mangsa berusia 14 tahun dirogol lebih 20 kali sejak Darjah Empat lagi dan diugut akan dibunuh jika membocorkan rahsia itu. Mangsa mengadu kejadian itu kepada ibu saudaranya yang membuat laporan di Balai Polis Tawang,” katanya.

Beliau berkata, mangsa bekerja di kedai makan dengan upah RM10 sehari untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Remaja itu juga terpaksa meminjam RM5 daripada kawan untuk perbelanjaan harian selain memberi wang kepada bapanya untuk membeli arak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Saleh, mengesahkan menerima laporan itu dan seorang lelaki ditahan bagi siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

ape nk jadi la ngn dunia skrg....bengong!!!...

Key Logger?

26 August 2010

Iklan Ramadhan.. iklan sebegini ada di Malaysia?



bacalah al-Quran, jangan duk depan komputer je...



ambiklah sedikit masa time sahur utk solat.. anda x rugi



bacalah doa sebelum berbuka puasa, jgn ingat nk makan je......

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ امنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ اَفْطَرْتُ بِرَحمَتِكَ يا أرحَمَ الرَّاحِمِين



seorang budak membantu seorang tua utk menarik pelanggan ke kedai org tua itu...

bantulah orang lain pada bulan mulia ini walau dengan apa cara sekalipun....

Malaysia hanya buat iklan makanan atau minuman untuk berbuka puasa je, selain tu.... iklan hari raya x habis2...

bila la TV Malaysia nk buat iklan ramadhan yg galakkan perbyk amalan (bace Quran,Qiam & lain2)...

Gadis Bertudung Persenda Zikir






Ya Allah betapa tergurisnya hati saya bila melihat video diatas. Wanita Bertudung tetapi mempersendakan zikir. Layakkan mereka memegang status muslimah jika begini lagaknya? Sekali imbas tiada bezanya mereka dengan golongan kafir yang mempersendakan solat dan azan.Apa perasaan anda bila melihat klip video di atas?Apapun saya mendoakan agar mereka segera menyesali dan bertaubat nasuha.

Respon kepada sahabat :

Sebenarnya tiada niat lain melainkan untuk dijadikan iktibar kepada semua.

Kita marah bila ada orang bukan Islam hina azan dan solat, tapi kita mahu berdiam diri dan mahu disenyapkan bila orang Islam sendiri, yang jelas bukan mumayyiz, dewasa menghina Islam.

Sekiranya kita memandang dari sudut yang negatif, maka sampai bila-bila kita akan mensenyapkan tingkah laku dan tindak tanduk mereka yang persendakan agama daripada kalangan orang Islam sendiri. Sekiranya kita tidak menegur, bermakna kita redha dengan keadaan ini.

Tayangan ini utk dijadikan teladan kepada kita semua. Ambillah dari sudut yang positif. Adakah kita mampu membendung budaya hedonistik yang makin terserap dengan pengaruh internet dan TV dalam jwa remaja ??

Anggaplah ini sebagai satu didikan,pendidikan, dan pengajaran .

Saya dengar, akan ada satu laporan polis kepada pelajar-pelajar ini yang sewenangnya menghina agama Islam. Kita tunggu dan lihat.

credit to : http://jilfityan.blogspot.com

Lagi2 Kes Buang Bayi

25 August 2010




(kawan aku punya cita..aku copy paste ja kat sini..)

Mungkin sudah ditakdirkan, saya selalu kebetulan menemui kemalangan dan dapat membantu mangsa, atau kebetulan, ketika maklumat diterima, saya berada di kawasan sekitar.

Ketika menerima maklumat mengenai kes ini, saya berada di Taman Putra Ampang, kerana saya terlibat membantu beberapa bahagian dalam satu majlis bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar malam nanti.


Maklumat kira-kira jam 3-40 petang menyatakan seorang bayi ditemui di dalam sebuah longkang dan bayi itu dalam perjalanan ke Hospital Ampang dihantar dengan ambulan.

Dan, kebetulannya, Hospital Ampang terletak kurang 1 km dari Taman Putra.


Saya meminta bantuan Sam yang juga AJK majlis tersebut yang kebetulan berada bersama saya, untuk membawa saya ke Hospital Ampang dengan laluan paling singkat dan pantas.

Saya tiba di Hospital Ampang kira-kira 6 minit kemudian dan benar, orang ramai dan beberapa petugas Hospital Ampang terpinga-pinga mengapa tiba-tiba saya ada di perkarangan Bahagian Kecemasan.


Akhirnya, beberapa minit kemudian ,sebuah ambulan Bulan Sabit Merah sampai dan saya dan Sam berjaya merakamkan visual dan foto bayi malang terbabit.

Saya kemudian bergegas pula ke Stesyen Minyak Petronas Klang gate di Hulu Klang, lokasi di mana bayi itu ditemui.


Sebaik tiba, saya dihampiri beberapa orang termasuk beberapa remaja dan bagai tahu maksud kedatangan saya, terus membawa saya ke lokasi bayi itu dijumpai.

Bayi perempuan itu ditemui kira-kira jam 3-20 petang apabila salah seorang dari remaja yang sedang bermain di padang berhampiran longkang besar, terdengar tangisan bayi.


Jamaluddin Marwani, 17 tahun merasa pelik kerana tangisan bayi itu kedengaran dari bawah kolong parit itu, lalu turun ke bawah.

Untuk mendapat gambaran lebih jelas, saya juga turut turun ke bawah untuk masuk ke dalam kolong, dan Jamaluddin menunjukkan kepada saya, kedudukan sebenar bayi itu dijumpai.


Amat mengejutkan, apabila bayi itu sebenarnya disumbatkan pula ke dalam satu saluran air dengan kedudukan kakinya sedikit terjulur keluar.

Setelah dikeluarkan oleh orangramai, bayi itu yang masih bertali pusat dan dalam keadaan kelaparan, diberikan susu.


Fadzilah Abdul Majid , 50 tahun, yang juga isteri kepada pemilik Stesyen Minyak Petronas Klang Gate berkata, dia merasa amat sebak melihat keadaan bayi itu yang langsung tidak ada sebarang kain membalut tubuhnya.
Seluruh badan bayi itu dipenuhi dengan lumut, lumpur dan amat kotor sekali.

Dia kemudian membawanya ke Stesyen Minyak dan memandikannya dan dibalut dengan kain sementara menanti ketibaan ambulan.

Ketika ditemui, badan bayi itu sejuk dan pucat, tetapi tiada kesan kecederaan pada tubuhnya.

"Siapa yang membuangnya, patut di sula", itu luahan Fadzilah kepada saya.


Dan bayi comel itu, yang dipercayai berbangsa Melayu, segera di bawa ke Hospital Ampang kerana keadaannya yang lemah dan pucat.
Keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut penduduk, bayi itu dipercayai ditinggalkan samada pada tengah malam tadi atau juga mungkin ketika waktu sembahyang Jumaat beberapa jam sebelum ditemui.


Bayi itu amat bernasib baik kerana jika ditakdirkan hujan, bayi itu sudah pasti akan mati lemas kerana air parit itu cepat naik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, ketika ditanya mengenai kejadian itu, mengesahkan mengenainya dan polis sedang berusaha mengesan orang yang bertanggungjawab melakukannya.

Selamat Pulang Anak Kelantan


dah 15 hari kita pose....x lame lagi raya...yeay....x sabar rasanyer...

buat perantau2 kat luar sane....terutama anak2 kelantan...balik r kg weiii...x der kelas la raya kat negeri org...

dan 1 lagi...kepada anak2 kelantan yg berkenderaan...bawak la cermat2...kang org lain naik kete..korang naik van lak...mane tau kan....

pesanan ikhlas dari jabatan agama islam....hahhaha...

MegaLeech.eu



tadi aku dok godek2...
terjumpa la link nih...
klu sape2 nk access dia..
leh la email kat aku di darxniq@gmail.com

MegaLeech.eu is FREE and UNLIMITED downloads service. You can download any file from rapidshare, megaupload, youtube, easy-share, hotfile, depositfiles, uploading, filefactory using premium privilegies. Forget about waiting for your download or entering ugly / unreadable CAPTCHA codes — use our service to download any file (but don't forget about laws and copyrights).

perkara yg perempuan xsempat bgtahu lelaki

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidakmenitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,Dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yg mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan bersahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi nya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.