Dikala Aku Berdating

19 February 2011

haaaa..korang mesti nk tahu kan kisah aku dating cam ner...jom2 kita bace,...:)


Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam
tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari
atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang
tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup
cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku
dah memang cantik, memanglah... Sawiyah berbangga pun sendiri. Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya.

Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja
dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu
kepadanya. sawiyah tahu itu.Sawiyah senang begitu! Cuma
mujurlah. Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu.
Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah.
Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk,
Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?


Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan
hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi
sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki,
tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan
Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan
sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu,
Sameon!. Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua
Sawiyahbuat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat
dia tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma
tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil
jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun
sangat-sangat Sawiyah pasti!


"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu
lama Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang
selama ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah
jawab, kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina
bila berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.


Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,
Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug-dag
enantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu.
Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah.
Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju
menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.
Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan
kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum
Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum
Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian,
bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya.


Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir
menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi.
Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga.
Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh
lapan...lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin
berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga... "U memang
lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu
idung u terkeluar. Geli!!!!..."


Dengan Muka yang Merah padam, Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya......

5 Budak Hitam:

~Kirin Selama Perak~ said...

gila la !
terbaik ~
:)

hana said...

hahaha..
sengal!

Unknown said...

pengotorrrr

Kechik Itu Comel said...

hye..
singgah cni..nice entry..

jom join GA blog sy..

http://jarijemariemas.blogspot.com/2011/02/jarijemariemas-first-giveaway.html

Anonymous said...

haha. ade lak mcm tu yek.