Gaya-gaya pemakaian tudung zaman sekarang

09 February 2011

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Tudung 'Mickey Mouse'

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.


Tudung Lilit

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.


Tudung 'See Through'

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.


Tudung Jambul

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)


Tudung 'Singlet'

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.


Tudung Saji

Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.




p/s - gaya MINAH TUDUNG kat atas nie adalah yang paling sengal pernah aku tengok.

13 Budak Hitam:

MAKCEK bukan NENEK said...

err harap harap pemakaian tudung dan aurat sy still terjaga .

jgn sampai terikut-ikut fesyen sampai menghalalkan yang haram .

ιѕмaιl pυтra aιdιl adнa said...

pakai tudung salji jelah cukup syarat.hahaha

ιѕмaιl pυтra aιdιl adнa said...

pakai tudung salji jelah.ahahha

Amyna said...

huhuhu!! ada juga istilah tudung singlet, Apapun nice sharing pren.. thanks ya!

darxniq said...

makcek-insyaallah..^_^

ismail-hahhaa...tuh style bila??wakkakkaa...

Hanim Mahali said...

entri memang patut dihebahkan....

darxniq said...

amyna-selamat dia x letak tudung kain pelikat ker...klu x..lagi haru biru...

darxniq said...

tq hanim-hebahkan pada kawan2..:)

hafiz hafizol said...

lawak.. siyus....

darxniq said...

hafiz-hahhaa..lawak ape plak??ekekke

AISHA INANI said...

oii tudung sunglet punn ada kah?? hahahahaha.
lawak lahh grr.

darxniq said...

macam2 tudung skrg nih...:p

cik siti said...

haa.. sama lah macam ni...

http://suriz-on-click.blogspot.com/2011/05/kalau-nak-berubah-tu.html