Kuasa Wanita?

11 February 2011

Behind every successful man, there is a woman.



Itulah pepatah Inggeris yang sering kita dengari. Memang ada benarnya, wanita memiliki sesuatu tarikan yang mampu mengubah gaya pemikiran seseorang lelaki. Perasaan ini akan lebih kuat bilamana lelaki terbabit meminati atau memiliki perasaan terhadap wanita terbabit. Ini bukan sahaja kepada pasangan kekasih termasuklah seorang isteri kepada suaminya, seorang ibu kepada anak lelakinya, dan juga seorang gadis pujaan kepada lelaki yang mengidamkan secubit cintanya.

Wanita mampu memberi semangat dan pendorong unuk seseorang lelaki itu lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu terutamanya dalam memburu kejayaan. Lihat sahaja mana-mana lelaki yang berjaya dalam hidupnya, pasti ada seorang (kadang kala lebih :P) wanita yang mendorongnya dari belakang. Ini tidak bermakna pula jika tiada wanita, lelaki itu tidak boleh berjaya. Cuma bilamana ada wanita dibelakang sebagai tunjang menyokong usaha, semangat yang dibawa untuk berjaya akan lebih membara.

Dalam masa yang sama juga, kehilangan sumber inspirasi terbabit juga mampu menjadikan hidup lelaki itu terumbang ambing, kucar-kacir dan lebih teruk lagi, hancur. Contohnya jika lelaki terbabit ditinggalkan dalam usaha dia mengejar kejayaan. Perasaan hampa dan kecewa yang teramat sangat datang menerpa dan seterusnya menghantui sang lelaki terbabit.

Semua ini bergantung juga kepada daya ketahanan dan juga kemampuan akal mengawal perasaan hati lelaki terbabit. Ya, memang tak dinafikan, disebabkan perbezaan gender menjadikan kuasa tarikan itu kuat. Namun ianya mampu dikawal oleh akal. kalau ikutkan hati, memang ke laut la jawabnya. Oleh itu, suka diingatkan jika berlaku sesuatu, buat pertimbangan sewaras mungkin dengan menggunakan akal, bukan hanya mengikutkan kehendak hati dan perasaan semata-mata.

Akhir kata, tak salah sebenarnya untuk memendam rasa terhadap seseorang. Jangan sesekali beputus asa, kerana peasaan sayang itu asalah satu anugerah. Tapi adalah lebih afdal jika dinilai apa yang dirasa oleh hati dengan menggunakan akal, dan seterusnya buat pertimbangan seelok mungkin. Jika apa-apa yang tak enak didengari dikemudian hari, sekurang-kurangnya kita mampu mengelak dari berlakunya sesuatu yang merugikan diri sendiri.