BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !

20 March 2011


sapa nk join kelik gmbar ben tuh..!
 
Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..  

 kenangan manis
-semasa aku sekolah menengah aku ada join 1 program nih..iaitu program hari ibu..so semua ibu hadir lam dewan sbb kteorang adakan sketsa...cerita mengisahkan tentang seorang ibu yang sakit akibat kanser meninggal semasa hari ibu..dan dia mempunyai anak yang memang nakal atau dengan kate lain anak derhaka..(aku la jadi anak derhaka lam cerita tuh)...so tiba part aku smpai kat umah,aku terkaku kerana tgok sekujur badan mak aku depan mata..then mase itu aku tiba2 insaf,aku menadah tangan berdoa kepada Allah...dalam masa aku berdoa..aku menangis...siyes beb!!..sbb ble aku bace doa tuh..aku tiba2 teringat aku bnyak wat mak(ibu kandung aku) menangis krn aku..sbb aku mmg jahat mase sek..then selepas aku baca doa tuh..tiba2 mak aku (ibu kandung) bgon dari tempat penonton berlari naik ke pentas pelok aku...cium aku...lagi aku tergamam!!..smpai sume orang tgok..then aku dpt pelakon terbaik..jeng3...^_^

kenangan pahit
-mencuri kat kedai runcit smpai kena tangkap polis depan mate mak aku..dermmm!!!....berlinang air mate dia tgok perangai aku...smpai skrg aku serik nk wat mak aku terluka lagi..   

Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ? hehehe... 
-dalam lagu ada mengatakan bahawa perlu sygkn ibu sebelum ayah..sbb syurga ditelapak kaki ibu..dan nabi akhir zaman pernah mngatakan .."Siapakah yang lebih berhak dipatuhi selepas Allah?, baginda menjawab ibu. Selepas itu? baginda menjawab lagi, ibu. Selepas itu? baginda menjawab lagi ibu..." maka jelaslah disini. Ibu lebih berhak..

Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ? 
-apa guna ada anak ramai2 smpai sorang pon xleh jage mereka...insyalllah...aku akan jage mereka smpai mereka menghembuskn nafas terkahir mereka dengan aku...sbb aku nk contohi mak aku...dia jage atok ngn nenek aku..smpai mereka xder...:)
 

Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka .. 
-sal harta berebut2 nak..tp klu pasal pengjagaan mereka,sorang pon xnk..siap nk hantar ke rumah orang tua lagi...kejadahnyer!..bg aku la..harta  penting sgt,yang penting ape jasa kita kepada mereka...mak aku selalu pesan kat aku..ble mereka xder...harta bagilah sama rata ngn adik bongsu aku..sbb adik bongsu aku perempuan...so klu ikot hak..mmg dia akan dapat sket...

Puisi Untuk Ibu
Dalam setiap irama tubuhmu kau selalu menyapa
Dalam kepenatan yang tak pernah mengeluh
Dalam kerinduan yang sangat kau tak pernah ingin lepas dariku

Usiaku kini telah berubah
Aku bukan lagi kanak-kanak kecil
Kaulah yang telah membentuk jiwa mentah ini
Kaulah yang telah mengelola emosi ini
Kaulah yang selalu memberiku pendorong
dengan nasihatmu kala malam telah larut
dan gerbang mimpi siap menghampiriku

Dikala yang lain terlelap
Kutahu kau tak pernah terlena
Pikiran, hati, jiwa, dan emosimu
selalu bekerja demi masa depanku

Andai aku mampu, ibu
Akan kubalas segenap cinta dan kasihmu
Andai aku mampu, ibu
Kan kupersembahkan seterang kilauanmu,
sehangat dekapanmu, setulus kasihmu,
dan sebijak nasihatmu.

Kutahu, ibu
Tanganmu tak pernah lepas berharap untukku
dalam setiap do’a yang kau panjatkan
Kutahu ibu
Senyummu selalu menyapa dalam setiap kata cinta
yang keluar dari lisanmu
Kutahu ibu
Mata hatimu selalu terjaga dalam setiap langkahku

Ya Allah
Ku tadahkan tanganku berharap
kau membahagiakannya sepertiku kini
Ya Rabbi
Ku memohon berilah ibuku mimpi yang indah
supaya dia tidak pernah merasa sedih
Ya Rabbul Izzati
Ku berharap padaMu anugerahkan ibuku kucupan hangat
Seperti yang selalu ia berikan padaku saat aku bangun di pagi hari
Ya Illahi
Sejahterakan lah ibuku
amin....

Ibu...kau lah pelangi..kau lah matahariku!

nurkilan niq afnan

1 Budak Hitam:

Orkid Edyliyne said...

wah... siap ada puisi lagi...
OE rindu pulak dekat ibu OE tetiba...
huhu...
nasib baik awal bulan 4 nanti OE balik rumah...
(n_n)