Janda pon boleh meletop??..pom!!..pom!!..hahahhaha..

02 April 2011

tadi aku jalan2 ke blog..hahhaha...pastu terjumpa la post nih..perghh..dah perghhh.hahahha..kuar plak janda meletop...jom kita layan..


Janda meletop, kalau sudah bergelar janda memang sinonim dengan perkataan “Janda Meletop” mana tidaknya selalu status janda seakan menjadi mainan usikan si lelaki miang kepada isteri yang ditinggalkan suami. Kalau nak dikaitkan dengan dunia artis, lagi meletoplah janda-janda yang ada disamping glamournya. Bila sudah bergelar artis janda meletop memang selalu dikaitkan dengan gosip hangat. Jom baca gosip-gosip hangat artis janda meletop kita:

Rozita Che Wan
Dikenali sebagai janda meletop No. 1 kerana memiliki bentuk badan mengiurkan dan paras rupa yang tiada tandingannya. Sehinggakan ramai jejaka-jejaka dan VIP ingin mendekati si cantik manis ini. Suami Dato’ Siti Nurhaliza iaitu Dato Khalid Mohd Jiwa pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan kaka kepada pelakon Ayu Raudhah ini. Namun, sepertimana Ayu, perasaan Rozita nampaknya lebih terpaut dengan si pemain bola sepak.


Nora Danish
Pelakon comel yang kecil molek ini mula menjanda setelah melahirkan anak pertamanya Rayqal, yang kini sudah pun menjangkau umur satu tahun. Hingga kini, Nora masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Fasha Sandha pernah mengganggu-gugat rumahtangga yang pernah dibina bersama Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38.


Natasha Hudson
Model dan pelakon berdarah kacukan ini terpaksa menjanda sebanyak dua kali selepas bercerai dengan Datuk Shahrin Zahari, 28. Perceraian yang pertama bersama seorang usahawan bergelar Faiz. Kini, Natasha dilaporkan sudah pun mempunyai pengganti. Siapa si dia ini?


Abby Abadi
Bekas anggota kumpulan Elite ini pernah bercerai dalam waktu yang singkat bersama Norman Hakim akibat kehadiran orang ketiga. Demi anak-anak, mereka kemudian telah rujuk semula. Namun, selepas Norman dicekup berkhalwat dengan pelakon muda, Memey Suhaiza pada tahun lalu, rumahtangga mereka sudah tdak diselamatkan lagi. Akhirnya Abby Abadi memohon cerai daripada Norman dan masih menjada sehingga kini.


Sarimah Ibrahim
Tidak ada angin tidak ada ribut, rumahtangga Sarimah atau Kak Mah dengan jejaka kelahiran Australia, Amir Andrew Browning nampaknya hanya mampu bertahan selama 3 tahun saja. Sejak itu, Kak Mah hanya dilihat menumpukan perhatian dengan kerjaya pengacaraanya.


Dayang Erema
Perkahwinan penyanyi Erema pernah mencetuskan kontroversi kerana dia sanggup mengahwini penulis lirik bernama Jamaludin Sulik atau Seri Bayu dalam keadaan yang cacat demi kerana cinta. Namun, akhirnya Erema mkenuntut cerai daripada Seri Bayu dengan alasan sudah tiada persefahaman lagi.


Farah Ashikin
Hanya setahun lebih berkahwin dengan Dr Fariz Yahya, penyanyi Farah Ashikin akhirnya menjada Penyanyi Farah Asejak tahun 2008 lagi. Mereka pernah tinggal berasingan selama 3 bulan dalam usaha untuk memulihkan krisis rumahtangga mereka tetapi ia nampaknya tidak berjaya.


Fauziah Latiff
Penyanyi yang bersuara lunak yang pernah mencetuskan zaman kegemilangan pada era 80-an sudah pun menjada sebanyak 2 kali. Menerusi perkahwinan pertama, perkahwinannya dengan anak saudara Sultan Selangor hanya mampu bertahan selama 3 tahun saja.
Bersama Johan Indot, perkahwinannnya hanya dapat dipertahankan selama 10 tahun saja. Namun menerusi Johan, Fauziah dikurniakan 2 cahaya mata lelaki.


Siti Nordiana
Pada awalnya, ramai yang tidak setuju dengan keputusan Siti Nordiana untuk mengahwini pelakon dan model Faizal Yusof yang selama ini dilabel sebagai playboy. Namun, atas dasar cinta, perkahwinan mereka diteruskan. Sejak itu, gosip tentang hubungan Faizal bersama wanita lain sering tersebar. Akhirnya setelah dikurniakan anak yang menjangkau setahun lebih, rumahtangga Siti Nordiana dengan Faizal tidak dapat diselamatkan lagi.


Nurul
Di mana ada Nurul, di situ ada Ajai. Tak hairanlah jika mereka digelar Nurul Ajai. Lebih-lebih lagi selepas tampil sebagai pasangan duet suami isteri yang cukup berjaya seperti rakan mereka, Kris Dayanti dan Anang. Namun, semua itu hanya tinggal kenangan. Setelah bercerai yang kononnya disebabkan kehadiran orang ketiga, Nurul lebih senang digelar Nurul Abd Wahab. Baru-baru ini juga, Nurul turut dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang jejaka Mat Salleh.

 p/s: minat rozita che wan!!...peeewitttt....^_^

credit to http://www.ohvideotv.com/blog/2011/03/30/artis-janda-meletop/

3 Budak Hitam:

kindergartenlibrary said...

Ni janda bukan sebarang janda ~

nurayunni said...

biase la artis..:)

Anonymous said...

memang hot la artis2 janda ni..haha.