Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts
Ashraf Muslim / Ustaz Amirul Bertunang
23 April 2011
PETALING JAYA: Ketika orang ramai tertanya-tanya siapakah bakal isteri Ashraf Muslim,30, (gambar), pelakon itu menjelaskan wanita yang menjadi pilihan hatinya itu ialah anak kepada rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, iaitu Lokman Abdul Hamid.
Ashraf akan melangsungkan majlis pertunangannya dengan Noor Dayana Lokman, 24, pada Sabtu (hari ini), di Kampung Sungai Pusu, Gombak dekat sini.
Ia akan disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada pukul 9.45 pagi, Sabtu.
Menurut Ashraf, Dayana sedang mengikuti kursus perubatan tahun keempat di Manipal University, India dan di bawah tajaan biasiswa Mara.
Sekarang dia sedang membuat latihan klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka.
Program bual bicara Nasi Lemak Kopi O pada pagi Jumaat mendedahkan secara eksklusif menerusi lintas langsung di TV9 tentang bakal isteri lelaki itu.
Sebelum ini, pelakon itu mahu berahsia sehingga diumumkan pada majlis pertunangannya.
Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian klinik perubatan tersebut.
Ia akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ashraf dijangka akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini setelah mengenali Dayana pada tahun lalu.
update!..pic mereka bertunang..
video pertunangan dia ada kat sini http://www.darxniq.com/2011/04/video-pertunangan-ashraf-muslim-ustaz.html
p/s : wah..bgos la dah bertunang....btw ustaz fakhrul bila lak nak bertunang??...ahahhahaha
Tags
Artis,
Dunia Hiburan,
Isu Semasa,
Pertunangan
Waran Tangkap Norman Dan Memey
16 April 2011
KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap ekoran kegagalan mereka untuk menghadiri prosiding kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat.
Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.
Peguam syarie Munirah A Bakar yang menyebut bagi pihak Fakhrul Azman Abu Hassan yang sedang berada di luar negara terlebih dahulu memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Norman.
“Norman memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir kerana sakit manakala Suhaiza Suhaimi (Memey) berada di luar kawasan,” katanya.
Bagaimanapun, tiada sebarang sijil cuti sakit dikemukakan di mahkamah.
Perbicaraan kes khalwat Norman dan Memey telah berjalan selama dua tahun akhirnya menampakkan tanda-tanda akan berakhir apabila Salehan menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes tersebut.
Beliau juga menetapkan 20 Mei ini untuk peguam syarie membalas hujahan pihak pendakwaan yang difailkan pada Jumaat, manakala pihak pendakwaan dijadualkan menggulung hujah mereka pada 20 Jun depan.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, 23, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008.
Pendakwaan terhadap Norman dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.
Mereka yang didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 20 Januari 2009 kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Untuk membuktikan pertuduhan tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan tujuh saksi pendakwaan.
Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Hasrul Hafizsi Ahmad Kamal.
Tags
Artis,
Dunia Hiburan,
Gosip,
Waran Tangkap
Anugerah Bintang Popular 2010
04 April 2011
Berakhirlah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010 edisi ke-23 sebentar tadi yang berlansung secara live dari Genting Highland yang diserikan lagi dengan telatah Raja Azura dan Sharifah Shahirah sebagai pengacara ABPH tahun ini.. memang lawak habis dua orang tu.. Tak lupa juga persembahan artis jemputan yang sememangnya mantap turut mewarnakan ABPBH yang dah sememangnya berwarna warni tu…
aku minat dua orang nih jer..hahahha....oh lisa!!..:p
Biodata Lisa Surihani
Nama asal pelakon kacukan Melayu - Bugis ini ialah Lisa Surihani Mohamad. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 23 Mac 1986, Lisa adalah anak perempuan tunggal daripada lima beradik dan dia adalah anak keempat.
# Mula menjejakkan kaki dalam dunia glamor pada usia 11 tahun, bermula dengan model iklan. Dia kemudian melebarkan sayap dalam dunia lakonan, langkahnya bermula dengan filem Good Bye Boys.
# Lisa memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang - Undang (Kepujian) dari Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom. Pernah menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21). Dilantik menjadi Wajah Ekslusif Astro Megadrama
# Selepas Good Bye Boys, pelakon yang hebat digosipkan dengan Farid Kamil ini turut membintangi filem I’m Not Single, Jangan Padang Belakang Congkak. Dia bakal muncul dengan lima buah filem tahun ini iaitu Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, Semerah Cinta Stileto, V3 Samseng Jalanan, Kapoow!! dan Zoo.
# Sementara itu drama yang pernah dibintangi gadis ini ialah Obsesi, 3 Janda, Anak Merdeka, Mataku Nampak Hantu dan Ponti Anak Remaja.
Biodata Shaheizy Sam
NAMA SEBENAR: Shaheizy Sam Abd Samad
TARIKH LAHIR: 4 September 1982
UMUR: 27 Tahun
ASAL: Petaling Jaya, Selangor
KERJAYA: Pelakon
ANTARA TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Pa'e, Sama Tak Serupa, Graduan, Impak Maksima, KL Menjerit, Jangan Pandang Belakang 2, Legasi 43 Karat
FILEM: Adnan Sempit, Evolusi KL Drift 2, Jangan Pandang Belakang Congkak, Syurga Cinta dan Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
PENCAPAIAN: Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia Ke 22 (2009) - kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem Bohsia

Isu Semasa
Janda pon boleh meletop??..pom!!..pom!!..hahahhaha..
02 April 2011
tadi aku jalan2 ke blog..hahhaha...pastu terjumpa la post nih..perghh..dah perghhh.hahahha..kuar plak janda meletop...jom kita layan..
Janda meletop, kalau sudah bergelar janda memang sinonim dengan perkataan “Janda Meletop” mana tidaknya selalu status janda seakan menjadi mainan usikan si lelaki miang kepada isteri yang ditinggalkan suami. Kalau nak dikaitkan dengan dunia artis, lagi meletoplah janda-janda yang ada disamping glamournya. Bila sudah bergelar artis janda meletop memang selalu dikaitkan dengan gosip hangat. Jom baca gosip-gosip hangat artis janda meletop kita:

Rozita Che Wan
Dikenali sebagai janda meletop No. 1 kerana memiliki bentuk badan mengiurkan dan paras rupa yang tiada tandingannya. Sehinggakan ramai jejaka-jejaka dan VIP ingin mendekati si cantik manis ini. Suami Dato’ Siti Nurhaliza iaitu Dato Khalid Mohd Jiwa pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan kaka kepada pelakon Ayu Raudhah ini. Namun, sepertimana Ayu, perasaan Rozita nampaknya lebih terpaut dengan si pemain bola sepak.

Nora Danish
Pelakon comel yang kecil molek ini mula menjanda setelah melahirkan anak pertamanya Rayqal, yang kini sudah pun menjangkau umur satu tahun. Hingga kini, Nora masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Fasha Sandha pernah mengganggu-gugat rumahtangga yang pernah dibina bersama Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38.

Natasha Hudson
Model dan pelakon berdarah kacukan ini terpaksa menjanda sebanyak dua kali selepas bercerai dengan Datuk Shahrin Zahari, 28. Perceraian yang pertama bersama seorang usahawan bergelar Faiz. Kini, Natasha dilaporkan sudah pun mempunyai pengganti. Siapa si dia ini?

Abby Abadi
Bekas anggota kumpulan Elite ini pernah bercerai dalam waktu yang singkat bersama Norman Hakim akibat kehadiran orang ketiga. Demi anak-anak, mereka kemudian telah rujuk semula. Namun, selepas Norman dicekup berkhalwat dengan pelakon muda, Memey Suhaiza pada tahun lalu, rumahtangga mereka sudah tdak diselamatkan lagi. Akhirnya Abby Abadi memohon cerai daripada Norman dan masih menjada sehingga kini.

Sarimah Ibrahim
Tidak ada angin tidak ada ribut, rumahtangga Sarimah atau Kak Mah dengan jejaka kelahiran Australia, Amir Andrew Browning nampaknya hanya mampu bertahan selama 3 tahun saja. Sejak itu, Kak Mah hanya dilihat menumpukan perhatian dengan kerjaya pengacaraanya.

Dayang Erema
Perkahwinan penyanyi Erema pernah mencetuskan kontroversi kerana dia sanggup mengahwini penulis lirik bernama Jamaludin Sulik atau Seri Bayu dalam keadaan yang cacat demi kerana cinta. Namun, akhirnya Erema mkenuntut cerai daripada Seri Bayu dengan alasan sudah tiada persefahaman lagi.

Farah Ashikin
Hanya setahun lebih berkahwin dengan Dr Fariz Yahya, penyanyi Farah Ashikin akhirnya menjada Penyanyi Farah Asejak tahun 2008 lagi. Mereka pernah tinggal berasingan selama 3 bulan dalam usaha untuk memulihkan krisis rumahtangga mereka tetapi ia nampaknya tidak berjaya.

Fauziah Latiff
Penyanyi yang bersuara lunak yang pernah mencetuskan zaman kegemilangan pada era 80-an sudah pun menjada sebanyak 2 kali. Menerusi perkahwinan pertama, perkahwinannya dengan anak saudara Sultan Selangor hanya mampu bertahan selama 3 tahun saja.
Bersama Johan Indot, perkahwinannnya hanya dapat dipertahankan selama 10 tahun saja. Namun menerusi Johan, Fauziah dikurniakan 2 cahaya mata lelaki.

Siti Nordiana
Pada awalnya, ramai yang tidak setuju dengan keputusan Siti Nordiana untuk mengahwini pelakon dan model Faizal Yusof yang selama ini dilabel sebagai playboy. Namun, atas dasar cinta, perkahwinan mereka diteruskan. Sejak itu, gosip tentang hubungan Faizal bersama wanita lain sering tersebar. Akhirnya setelah dikurniakan anak yang menjangkau setahun lebih, rumahtangga Siti Nordiana dengan Faizal tidak dapat diselamatkan lagi.

Nurul
Di mana ada Nurul, di situ ada Ajai. Tak hairanlah jika mereka digelar Nurul Ajai. Lebih-lebih lagi selepas tampil sebagai pasangan duet suami isteri yang cukup berjaya seperti rakan mereka, Kris Dayanti dan Anang. Namun, semua itu hanya tinggal kenangan. Setelah bercerai yang kononnya disebabkan kehadiran orang ketiga, Nurul lebih senang digelar Nurul Abd Wahab. Baru-baru ini juga, Nurul turut dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang jejaka Mat Salleh.
p/s: minat rozita che wan!!...peeewitttt....^_^
credit to http://www.ohvideotv.com/blog/2011/03/30/artis-janda-meletop/

Dunia Hiburan
Relation Facebook Punyer Cerita
03 March 2011
sebenarnya entri nih dah lame lam draft..tp x ckop mase utk mengarang..so nih ada masa sket..jom kita luangkan masa emas anda dengan membaca coret-corat budak hingusan nih..:P
sepertimana kita tahu..setiap detik..haaaa..okeh..tipu...setiap minit kita dapati relation di dalam facebook akan bertukar..(same cam aku dulu..tiap mggu asyik wat relation ngn orang lain jer..)..sbb nk kate detik ngn saat..mcam terlampau sangat..hahahhaa...
SINGLE
klu yg nih xyah pakai lampu suluh atau torchlight..sbb pakai sportlight...terang bercayaha...Kalau perempuan letak status "single" bermaksud..."hai..sy name ***,single lagi...jom la berkenalan dengan sy"...kuang3..
Kalau lelaki lak?..ish..nih yg aku x paham nih..hahaha..ada yg relation..nk letak single..sbb tkot jatoh market..ekkekee...ada yg btol2 single letak sbb mereka jujur kot..hahhaa..xmo pk sangat sal awek..(ish,btol ker?)

IN RELATIONSHIP
hah!..yg nih ada 2 jenis..yg relation sorang2 atau dengan kate lain xder patner dan relation bersama patner..
In Relationship
-pkwe or makwe dia xder FB..haish...logik ker??.(ada lagi ker zaman skrg nih)
-makwe or pkwe dia x cantik/hensem..
-xnk bg orang lain ganggu dia
-makwe/pkwe dia dah close FB(deaktif)
-lesbian or gay??..muehhehehehhe...
In Relationship With
-haaaa...nk show off kat dunia yg pkwe/makwe korang cantik.hensem..hahaha..mesti la nk tunjuk kan..yeaah!!..
-relation dengan kawan sekolah..uni..or whatelse..just bubuh title..sume boleh kan?
IN OPEN RELATIONSHIP
open??bukak??dedah??hahhaha..ape makna aku x tau...tp aku rase open relation nih cam "skandel" kot..
aku rase status nih cam x elok sket la..sbb klu ikotkan budaya barat..open nih maksud dia bebas atau openminded...so dalam bab seks pon diaorang main taram jer..hahaha..so aku rase status nih muncul apabila kedua2 pasangan tidak mahu terlalu serius dalam perhubungan ata terikat..so dengan status ini..masing2 bebas nk buat ape saja..
tp kadang2 aku pon terjumpa org kita buat status cm nih..aku pon x pasti yg diorang paham x maksud in open relation..
MARRIED?
DIVORCE?
ENGAGED??tggu entry akan datang..hahahha..
Tags
Cerita,
Dunia Hiburan,
Facebook,
Lawak,
Mengarot
Biodata Girl's Generation SNSD
28 February 2011
Girl's Generation ataupun nama kumpulan ini dalam bahasa Korea iaitu SNSD (So Nyeo Shi Dae) ialah sebuah kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 9 ahli yang comel-comel belaka. Jika anda masih tidak mengenali Girl's Generation, sila baca sehingga habis ok.Kesemua 9 ahli ialah Hyoyeon, Jessica, Seohyun, Sooyoung, Sunny, Taeyeon, Tiffany, Yoona dan Yuri manakala Hyoyeon bertindak sebagai ketua kumpulan ini. Girl's Generation mula menerbitkan lagu pertama pada tahun 2007 yang diberi nama 'Into The New World' dan pada bulan november 2007, mereka mula menerbitkan album pertama Girl's Generation dimana lagu 'Kissing You' mendapat sambutan hangat daripada peminat. Pada Mac 2008, album tersebut diterbitkan semula dengan nama 'Baby Baby'. Selain bidang nyanyian, Girl's Generation turut rancangan realiti, drama serta rancangan radio.
Pada Januari 2009, SNSD mula mengorak langkah dengan menerbitkan mini-album yang pertama dengan bertajuk 'Gee' dan lagu 'Gee' juga mendapat sambutan yang menakjubkan daripada peminat. Pada Jun 2009, SNSD mula melancarkan mini-album yang kedua bertajuk 'Tell Me Your Wish' dan album ini juga mencapai kejayaan yang besar bagi SNSD.
SNSD mula melebarkan sayap dengan melancarkan sebuah album penuh yang bertajuk 'OH!' pada Januari 2010 dan jualan album ini sudahpun melebihi 100,000 unit. Selepas itu, pada bulan Mac pula SNSD melancarkan album repacked terbaru iaitu 'RunDevilRun'. Pada bulan October yang lepas, SNSD melancarkan mini-album yang ketiga berjudul 'Hoot' dan ianya sama seperti album sebelumnya, mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
Apa yang menariknya, kesemua 9 ahli Girl's Generation ni adalah berumur antara 20 hingga 22 tahun. Jom tengok biodata kesemua ahli Girl's Generation.
Nama Sebenar: Kim Tae-yeonTarikh Lahir: March 9, 1989
Tempat Lahir: Jeonju, North Jeolla, South Korea
Tinggi: 160cm
Nama Sebenar: Jung Su-yeonTarikh Lahir: April 18, 1989
Tempat Lahir: San Francisco, California, USA
Tinggi: 163cm
Nama Sebenar: Lee Sun-kyu (Hangul: 이순규 | Hanja: 李順圭)Tarikh Lahir: May 15, 1989
Tinggi: 158cm
Nama Sebenar: Stephanie Hwang @ Hwang Mi-youngTarikh Lahir: August 1, 1989
Tempat Lahir: Los Angeles, California, USA (but raised in Diamond Bar)
Tinggi: 162cm
Nama Sebenar: Kim Hyo-yeonTarikh Lahir: September 22, 1989
Tempat Lahir: Incheon, South Korea
Tinggi: 160cm
Nama Sebenar: Kwon YuriTarikh Lahir: December 5, 1989
Tinggi: 167cm
Nama Sebenar: Choi Soo-youngTarikh Lahir: February 10, 1990
Tempat Lahir: Seoul, South Korea
Tinggi: 170cm
Nama Sebenar: Im YoonaTarikh Lahir: May 30, 1990
Tempat Lahir: Seoul, South Korea
Tinggi: 166cm
Nama Sebenar: Seo Joo-hyun (Hangul: 서주현 | Hanja: 徐珠賢)Tarikh Lahir: June 28, 1991
Tempat Lahir: Seoul, South Korea
Tinggi: 168cm
Untuk maklumat lanjut tentang biodata semua ahli kumpulan Girl's Generation ni, anda boleh layari website YeinJee's Asian Stars ataupun wikipedia. Sebelum tu, jom layan beberapa video klip menarik oleh awek Girl's Generation yang diambil dari youtube. Gunakan IDM untuk download video ni ye.
Read more: http://www.wowberita.com/2011/02/biodata-girls-generation-snsd.html
Tags
Artis Korea,
Dunia Hiburan
Top Ten Koleksi Pergaduhan Artis Malaysia
21 February 2011
Artis bergaduh? Biasalah.. Kita manusia biasa pun boleh bergaduh.. Hehe.. Dorang bergaduh kitalah dapat cerita.. Dah banyak cerita pergaduhan artis Malaysia nie.. Kes saman sini sana, kes tumbuk sini sana, kes tarik rambut sini sana, dan macam-macam lah.. Ditambah dengan teknologi, bergaduh pakai twitter pun boleh.. Haha.. Apa pun layan.. Jangan ambil serius sangat.. Yang dah lepas, biarlah lepas.. Tapi cerita tetap sudah tercatit.. Haha..

Abby Abadi vs Memey Suhaiza[link]

Nora Danish vs Fasha Sandha[link]

Remy Ishak vs Ummi Nazeera[link]

Diana Danielle vs Syamsul Yusuf[link]

Tom My Starz LG vs Ganster Mana Ntah[link]

Nur Fazura vs Geraldine Mariana Wong[link]

Safura Yaakob vs Ifa Raziah [link]

Fahrin Ahmad vs Linda Onn [link]

Nabil Raja Lawak vs Irma Hasmie [link]
kredit to Singgit.Com

Subscribe to:
Posts (Atom)

![[Hollywood_2055_6.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAbv-a-LhQQkcnq08r6dmVzxgjTgZh-kGHzL_tspqBHkhgJC21xXXATGcVvgg42cSH2FrS6Ldb-XOTLja4Ri3JHiIxNdKAVD89ohuNwtYimfeHbd_nSse269AWa4FrID6dlEOU6vmev_v6/s320/Hollywood_2055_6.jpg)
![[Hollywood_2055_8.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKelIHcdt34fkp_Kry5dD1eTL0LjmxzIzkJMff6H9ud0RrNhZuhwORiMnyEQN0dGJGSB2_Wr5zoXWkptG1FPzdrfPxW5QRxzJ_LWK_MzqRo_C_JfjpY-F0NjK2f5Y6Dq2u9-mYFmIp7CIH/s320/Hollywood_2055_8.jpg)