Showing posts with label Pertunangan. Show all posts
Showing posts with label Pertunangan. Show all posts

[VIDEO] Pertunangan Ashraf Muslim / Ustaz Amirul Dengan Dayana

26 April 2011


PETALING JAYA: Ketika orang ramai tertanya-tanya siapakah bakal isteri Ashraf Muslim,30, (gambar), pelakon itu menjelaskan wanita yang menjadi pilihan hatinya itu ialah anak kepada rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, iaitu Lokman Abdul Hamid.

jom kita tgok video mereka..


PUSAT Rawatan Islam Al-Hidayah Gombak membawa 1001 makna dalam hidup pelakon Ashraf Muslim, 30, apabila di sinilah dia bertemu sinar hidupnya – lebih memahami tanggungjawab sebagai muslim sejati selain mengenali bakal suri hidup, Noor Dayana Lokman, 24.

Itulah antara nikmat yang Allah kurniakan, malahan tunjang filem Aku Masih Dara itu langsung tidak menyangka nawaitu untuk berubat kira-kira dua tahun lalu memanjangkan silaturrahim dengan pengasasnya, Ustaz Lokman Abdul Ghani yang kemudian menjadi rakan kongsi seterusnya rasmi bergelar bapa mentua pada 1 Syawal ini.
Walau tidak melalui fasa bercinta seperti pasangan muda mudi lain, Ashraf mengakui keperibadian dan kelembutan penuntut perubatan Universiti Manippal India untuk menjadikannya sebagai teman hidup apatah lagi mereka berkongsi minat sama iaitu perubatan sekali pun berlainan pendekatan.

“Saya tidak pernah bertemu dengannya hinggalah awal tahun kerana Dayana belajar di luar negara. Kami sama-sama membantu di pusat perubatan ini kerana dia banyak memberi pandangan mengenai sesuatu penyakit daripada sudut perubatan moden. Lebih penting orangnya taat pada agama serta lemah lembut.

“Walau sudah mula menyukainya saya tidak pernah menyatakan perasaan itu namun saya nekad melamarnya. Dia terkejut kerana kami tidak bercinta dan selepas bersetuju kami sekeluarga memilih hari perasmian Al-Hidayah untuk bertunang kerana semua saudara mara sudah berkumpul,” katanya yang segak dalam persalinan baju Melayu putih diacu samping ungu.

Majlis pertunangan ini turut menyerlahkan kejelitaan Noor Dayana yang berseri dengan gaun labuh rona senada putih salju malah pasangan itu memang tampak sepadan tatkala dipasangkan untuk sesi fotografi bersama media di atas pelamin indah di tengah kediaman yang dinamakan Villa Bestari itu.
Sesungguhnya jika pada hari lain sejak tiga bulan lalu lokasi itu sudah biasa meraih kunjungan ramai, tetapi pada pagi Sabtu lalu suasana sedikit berbeza apabila yang hadir mahu meraikan dua majlis penuh bermakna, terutama pertunangan Ashraf dan Dayana yang turut disiarkan menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Lebih 10 khemah besar didirikan sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu yang diundang seawal jam 10 pagi lagi bagi acara pertunangan disusuli perasmian Al-Hidayah oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pihak Ashraf membawa lima dulang hantaran dan sebagai balasan keluarga Dayana menyerahkan tujuh dulang manakala Ashraf yang kehilangan ibu berikutan kanser payu dara turut diwakili emak saudaranya, Fatimah Akil yang menyarungkan cincin pertunangan.

Mereka merancang untuk bernikah di Makkah pada 1 Syawal nanti kerana hajat itu sudah lama disimpan di sanubari sekali gus mahu mengambil keberkatan apabila ibadah umrah juga antara perancangan yang ingin disempurnakan.

“Jika diizinkan kami mahu melangsungkan segera perkara baik. Lagi pun kami bekerja bersama di pusat ini, jadi nampak tidak manis. Tambahan pula keluarga kedua-dua belah pihak juga meminta pernikahan tidak perlu ditangguh-tangguh.

“Saya berdebar tetapi pada masa bersyukur di atas kurniaan ini. Kalau mengikut perancangan, kami akan ke sana 17 Ogos ini membawa sekali rombongan umrah. Majlis resepsi pula belum ditentukan tarikh atau lokasinya tetapi akan diadakan di Melaka selain di Shah Alam,” kata anak jati Teluk Mas, Melaka itu.

Berehat sementara dari dunia seni

Berkongsi kecenderungannya sebagai pengamal perubatan Islam, Ashraf yang mula mendalami kaedah alternatif menggunakan ayat-ayat al-Quran, mendidik dan memberikan kaunseling kepada pesakit sejak dua tahun lalu mengakui dirinya semakin tenang.

Jujur katanya, Al-Hidayah memberi makna tersendiri malah jauh di sudut hati, nikmat hidayah yang diperoleh tidak diambil kerana masih banyak yang ingin dikongsi, begitu juga dengan tanggungjawab membantu insan lain menerusi pusat itu.

“Kami hanya kembali kepada al-Quran kerana kalam suci ini mempunyai mukjizat yang agung. Kita ikhtiar, membaca ayat dan menyerahkan segala-galanya kepada yang lebih berkuasa. Saya sekadar berkongsi pengetahuan ini dengan pesakit. Buat masa ini tumpuan hanya kepada Al-Hidayah kerana kami sudah membuka lapan cawangan.

“Insan kurang bernasib baik juga mendapat manfaat apabila 20 peratus daripada setiap bayaran rawatan di pusat itu disalurkan kepada dua rumah kebajikan dan berdasarkan perancangan kami mahu menubuhkan hospital yang mengaplikasikan perubatan alternatif dan moden,” katanya yang berehat daripada dunia seni tahun ini.

Sementara itu, Dayana yang malu-malu disapa media berkata status Ashraf sebagai selebriti tidak membawa sebarang perubahan terhadap kehidupannya sekali pun mengakui bakal suaminya itu dikenali ramai kerana sepanjang perkenalan mereka Ashraf cukup berterus terang.

“Sebelum ini saya hanya mengetahui bapa saya punya adik angkat. Disebabkan saya belajar di India, saya tidak tahu pun dia artis pertama kali bertemu dengannya. Saya mengenali dia sebagai Ashraf, lelaki biasa. Jadi rasanya dari segi peribadi dia tetap Ashraf yang saya kenal.

“Soal kerjayanya sebagai pelakon, saya tidak akan menghalang. Tambahan pula dia jenis yang akan bertanya kepada saya dulu dan begitu berterus terang. Apa pun saya tidak akan mengongkong kerana yakin dia lebih memahami perkara yang terbaik untuk masa depan kami,” katanya yang turut kagum melihat perubahan sisi peribadi lelaki itu.

INFO
- Hampir 700 tetamu memeriahkan majlis.
- Bakal diijabkabul di Tanah Suci Mekah 30 Ogos ini atau 1 Syawal.
- Akan mengadakan dua majlis resepsi di Shah Alam dan Melaka.
- Ashraf bercuti dari lakonan sepanjang tahun ini untuk tumpu pada Al-Hidayah.
- Khaled Nordin merasmikan Pusat Islam Al-Hidayah.
- Merancang membuka cawangan di luar negara termasuk Jakarta dan Brunei.

nak tgok gambar??...tgok sini!..

 http://www.darxniq.com/2011/04/ashraf-muslim-ustaz-amirul-bertunang.html

Ashraf Muslim / Ustaz Amirul Bertunang

23 April 2011






PETALING JAYA: Ketika orang ramai tertanya-tanya siapakah bakal isteri Ashraf Muslim,30, (gambar), pelakon itu menjelaskan wanita yang menjadi pilihan hatinya itu ialah anak kepada rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, iaitu Lokman Abdul Hamid.

Ashraf akan melangsungkan majlis pertunangannya dengan Noor Dayana Lokman, 24, pada Sabtu (hari ini), di Kampung Sungai Pusu, Gombak dekat sini.

Ia akan disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada pukul 9.45 pagi, Sabtu.

Menurut Ashraf, Dayana sedang mengikuti kursus perubatan tahun keempat di Manipal University, India dan di bawah tajaan biasiswa Mara.

Sekarang dia sedang membuat latihan klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka.
Program bual bicara Nasi Lemak Kopi O pada pagi Jumaat mendedahkan secara eksklusif menerusi lintas langsung di TV9 tentang bakal isteri lelaki itu.

Sebelum ini, pelakon itu mahu berahsia sehingga diumumkan pada majlis pertunangannya.
Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian klinik perubatan tersebut.

Ia akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ashraf dijangka akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini setelah mengenali Dayana pada tahun lalu.

update!..pic mereka bertunang..




video pertunangan dia ada kat sini http://www.darxniq.com/2011/04/video-pertunangan-ashraf-muslim-ustaz.html

p/s : wah..bgos la dah bertunang....btw ustaz fakhrul bila lak nak bertunang??...ahahhahaha

Tahukah korang Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis??

21 April 2011

Ikuti langkah berikut ini, Allah benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.

3. Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari bisa dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

5. sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

6. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana anda menaruh cincin perkawinan anda, anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan dapat dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. Cinta suami isteri kekal abadi.

p/s : cantik x??..cantik x??..hahahahhaha....