Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts
[VIDEO] Pertunangan Ashraf Muslim / Ustaz Amirul Dengan Dayana
26 April 2011
PETALING JAYA: Ketika orang ramai tertanya-tanya siapakah bakal isteri Ashraf Muslim,30, (gambar), pelakon itu menjelaskan wanita yang menjadi pilihan hatinya itu ialah anak kepada rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, iaitu Lokman Abdul Hamid.
jom kita tgok video mereka..
PUSAT Rawatan Islam Al-Hidayah Gombak membawa 1001 makna dalam hidup pelakon Ashraf Muslim, 30, apabila di sinilah dia bertemu sinar hidupnya – lebih memahami tanggungjawab sebagai muslim sejati selain mengenali bakal suri hidup, Noor Dayana Lokman, 24.
Itulah antara nikmat yang Allah kurniakan, malahan tunjang filem Aku Masih Dara itu langsung tidak menyangka nawaitu untuk berubat kira-kira dua tahun lalu memanjangkan silaturrahim dengan pengasasnya, Ustaz Lokman Abdul Ghani yang kemudian menjadi rakan kongsi seterusnya rasmi bergelar bapa mentua pada 1 Syawal ini.
Walau tidak melalui fasa bercinta seperti pasangan muda mudi lain, Ashraf mengakui keperibadian dan kelembutan penuntut perubatan Universiti Manippal India untuk menjadikannya sebagai teman hidup apatah lagi mereka berkongsi minat sama iaitu perubatan sekali pun berlainan pendekatan.
“Saya tidak pernah bertemu dengannya hinggalah awal tahun kerana Dayana belajar di luar negara. Kami sama-sama membantu di pusat perubatan ini kerana dia banyak memberi pandangan mengenai sesuatu penyakit daripada sudut perubatan moden. Lebih penting orangnya taat pada agama serta lemah lembut.
“Walau sudah mula menyukainya saya tidak pernah menyatakan perasaan itu namun saya nekad melamarnya. Dia terkejut kerana kami tidak bercinta dan selepas bersetuju kami sekeluarga memilih hari perasmian Al-Hidayah untuk bertunang kerana semua saudara mara sudah berkumpul,” katanya yang segak dalam persalinan baju Melayu putih diacu samping ungu.
Majlis pertunangan ini turut menyerlahkan kejelitaan Noor Dayana yang berseri dengan gaun labuh rona senada putih salju malah pasangan itu memang tampak sepadan tatkala dipasangkan untuk sesi fotografi bersama media di atas pelamin indah di tengah kediaman yang dinamakan Villa Bestari itu.
Sesungguhnya jika pada hari lain sejak tiga bulan lalu lokasi itu sudah biasa meraih kunjungan ramai, tetapi pada pagi Sabtu lalu suasana sedikit berbeza apabila yang hadir mahu meraikan dua majlis penuh bermakna, terutama pertunangan Ashraf dan Dayana yang turut disiarkan menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.
Lebih 10 khemah besar didirikan sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu yang diundang seawal jam 10 pagi lagi bagi acara pertunangan disusuli perasmian Al-Hidayah oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Pihak Ashraf membawa lima dulang hantaran dan sebagai balasan keluarga Dayana menyerahkan tujuh dulang manakala Ashraf yang kehilangan ibu berikutan kanser payu dara turut diwakili emak saudaranya, Fatimah Akil yang menyarungkan cincin pertunangan.
Mereka merancang untuk bernikah di Makkah pada 1 Syawal nanti kerana hajat itu sudah lama disimpan di sanubari sekali gus mahu mengambil keberkatan apabila ibadah umrah juga antara perancangan yang ingin disempurnakan.
“Jika diizinkan kami mahu melangsungkan segera perkara baik. Lagi pun kami bekerja bersama di pusat ini, jadi nampak tidak manis. Tambahan pula keluarga kedua-dua belah pihak juga meminta pernikahan tidak perlu ditangguh-tangguh.
“Saya berdebar tetapi pada masa bersyukur di atas kurniaan ini. Kalau mengikut perancangan, kami akan ke sana 17 Ogos ini membawa sekali rombongan umrah. Majlis resepsi pula belum ditentukan tarikh atau lokasinya tetapi akan diadakan di Melaka selain di Shah Alam,” kata anak jati Teluk Mas, Melaka itu.
Berehat sementara dari dunia seni
Berkongsi kecenderungannya sebagai pengamal perubatan Islam, Ashraf yang mula mendalami kaedah alternatif menggunakan ayat-ayat al-Quran, mendidik dan memberikan kaunseling kepada pesakit sejak dua tahun lalu mengakui dirinya semakin tenang.
Jujur katanya, Al-Hidayah memberi makna tersendiri malah jauh di sudut hati, nikmat hidayah yang diperoleh tidak diambil kerana masih banyak yang ingin dikongsi, begitu juga dengan tanggungjawab membantu insan lain menerusi pusat itu.
“Kami hanya kembali kepada al-Quran kerana kalam suci ini mempunyai mukjizat yang agung. Kita ikhtiar, membaca ayat dan menyerahkan segala-galanya kepada yang lebih berkuasa. Saya sekadar berkongsi pengetahuan ini dengan pesakit. Buat masa ini tumpuan hanya kepada Al-Hidayah kerana kami sudah membuka lapan cawangan.
“Insan kurang bernasib baik juga mendapat manfaat apabila 20 peratus daripada setiap bayaran rawatan di pusat itu disalurkan kepada dua rumah kebajikan dan berdasarkan perancangan kami mahu menubuhkan hospital yang mengaplikasikan perubatan alternatif dan moden,” katanya yang berehat daripada dunia seni tahun ini.
Sementara itu, Dayana yang malu-malu disapa media berkata status Ashraf sebagai selebriti tidak membawa sebarang perubahan terhadap kehidupannya sekali pun mengakui bakal suaminya itu dikenali ramai kerana sepanjang perkenalan mereka Ashraf cukup berterus terang.
“Sebelum ini saya hanya mengetahui bapa saya punya adik angkat. Disebabkan saya belajar di India, saya tidak tahu pun dia artis pertama kali bertemu dengannya. Saya mengenali dia sebagai Ashraf, lelaki biasa. Jadi rasanya dari segi peribadi dia tetap Ashraf yang saya kenal.
“Soal kerjayanya sebagai pelakon, saya tidak akan menghalang. Tambahan pula dia jenis yang akan bertanya kepada saya dulu dan begitu berterus terang. Apa pun saya tidak akan mengongkong kerana yakin dia lebih memahami perkara yang terbaik untuk masa depan kami,” katanya yang turut kagum melihat perubahan sisi peribadi lelaki itu.
INFO
- Hampir 700 tetamu memeriahkan majlis.
- Bakal diijabkabul di Tanah Suci Mekah 30 Ogos ini atau 1 Syawal.
- Akan mengadakan dua majlis resepsi di Shah Alam dan Melaka.
- Ashraf bercuti dari lakonan sepanjang tahun ini untuk tumpu pada Al-Hidayah.
- Khaled Nordin merasmikan Pusat Islam Al-Hidayah.
- Merancang membuka cawangan di luar negara termasuk Jakarta dan Brunei.
nak tgok gambar??...tgok sini!..
http://www.darxniq.com/2011/04/ashraf-muslim-ustaz-amirul-bertunang.html
Tags
Artis,
Ashraf Muslim,
Dayana,
Pertunangan,
Ustaz Amirul,
Video
Ashraf Muslim / Ustaz Amirul Bertunang
23 April 2011
PETALING JAYA: Ketika orang ramai tertanya-tanya siapakah bakal isteri Ashraf Muslim,30, (gambar), pelakon itu menjelaskan wanita yang menjadi pilihan hatinya itu ialah anak kepada rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, iaitu Lokman Abdul Hamid.
Ashraf akan melangsungkan majlis pertunangannya dengan Noor Dayana Lokman, 24, pada Sabtu (hari ini), di Kampung Sungai Pusu, Gombak dekat sini.
Ia akan disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada pukul 9.45 pagi, Sabtu.
Menurut Ashraf, Dayana sedang mengikuti kursus perubatan tahun keempat di Manipal University, India dan di bawah tajaan biasiswa Mara.
Sekarang dia sedang membuat latihan klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka.
Program bual bicara Nasi Lemak Kopi O pada pagi Jumaat mendedahkan secara eksklusif menerusi lintas langsung di TV9 tentang bakal isteri lelaki itu.
Sebelum ini, pelakon itu mahu berahsia sehingga diumumkan pada majlis pertunangannya.
Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian klinik perubatan tersebut.
Ia akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ashraf dijangka akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini setelah mengenali Dayana pada tahun lalu.
update!..pic mereka bertunang..
video pertunangan dia ada kat sini http://www.darxniq.com/2011/04/video-pertunangan-ashraf-muslim-ustaz.html
p/s : wah..bgos la dah bertunang....btw ustaz fakhrul bila lak nak bertunang??...ahahhahaha
Tags
Artis,
Dunia Hiburan,
Isu Semasa,
Pertunangan
Waran Tangkap Norman Dan Memey
16 April 2011
KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap ekoran kegagalan mereka untuk menghadiri prosiding kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat.
Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.
Peguam syarie Munirah A Bakar yang menyebut bagi pihak Fakhrul Azman Abu Hassan yang sedang berada di luar negara terlebih dahulu memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Norman.
“Norman memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir kerana sakit manakala Suhaiza Suhaimi (Memey) berada di luar kawasan,” katanya.
Bagaimanapun, tiada sebarang sijil cuti sakit dikemukakan di mahkamah.
Perbicaraan kes khalwat Norman dan Memey telah berjalan selama dua tahun akhirnya menampakkan tanda-tanda akan berakhir apabila Salehan menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes tersebut.
Beliau juga menetapkan 20 Mei ini untuk peguam syarie membalas hujahan pihak pendakwaan yang difailkan pada Jumaat, manakala pihak pendakwaan dijadualkan menggulung hujah mereka pada 20 Jun depan.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, 23, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008.
Pendakwaan terhadap Norman dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.
Mereka yang didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 20 Januari 2009 kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Untuk membuktikan pertuduhan tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan tujuh saksi pendakwaan.
Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Hasrul Hafizsi Ahmad Kamal.
Tags
Artis,
Dunia Hiburan,
Gosip,
Waran Tangkap
Hanis Zalikha Skandal I Biodata Hanis Zalikha
mesti korang kenal kan sape hanis zalikha...blogger ternakal..eh...terkenal...dah la blogger..model..ape lagi eh..hahahaha..opsss...dgr kate dia dah jadi pelakon...betol ker??
ape2 hal pon..kita layan biodata dia dulu..
Biodata Hanis Zalikha
Hanis Zalikha Zainal
Profesyen: Model dan pelakon sambilan, pelajar
Usia: 19 tahun
Tempat lahir: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ketinggian: 168 sentimeter
Berat: 50 kilogram
Adik-beradik: Anak kedua daripada enam beradik.
Blog : Hanis Zalikha
Blogger Diminati : Niq Afnan
sila perhatikan gambar di bawah ini....didapati Hanis Zalikha yang meletop ini telah mempunyai skandal...siapakah lelaki yang malang itu??..hahahhaha...
untuk mengetahui siapakah lelaki itu...sila tekan pic diatas ini...semoga persoalan anda semua telah terjawab...
[Gambar] Biodata Noor Neelofa Binti Mohd Noor
Sejak menang Dewi Remaja 2010, rezeki Neelofa jatuh bergolek-golek. Selain daripada shootin filem Azura 2011, dengar cerita banyak juga rancangan TV yang akan mengeluarkan wajah cantik Neelofa ini. Adakah tahun 2011 akan menjadi titik tolak kefemesan si cantik manis dari Kelantan ini? Adakah Neelofa akan tercalon di dalam ABPBH2011 kelak? Anda tentukan ~~
Lagi gambar Neelofa yang terbaru di KRU TV Launch yang diambil oleh RunWitMe dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Nama Penuh : Noor Neelofa Binti Mohd Noor
Asal : Pasir Mas, Kelantan
Tarikh Lahir : 10 Feb 1989
Tinggi : 158cm
Berat : 47kg
Pendidikan : Bachelor Of Business in International Trade & Marketing
Anak ke Berapa : Ke-3 dari 9 adik beradik
Idola : Niq Afnan (perasan x hengat..hahahha..)
Fatin Liyana Komen Blog Aku! / Biodata Fatin Liyana
15 April 2011
fuhhh....fuhhhh...oksigen!!....oksigen!!!....bomba..bomba.....eh..ambulan..ambulan...nak oksigen!!...aku semput...!!...arghhhhh...hahahhaha...gler weh....Fatin Liyana meh komen blog aku....mau aku pengsan 20 hari!!..ahhahahahha...gila2..ini keje gila....aku dah x tau nk wat per..nk wat doa selamat..kompem orang kate gedix gler...muhahahhahaha..
aku ada la wat entry hari tuh...errrr...errr...tp x sangka tuan punyer body meh datang blog buruk ini..smpai tinggalakn komen..aku ingt fake Fatin Liyana....tp sekali btol dia..hahahhaa..pengsan* lagik 20 jam...muhehhehehhehe...
ape2 pon jom kita layan Biodata Fatin Liyan dulu..
Nama : Fatin Liyana
Jantina : Perempuan (dah name pon Fatin Liyana)
Umur : 22 tahun
Asal : Seremban
Tarikh Lahir : 12 Jun 1989
Lokasi Sekarang : Bandung : 3rd year medical student of Universitas Padjadjaran Bandung, West Java, Indonesia.
Berbintang : Gemini
Interest : Money, Travel, Ryan Higa, Jay Chou, ST12,Photoshoot,Fashion,Medical & her Blog!
Status : In Relationship dengan Dia (demmm!!,...wat aku jeles jer...)
ok...sudah pasal dia punyer biodata....ehh!!!..ada 1 entry gak...entry panas nih...ada orang kate Fatin Liyana Gedik..hahahha..gler r...memang nak cari nahas nih!!..nak tahu ape blogger tuh kate??...jom kita tekan link bawah nih...aku pon memang nak marah dah nih!!...grrrrrrrrrrrr...
Tags
Artis,
Biodata Fatin Liyana,
Blogger,
Fatin Liyana,
Gempak,
Hot,
Panas,
Promote
Anugerah Bintang Popular 2010
04 April 2011
Berakhirlah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010 edisi ke-23 sebentar tadi yang berlansung secara live dari Genting Highland yang diserikan lagi dengan telatah Raja Azura dan Sharifah Shahirah sebagai pengacara ABPH tahun ini.. memang lawak habis dua orang tu.. Tak lupa juga persembahan artis jemputan yang sememangnya mantap turut mewarnakan ABPBH yang dah sememangnya berwarna warni tu…
aku minat dua orang nih jer..hahahha....oh lisa!!..:p
Biodata Lisa Surihani
Nama asal pelakon kacukan Melayu - Bugis ini ialah Lisa Surihani Mohamad. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 23 Mac 1986, Lisa adalah anak perempuan tunggal daripada lima beradik dan dia adalah anak keempat.
# Mula menjejakkan kaki dalam dunia glamor pada usia 11 tahun, bermula dengan model iklan. Dia kemudian melebarkan sayap dalam dunia lakonan, langkahnya bermula dengan filem Good Bye Boys.
# Lisa memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang - Undang (Kepujian) dari Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom. Pernah menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21). Dilantik menjadi Wajah Ekslusif Astro Megadrama
# Selepas Good Bye Boys, pelakon yang hebat digosipkan dengan Farid Kamil ini turut membintangi filem I’m Not Single, Jangan Padang Belakang Congkak. Dia bakal muncul dengan lima buah filem tahun ini iaitu Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, Semerah Cinta Stileto, V3 Samseng Jalanan, Kapoow!! dan Zoo.
# Sementara itu drama yang pernah dibintangi gadis ini ialah Obsesi, 3 Janda, Anak Merdeka, Mataku Nampak Hantu dan Ponti Anak Remaja.
Biodata Shaheizy Sam
NAMA SEBENAR: Shaheizy Sam Abd Samad
TARIKH LAHIR: 4 September 1982
UMUR: 27 Tahun
ASAL: Petaling Jaya, Selangor
KERJAYA: Pelakon
ANTARA TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Pa'e, Sama Tak Serupa, Graduan, Impak Maksima, KL Menjerit, Jangan Pandang Belakang 2, Legasi 43 Karat
FILEM: Adnan Sempit, Evolusi KL Drift 2, Jangan Pandang Belakang Congkak, Syurga Cinta dan Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
PENCAPAIAN: Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia Ke 22 (2009) - kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem Bohsia
aku minat dua orang nih jer..hahahha....oh lisa!!..:p
Biodata Lisa Surihani
Nama asal pelakon kacukan Melayu - Bugis ini ialah Lisa Surihani Mohamad. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 23 Mac 1986, Lisa adalah anak perempuan tunggal daripada lima beradik dan dia adalah anak keempat.
# Mula menjejakkan kaki dalam dunia glamor pada usia 11 tahun, bermula dengan model iklan. Dia kemudian melebarkan sayap dalam dunia lakonan, langkahnya bermula dengan filem Good Bye Boys.
# Lisa memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang - Undang (Kepujian) dari Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom. Pernah menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21). Dilantik menjadi Wajah Ekslusif Astro Megadrama
# Selepas Good Bye Boys, pelakon yang hebat digosipkan dengan Farid Kamil ini turut membintangi filem I’m Not Single, Jangan Padang Belakang Congkak. Dia bakal muncul dengan lima buah filem tahun ini iaitu Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, Semerah Cinta Stileto, V3 Samseng Jalanan, Kapoow!! dan Zoo.
# Sementara itu drama yang pernah dibintangi gadis ini ialah Obsesi, 3 Janda, Anak Merdeka, Mataku Nampak Hantu dan Ponti Anak Remaja.
Biodata Shaheizy Sam
NAMA SEBENAR: Shaheizy Sam Abd Samad
TARIKH LAHIR: 4 September 1982
UMUR: 27 Tahun
ASAL: Petaling Jaya, Selangor
KERJAYA: Pelakon
ANTARA TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Pa'e, Sama Tak Serupa, Graduan, Impak Maksima, KL Menjerit, Jangan Pandang Belakang 2, Legasi 43 Karat
FILEM: Adnan Sempit, Evolusi KL Drift 2, Jangan Pandang Belakang Congkak, Syurga Cinta dan Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
PENCAPAIAN: Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia Ke 22 (2009) - kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem Bohsia
Tags
Artis,
Dunia Hiburan,
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)



















