Kisah Malam Pertama Ujang!

20 April 2011


Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara
semuanya berkampung disini. Gelak ketawa,
gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin
isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara
sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?"
sapa Pak Ben. "Orang muda bang Ben, biarlah. Air
dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Rul disambut
hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah
sungguh keadaan diluar walau jam sudah
menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke
tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil
pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat
luar tu." Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu.
Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi.
Tanda sanak saudaraku telah pulang dan
keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku
selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu
membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya
untuk menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih
belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup
dahinya yang mulus. Semerbak harumnya
menusuk deria bauku. Akanku tunaikan
tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-
jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku
tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana
memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala
macam bunyi yang ada, aku membuka lampu.
Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku.
Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan
semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku
terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut
rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya
terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad
berbunyi... Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-
gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami
potong stim. Ikhlas dari : Sahabat Blogger!!!

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong
stim betullah.Baru jer nak Intro, blum baca doa lagik..huhuhuhu....
dengki la diorang kat aku sebab dah kawin...

28 Budak Hitam:

Oopss..Cikgu Cinta said...

adoi!!!kelakar hbis citer ni...huhuhuhu~~~~~~~~`rasenyer mcm nak hadeahkan jam loceng yg da siap alarm la kat member yg nak kawen heheh

KyêrulL said...

HAHAHAHAHAHHA.. terbaik wokkk.. :D

KyêrulL said...

Oh lupa nak cakp.. aku jadi pakcik dah skang HAHAHHAA

NisaAdnan said...

haha kesian dak ujang. tak sempat nak kentod pon lagi dah ada yg kacau. bhahaha

NARDtheNERD said...

dimana mana ada ujang sekarang ni.
ehehe.
:)

diyanah dzai said...

haha, kelakar kelakar !! penangan jam loceng =)

husna mukhtar said...

under age haha

~syue~ said...

hahaha! nak wat camtu gak la kat member bila dia kawen nt :D

zaim mahfuz said...

wahh nanti leh lah kacau orang nak kahwin ea huhu

cira nd said...

haha idea ni bes gilak....boleh kenakan orang lain kot :p

cyAh pUnyErrr said...

hahahahaha...lawak gila aeh...haaa ko da kasik aqu ilham na kasik adiah kt membew aqu yg na kawen ta lma lagik....jam loceng!!!huhuhuhu =))

nazirulhazwan~ said...

jom wei, nati kite miskol die kol 2 pagi, hahahaha

darxniq said...

nazirulhazwan~
gila..ahahhahhaha..

kucarkacir said...

hahaa.ayoyoyo

Izamir Ridzwan said...

kita kacau dia tgh mlm

Mohamad Fitri said...

wakakakaa....
terbahak2 ak bce entri ni.
anyway,nice entri br0

Ila said...

hahaha...betul ke ujang kn mcm tu

Woofer Storm said...

hahaaa pena baca bnda ni,tak tahu kat mana.tapi memang best la..heheeee

Ujang9897 said...

bongok...hahahaha

gua main pukul 8 pakai la..hahaha

Ummu Khaulah said...

haha.. lawok !

meh nak hadiahkan jam kat menara condong teluk intan tuh. huhu~

done! dah follow awak si budak muncet ;)

do follow me back ea ;)
http://olahasz.blogspot.com
thanks a lot ;)

Pijahh' de-Arr said...

kejamnya haha~~

gadis oren said...

hahahahaha , kesian tol .

jaa64 said...

kahkah..terbaik =.=

udin said...

peh! mantap bro.. hahaha!

Sabihah said...

bleh guna idea ni..hahahah..jam loceng..hahahahaha

aliarosli said...

naz ngan niq

nak join gak men mizkol2

meh bagi no

hhahahhahhah,jahat giler

♥sophie♥ said...

hahahaha,, ;p

hanim azhari said...

hahahaaha..padan muke ujang :p