Pandangan Tokoh2 Terkemuka Dunia Terhadap Tun Dr. Mahathir

12 April 2011



Akhirnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan mengagumi dan menghormati beliau. Beliau adalah seorang yang tegas, bijak dan praktikal"

Margaret Thatcher - Bekas Perdana Menteri Britain dalam Biografinya
betajuk 'The Downing Street Years', hlm. 502
"Saya amat kagum dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan saya kagum dengan pencapaian negaranya yang sukar dipercayai di bawah kepimpinan beliau sejak beberapa tahun yang lepas"


Bill Clinton - Bekas Presiden Amerika, kata-kata beliau kepada wartawan
di Washington selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir yang
dirancang 45 minit berakhir menjadi 1 jam 20 minit
"Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir bukan sekadar kawan kepada Afrika Selatan tetapi kawan yang telah diuji walaupun dalam keadaan yang sukar. Malaysia ialah pembebas bumi ini dari aparteid. Kerana itu, Malaysia senantiasa di hati kami. Kami mahu Malaysia bukan sahaja menjadi rakan dagangan utama Afrika Selatan di benua Afrika tetapi juga rakan dagangan terpenting di hemisfera selatan"


Thabo Mbeki - Timbalan Presiden Afrika Selatan sewaktu mengalu-
alukan kunjungan Dr. Mahathir ke negara itu pada Ogos 1995
"Dibawah pimpinan Dr. Mahathir, Malaysia melalui pembangunan ekonomi yang sungguh menakjubkan tetapi pada waktu yang sama nilai-nilai tradisi dan rohani tetap dihormati yang mendorong kepada kestabilan politik. Di bawah pimpinan beliau pembangunan ekonomi serta kemajuan politik berjaya diletakkan pada asas yang kukuh"


Benazir Bhutto - Bekas Perdana Menteri Pakistan, memberitahu
wartawan MASSA, Sukhvinder Kaur dalam satu temu ramah eksklusif
pada 8 Julai 1995 di Kuala Lumpur
"Rakyat Negara ini (Malaysia) bertuah mempunyai pemimpin yang berwawasan seperti Dr. Mahathir Mohamad. Kebijaksanaan Dr. Mahathir sebagai pemimpin Islam telah mengagungkan kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia termasuk kerajaan Amerika Syarikat"


Shaykh Muhammad Hisham Kabbani - Pengerusi Majlis Tertinggi
Islam Amerika sewaktu melawat Malaysia pada 12 Februari 2002

7 Budak Hitam:

Orang Kampung said...

tun mmg bijak mentadbir negara..
susah nk cari pengantinya..

Unknown said...

Orang Kampung
tahu xpe....mase pemerintahan dia..banyak gler pembangunan yang dia lakukan....

negara kita mula terkenal sbb tun la...mmg dia layak mendapat gelaran tuh..

Cik Pulau said...

owwhh..
dia memang hebat..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

negarawan yang sukar untuk dicari ganti :)

Yuyu Zulaikha said...

yuyu sangat sangat menghormati Tun! memang sayang beliau sangt!

Ada aku kesah said...

dia jugalah yang menambah kerosakkan kedalam agama islam dimalaysia dan dia jugalah umat islam dibunuh dan siksa di mamali, dan juga ISA :)

Anonymous said...

tun mahathir sememangnya seorang pemimpin yang berkaliber dan dihormati ramai.