Cinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui. Aku pernah melaluinya. Dan beberapa kali kecundang. Tak pasti salah siapa, anggaplah dia bukan pemilik tulang rusuk yang aku cari.. Cinta jarak jauh ini memerlukan pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi berbanding cinta jarak dekat.
Biasanya cinta jarak jauh nih kerana faktor kerja, faktor belajar.. sama macam skrg, dia di kota raya.. aku masih di kampung.. kata orang tua, tolong jage kampung.. sbb semua mmber2 dah ke bandar..
Banyak pahit manis apabila bercinta jarak jauh ini, yang manisnya.. apabila masing2 saling merindui.. mula lah tiap2 malam asyik bergayut.. tiap2 hari bersms, tanya khabar..
Tapi kena ingat, cinta jarak jauh nih menggugat kepecercayaan dan kesetiaan.. bisalah kalau makwe/pakwe keluar kompem pasangan masing2 akan fikir.. dengan siapakah dia keluar.. adakah keluar berdua..
So bila cinta jarak jauh nih, selalu lah bergurau senda agak dia x rindu.. seksa woii bila tgh wat keje, tetiba rindu.. habis sume kerja x jalan.. rajin2kan jadi pendengar setia.. perempuan nih suka bercerita, so pandai2 la buat dia selesa untuk bercerita dengan kita.. walalupon cerita macam bos nak ngorat dia dan lain2.. ekekeke..
Ikhlaskan hati menyayangi dia, insyaAllah hubungan akan berseri walaupon masing2 terpisah krn jarak..
*Ya Allah, tetapkan hati kami agar setia pada pasangan masing2.. Kuatkan hati kami apabila dilanda dugaan dan musibah.. sayang si keding! jangan merajok lame sangat, rindu tahu? c(;
0 Budak Hitam:
Post a Comment