Tanda-tanda bila lelaki betul-betul sayangkan seseorang

17 November 2013




Well selalunya lah kan lelaki susah nak bagitahu dia sayangkan kita melalui mulut, tetapi kita boleh baca body language dia yang menunjukkan dia ni betul2 sayang kita atau tak :)

  1. Dia selalu memberikan alasan untuk berjumpa walaupun sekadar ingin memandang wajah kita, *rindu la tu
  2. Dia akan mendengar dengan teliti apa yang ingin disampaikan oleh kita
  3. Selalunya dia akan ingat apa yang kita telah katakan kepadanya
  4. Selalu pandang kekasih mereka tepat pada mata, masa nilah perempuan selalu tersipu malu
  5. Sentiasa bercakap mengenai masa depan hubungan mereka, kalau boleh memang ingin sampai kahwin *well sape tak nak kan kahwin dengan orang yang dicintai
  6. Selalu bertanyakan khabar kita walaupun busy, paling kurang dia akan menelefon kita atau menghantar mesej 1 kali sehari atau 3 kali seminggu.
  7. Akan cuba menyukai apa benda yang kekasihnya sukai, seperti musik, makanan, minuman dll
  8. Akan memberitahu apa yang dia sukai tanpa kita suruh
  9. Kadang-kadang perangai mereka boleh jadi kebudak-budakkan demi melihat kekasihnya tersenyum atau ketawa
  10. Cakap banyak lebih dari kebiasaannya bila dengan kita,
  11. Memberikan layanan yang berbeza dari kawan mereka contohnya bercakap dalam nada yang tak tinggi, lebih gentleman..
  12. Selalu ada masa untuk kita, kalau tiada pun mereka akan cuba meluangkan masa pada masa yang lain..
  13. Selalu memberikan kejutan yang kita tak pernah terfikirkan.
  14. Bersifat lebih natural dan bersahaja
  15. Bersifat melindungi, tak kiralah kalau berjalan bersama dia pasti akan memastikan kita berada di sisi kita
  16. Jika dia betul2 sayang, dia akan berusaha mengubah diri mereka menjadi yang terbaik untuk pasangannya.
  17. Akan berusaha mengekalkan sesebuah perhubungan, mereka mungkin akan mengalah walaupun itu bukan salah mereka kerana tidak mahu pergaduhan itu berterusan.
  18. Sanggup berbelanja untuk kita, selalunya bila keluar bersama dialah yang keluarkan duit, alik2 dia juga yang pokai :P
  19. Dia tahu apa yang kita suka dan tak suka walaupun kita tak beritahu, mereka akan berusaha mengambil tahu sendiri
  20. Tiada rahsia diantara dia dan pasangan, dia beritahu semua perkara sebab dia percayakan kita sepenuhnya
  21. Bertindak spontan seperti memberikan sentuhan fizikal.
  22. Dia akan menyimpan lebih kurang satu gambar kita  dalam fon mereka
  23. Selalu menyuruh kita menjaga diri kita dan kesihatan sebab dia tak nak kita jatuh sakit
  24. Bila kita sakit, dia mungkin akan mendapatkan ubat untuk kita
  25. Dia menghormati pendapat kita
  26. Dia tidak kisah dengan kisah silam kita dan menerima kita seadanya
  27. Dia akan mengatakan i love you atau saya sayang awak walaupun memang jarang mendengar mereka menyebut ayat ini.
  28. Merelakan diri mereka dicubit, ditumbuk atau disentuh oleh kekasih mereka tanpa mengelak dan mereka akan terima dengan gelakan.
  29. Bila kita bersedih mreka juga akan merasakan kesedihan kita
  30. Selalu memuji kita contohnya : awak cantik lah hari ni :*
  31. Akan berusaha membuatkan kita memberikan perhatian padanya.
  32. Bila dia betul-betul sayang, dia akan berusaha mencari kita walau sejauh mana kita mengelak darinya kalau boleh dia tak nak lepaskan kita pergi walau apa terjadi.
  33. Sentiasa bersabar dengan karenah kita
  34. Tidak rela melihat kekasihnya bersama dengan lelaki yang tidak dikenali, mungkin akan timbul perasaan cemburu dalam hati mereka.
  35. Suka meluangkan masa bersama-sama
  36. Sentiasa senyum gembira bila kita berada di sisinya
  37. Paling penting kita dapat merasai dia sayangkan kita melalui cara layanan mereka terhadap kita:)

0 Budak Hitam: