Showing posts with label Mengarot. Show all posts
Showing posts with label Mengarot. Show all posts

Kayif.com angau dengan Fatin Liyana

28 April 2011

34850_110805975635351_110797385636210_75576_5330688_n

korang kenal tak sape minah cantik kat atas tuh??…awek aku tuh..ahhaha..(gler perasan)
216491_1901512134327_1137392269_32166333_7343457_n

dan korang kenal tak sape mamat perasan artis kat atas nih??..

hahahhahahhaha…adoiiii…sape lagi kalau bukan mamat dari blog www.kayif.com …nak tau kenapa tajuk entry aku kate dia angau??…meh tgok cini..

angau dengan fatin liyana
dan ini

di entry SINI

erkk..erkkk..adehhh…bro kyerul…lu jgn mmpi la..Fatin nak kat aku jer..dia setia ngn aku jer..ahhahahhahahaha…..mati aku kena pasnih ngn kyerul!…Smile with tongue out

Kecian Cik Epal..!

22 April 2011

alahai..bulatnyer pp dia..hik..hik...^_^

dah2..ape aku mengarot nih..ahhahahhaa..meh2 aku nk cerita 1 kisah pasal cik epal nih...kecian kat dia tau x...hukk..huk....

" Abg...tlg dtg umah segera, URGENT!!!!! ". Hakim baca sms sepantas
kilat. Terus call balik phone Cik Epal. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Cik Epal hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.

Dia kenal Cik Epal sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran
dengan keluarga Cik Epal. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Cik Epal mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Cik Epal waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Cik Epal main askar-askar tapi Cik Epal cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Cik Epal, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Cik Epal berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Cik Epal kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the
gang' yang mengganggu Cik Epal masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula
lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Cik Epal
"Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks
sebagai hadiah harijadi Cik Epal...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak
Ropiah ibunya Cik Epal yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Cik Epal. Mak
Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.


Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Cik Epal tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba
hubungi telefon Cik Epal tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu,
fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Cik Epal
tinggal seorang diri. Rakan serumah Cik Epal, si Baizura sedang bekerja kala
itu. Dia tahu, Cik Epal kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam.
Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah Cik Epal
dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru
ni, ada rumah di kawasan perumahan Cik Epal dimasuki perompak. Dia berdoa jika
rumah Cik Epal dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu
diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Cik Epal tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.


Dia bercinta dengan Cik Epal sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Cik Epal dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini, keluarganya akan masuk meminang Cik Epal. Cik Epal akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya
itu.


Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Cik Epal. Sebaik berhenti di depan rumah Cik Epal, Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Cik Epal. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Cik Epal, Cik Epal". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Cik Epal. Dia dengar esakan Cik Epal. Cik Epal menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk
lagi pintu bilik Cik Epal sambil panggil nama Cik Epal. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Cik Epal. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Cik Epal, dia tengok Cik Epal teresak-esak atas katil. Rambut Cik Epal kusut masai, Cik Epal tekup muka sambil menangis. "Cik Epal, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Cik Epal. Cik Epal masih dalam sendu. "hu...hu..." " Cik Epal, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Cik Epal. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Cik Epal. Hakim goncang bahu Cik Epal. "Cik Epal, what hell is going on...tell me!!"

Suara Hakim kuat kali ini. Cik Epal berenti menangis,

Cik Epal tatap wajah Hakim, Cik Epal renung mata Hakim.

MMmm "Bang, Cik Epal lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi."
Nanti cukup 27hb nie, Cik Epal bayar blk ek? Tak pun bila Cik Epal dapat Bonus baru bayar.

Surat Mintak Nak Kahwin..!


jom bace cerita member aku nih..ahahhah...amboih..x sabar nk kahwin yer...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa Along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar Along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, Along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang Along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.


Dipendekkan cerita, Along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila Along cakap macam nie. Along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, Along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.


Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.


along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:


“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)


Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.


Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.


Di universiti Along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.


Mengenai calon, Along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.


Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang Along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…


Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka Along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.


Along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.


Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak Along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.


along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan Along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.


Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau Along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.


Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, Along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.


Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.

Kisah Malam Pertama Ujang!

20 April 2011


Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara
semuanya berkampung disini. Gelak ketawa,
gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin
isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara
sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?"
sapa Pak Ben. "Orang muda bang Ben, biarlah. Air
dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Rul disambut
hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah
sungguh keadaan diluar walau jam sudah
menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke
tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil
pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat
luar tu." Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu.
Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi.
Tanda sanak saudaraku telah pulang dan
keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku
selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu
membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya
untuk menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih
belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup
dahinya yang mulus. Semerbak harumnya
menusuk deria bauku. Akanku tunaikan
tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-
jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku
tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana
memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala
macam bunyi yang ada, aku membuka lampu.
Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku.
Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan
semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku
terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut
rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya
terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad
berbunyi... Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-
gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami
potong stim. Ikhlas dari : Sahabat Blogger!!!

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong
stim betullah.Baru jer nak Intro, blum baca doa lagik..huhuhuhu....
dengki la diorang kat aku sebab dah kawin...

Kisah Kena Ngorat Dengan Janda



wah...gambor..meletop..muhahahhahaa....meleleh tgok!!...errr..errrr....korang kenal kan sape minah atas nih...heeee...janda hot tuh..muhahahahhaa..

so skrg aku nk cerita la sket....pengalaman kena ngorat dengan janda...hahahhaa..bru minggu lepas....hari nih pon kena lagi..adoiii...

nak dijadikan cerita....minggu lepas aku,time bekpes...aku pegi la ngn budak2 opis...so lepak kat cafe tempat aku kerja..then terpandang la tuan punyer cafe tuh..perghhh..janda beb..hahhaa..mmg berhias sungguh la...dengan body lentik...pakai lak kebaya...errr..errr..rupa paras mmg jgn cakap la..aku bagi 4.5/5 bintang..hahahhaa...

then aku p la oder makanan dan minuman bagai..makan2 dan borak ngn budak opis...so budak opis kate yang tuan cafe nih janda..hahaha.."hermm..patut la cantik semacam" desus aku dalam hati..

esok plak aku p sorang2 kat cafe..sbb aku rehat lambat..ada keje sket nk setel lam opis...then bila pergi kat sane..errkk..janda nih senyum jer kat aku..adehh..adehh..mau gugur jantung nih...then bila oder makan n minuman..pastu nak bayar...dia kate xyah...dia belanja..pergh..tergamam aku...

aku pon dengan muka sengan silu mungucapkan terima kasih..so pergi la melantak sorang2...dalam melantak..aku perasan dia tgok aku..errr..err...aisemen!!..ketaq lutut wehh..hahahhaa..dah la aku sorang..aku dah x tau nk pandang ape..aku pandang jer meja makan sambil makan dengan cepat..

hari nih plak p ngn budak opis...then bila oder air...aku mmg minat kopi..so tadi oder kopi o ais..pastu janda tuh mnyampuk...suka minum kopi eh??...aku jawab yup...pastu dia kate, xpe..suka orang yang suka kopi...erkk!!!....mau pengsan aku....dah la kena bahan ngn budak opis...diorang panggil duda niq kat aku..demm!!!..hahaha..habis 1 cafe bantai gelak kat aku..siot jer....

coteran niq : errrr..errr..esok xmo dah p cafe tuh..mau kena bahan lagi..

Kisah Aku Dengan Fatin Liyana

19 April 2011




“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Fatin Liyana lembut sambil membetulkan pakaian Aslan. Aslan tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Aslan mencubit pipi Fatin Liyana lembut.

“Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Fatin Liyana hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

“Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Aslan berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Fatin Liyana. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Aslan berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Aslan menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Aslan semakin seronok. Aslan dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Aslan cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Aslan masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Fatin Liyana terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang, Fatin Liyana takut.” Fatin Liyana cuba memujuk Aslan supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Fatin Liyana?tak ada apa-apa,” Aslan terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Aslan setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Fatin Liyana tengok abang motong dia aaa….” Aslan terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Aslan terus membelok ke kanan untuk memotong dan …di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan………………..ABANG!!



Aslan….bangun lan,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Aslan membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Fatin Liyana mak? Macammana dengan Fatin Liyana mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Aslan menyoal emaknya. Aslan tak dapat menahan kesedihannya lagi. Aslan menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Aslan tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Aslan mak, Fatin Liyana?” Aslan masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Aslan yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Aslan terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

“Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….

…Dan Aslan tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian, Terima Kasih…

Budak Punyer Pasal


Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi. “Encik, bolehkan bagi saya d uduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..”. Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut.

Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap rokok, lalu wanita itu berkata, “Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..”. Lelaki itu pun dgn tersipu2 membuang putung rokok tersebut.

Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu. Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok.

Macammanaaku nak pekena dia pula? Tiba2 angin bertiup, dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu berkata “Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh...

Bila Blogger Berangan Nak Kahwin 4

18 April 2011

selamat malam cikgu!!..(gaya upin dan ipin)..^_^

wahhh..bertemu lagi kita ye dalam entry kali ini..huhuh...ermmm1 hari entry luahan hati..skrg kita tengok plak gelagat blogger ini bila bini dia mengamok..hahaha..ada hati nak kahwin 4...1 pon belom termampu nak jage...muahahaha..

KALAU BINI MENGAMUK DAN MEMBALING PINGGAN MANGKUK
Jangan tepis atau elak....apa barang sebaliknya cubalah sedaya upaya sambut dan tangkap,time nihlah pun masanya korang nak tunjukkan bakat terpndam tu.

KALAU BINI MENANGIS SAMBIL MEMBEBEL PASAL SIKAP KORANG YANG MENYAKITKAN HATINYA
Tarik nafas,lepas..tarik nafas,lepas...ulang lapan lagi...hahha..Kemudian mula ketawa,buktikan yang korang bersedia membuatnya gembira tika saatnya berduka nestapa..

KALAU BINI MENGEMAS KAIN BAJUNYA BUBUH DALAM BEG DAN NAK BLAH
Jangan dok rayu-rayu..bini tuh dah nekad campur ngn tensen kali hati panas..jadi tolonglah mana yang paror...tolong ambik dan bubuh kain baju dalam begnya..

KALAU BINI MEMBEBEL TAK BERHENTI
Kalau yang pekak boleh dikecualikanlah...jangan dok membatu katukan diri itu...cubalah menjadi kreatif...korang eh wat muzik latar apa..hahhahhaa..

KALAU BINI BERSIAP LAMA SANGAT
Jangan dok membebel dan membebel dan membebel lagi..hahhaha..Sebaliknya cubalah hidupkan enjin kereta dan tekal pedal minyak kuat-kuat...seminit..dua minit...tida minit blah jer la kalau x kuar lagi..sape suh lambat sgt..hahaha..


Kisah Pakwe Dan Makwe Kalau Tengah HOT

17 April 2011


ADAT BERCINTA MESTI ADA BERLAKU PERTELINGKAHAN DAN BOLEH BUAT PERHUBUNGAN TERPUTUS. ORANG SELALU CAKAP...BERCINTA JANGAN LAMA-LAMA, LAGI LAMA LAGI MACAM-MACAM MASALAHNYA. BILA TENGAH HOT MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU, ANTARANYA.....


PAKWE : "Semalam dah berjam-jam kita cakap dalam tepon tapi hari ni awak kata dah lama tak xakap dengan saya..Kenapa dengan awak ni?"

MAKWE : "Bercakap berjam-jam dengan saya?Oi! Baru hari nih kita bercakap dalam tepon tau! Dah seminggu kita tak contact. Awak cakap dengan sapa semalam?"

========================================================================

PAKWE : "Sedap awak masak tapi kenapa awak masak sikit sangat? Saya cuma dapat makan dua tiga suap jer. "

MAKWE : "Saya suruh awak datang sorang jer makan, yang awak bawak kawan2 awak datang ramai-ramai sapa suruh"

========================================================================

MAKWE : "Cantik cincin tu kan, awak x nak belikan untuk sy cintin tu? Alaaa, bukan mahal pon..Awak belikan ek"

PAKWE : "Banyak cantik muka awak suruh belikan. Bila gaduh jer nanti abis awak buangkan macam sincin yang sebelum ni"

========================================================================

MAKWE : "Dah berjam saya tunggu awak dat depan panggung ni, awak kat mana? Cepat la sikit wayang dah nak start nih"

PAKWE : Laaa....awak tunggu kat panggung mane, KL ke Shah Alam? Saya tunggu awak kat panggung Klang nih" (hahahhaha..pernah terjadi kat aku...dulu ex aku tggu kat panggung Bukit Tinggi Klang..aku leh p tggu dia kat panggung Bukit Raja Klang..hahhaha..hampeh tol)

========================================================================

MAKWE : "Awak jangan jumpa saya lagi, saya dah putuskan hubungan kita.Saya rasa diantara kita memeng tidak ngam"

PAKWE : "Sepatutnya dari dulu lagi awak dah cakap macam tu, Saya nak cakap lama dah tapi takut awak kecik hati plak"

========================================================================

MAKWE : "Cuba awak cakap dengan sy apa kekurangan saya sampaikan awak nak memutuskan hubungan cinta kita?"

 PAKWE : "Awak kurang cantik". (aku pernah kate kat ex awek aku...kena pelempang!..hahaha..adehhh..sakit)

========================================================================

 MAKWE : "Asyik2 jalan tepi tasik, takde tempat lain ker awak nak bawak sy jenjalan ni? Boring la asyik tepi tasik"

PAKWE : "Nah,awak pakai baju mnyelam ni..Jom saya bawak awak jenjalan dalam tasik ini pulak"

coretan niq : dapat pakwe cam nih..mmg hura hara hidup..hahahhahhaha..

Jika Anda Seorang Juru Tol

14 April 2011





Apakah korang bercita2 menjadi juru tol??..korang rasa perkerjaan sebgai juru tol mudah??...ambil duit..hulur resit....Oh Tidak!...tidak semudah yang disangka...berkerja sebagai juru tol ini penuh dengan pantang larang..kat sini disenaraiakn apa yang tidak patot anda lakukan....cekikdaud!!..hahahaha..


  • Walaupon perngguna lebuh raya memberi korang duit..ini tidak bermakna duit itu korang yang punya...Jangan sesekali gunakan duit itu untuk membelanja rakan sekerja korang makan tengah hari..
  •  Korang dilarang sama sekalu menyidai pakaian yang baru dibasuh di palang pondok tol korang..
  •  Pondok tol tempat korang bertugas adalah hak milik syarikat..korang tidak dibenarkan menghias pondok tol tersebut sesuka hati korang..
  • Korang juga dilarang berbual2 mesra smbil bertukar pendapat dengan pembayar tol walaupon korang mengenali si pembayar tol tersebut..
  •  Setiap plaza tol mempunyai beberapa lorong..jgn pula korang mnyediakan lorong korang sendri ayng dikenal sebagai lorong tikus..hahahha..
  •  Korang juga tidak boleh melakukan perniagaan sampingan di pondok tol..Contohnya jual durian ker...
coretan niq : hari nih xder keje...warghhh...boring..nk p dating ngn dia lah..hahahhaha

jenis kereta mengikut peringkat umur..

13 April 2011

dari mula hingga ker akhir hayat kereta...adakah kenderaan yang sukar untuk dipisahkan dengn manusia...kegunaannya pulak melalui beberapa peringkat mengikut usia..

*peringkat 1
-4 bulan hingga 9 bulan (baby walker)

*peringkat 2
9 bulan hingga 3 tahun (kereta tolak @ stroller)

*peringkat 3
-3 tahun hingga 7 thun (kereta mainan)

*peringkat 4
-7 tahun hingga 12 tahun (kereta kontrol)

*peringkat 5
-12 thun hingga 19 tahun (kereta kontrol berjenama)

*peringkat 6
-19 tahun hingga 50 thun (kereta mini,sport,MPV,SUV atau sedan)

*peringkat 7
-50 ke atas (kereta berkerusi roda)

*peringkat akhir
kereta mayat atau kereta jenazah..hahahha..:p


coretan niq : dah 5 entry dah publish...errkk..banyaknyer....:p

Ape salah aku sampai aku kena kutuk macam nih?

huk..huk....nape??...ape??..kenapa??..eh bukan same ker??hahhahaa...ermmmm..aku kena kutuk..sampai hati la orang tuh kutuk aku..xpe la..nk wat cma ner...nk bawak diri jauh2...


nak tahu dia kutuk ape...p SINI

Perangai perempuan bila dah berkereta.


orang perempuan cukup seronok kalau dah dapat lesen memandu,boleh pandu ke sana,boleh pandu ke sini..merata tempat boleh pandu kereta,namun begitu tahukah korang ape peel orang perempuan berkereta..

*bila dah masuk dalam petak parking diaorang akan turunkn tingkap,tgok tayar masuk petak parking atau tidak.lepas tu akan reverse ke belakang pastu ke depan balik...pasti parkingnya betul dan kemas..

*masa kat parking kereta sebelum turun mesti kenakan bedak,lipstik,minyak wangi..mekap kena cantik dulu baru turun dari kereta..

*kalau nak parking kereta tapi terlanggar kereta lelaki  mesti buat muka seposen...langsung orang lelaki pon x jadi nak marah...

*selalunya kereta orang perempuan ini ada anak patung atau bunga2...anak patung pulak siap lekat kat cermin kereta...kalau boleh siap nak pasang langsir sekali..hahhaha..

*kalau dah bersih dan berkilat tu kereta perempuan la tu hingga kalau boleh usahkan pasir sebutir...habuk pon tarak...hahahha..

*kaler kereta mesti terang...kebanyakkan kaler pilihan adalah pink...siap tampal gambar mikey mouse atau bunga2 lagi...apesal x buat airbrush?

*bau dalam kereta wajib putih melepak..eh....salah...wangi semacam jer..kalau boleh tiap2 hari nk sembur minyak wangi...tu la pasal kareta perempuan ni sebelum habis bukak pintu pun dah semerbak jer wangi dia...dah nak same macam bau pontianak plak....

p/s : edit typo..hhaha...
coretan niq : entry pantas...sbb tgah mngajar budak..ahhahah.. gler2.....

Cara Menjaga Martabat Pakwe

12 April 2011


Cara Menjaga Martabat Pakwe

Kalau dah sayang baik buruk pkwe korang mesti pertahankan walaupon dia sering menyakitkan hati kroang..tapi kalau korang sayangkannya,korang kena la jada martabat..(bukan murtabak okeh..) diorang pasal kalau diorang diaibkan bukan saja pakwe malah korang pon turut malu..

  • kalau pakwe korang kata xder duit nak bayar masa makan,jadi korang kena la bayarkan tapi duit tu bg la dekat pakwe korang untuk membayarkan..
  •  kalau korang 1 opis dengan pkwe korang dan tgok dia dah bermingu-minggu pakai pakaian same jer..belikanlah sepasang pakaian baru untuk dia tapi cakap jer la sebagai hadia untuknya..
  •  kalau pakwe bawak motor kapcai,korang plak bawak kete tapi masa kuar date bg la pkwe yang pandu dan kalau orang tnya cakap jer la kete tuh pakwe punya..
  • kalau pkwe kuar ngn perempuan lain tanpa beritahu korang dan terserempak plak tak usah la nk bertekak kat sana..fikir jer secara posotif untuk sementara waktu dan berjumpanya semula untuk selesaikan masalah tu.
  •  kalau tgh gado,jgn la plak keruhkan keadaan dengan kuar dengan laki lain..dok jer kat umah diam2...nnti jantan tuh infat pkwe kroang x gentlemen,smpai mkwe leh kuar ngn laki lain..
  • kalau pkwe korang tuh seorang yang miskin dan keluarga kroang lak tetapkan wang hantaran yang kompem dia x mampu nak bg...so same2 la kumpul duit dan bila dah cukup jgn la cakap kat keluarga yang itu duit bersama..cakap jer duit pkwe korang..
 coretan niq : entry last..mls dah nk taip2..hahaa..nk rehat lak..

5G dalam hidup lelaki






woooooooo....wooooooooo....G bukan untuk gay okeh..hahhahaha..ampa nih...xleh tgok huruf G..terus nak kate gay..hahahhahahaa....nak tahu ape yang 5G untuk lelaki..jom!!..

5 'G' yang perempuan tak kisah tentang lelaki
 *Gebu - kulit yang gebu dan lembut macam apam, mesti best didampingi..

*Gendut - bentuk fizikal yang kebanyakan dimiliki oleh lelaki,maka ianya adalah perkara biasa asalkan poketnya gendut dengan duit

*Gayat - kurang dimiliki oleh lelaki tapi boleh terima jika dibandingkan dengan yang suka gayut

*Gemuruh - dikejut selalu terperanjat tapi boleh control tak gigil, ciri-ciri penyayang tuh

*Gemuk - lebih kurang sama dengan gendut cuma fizikalnya lebih berisi dan pasti lebih disukai jika poketnya sentiasa berisi


5 'G' yang perempuan tidak suka tentang lelaki

*Ganas - sifat yang menyakitkan kaum yang lemah...(ujang,ko jgn ganas sgt ngn yana nanti..hahahha..)

*Garang - perangai yang selalu marah-marah dan kurang senyum pastu menakutkan bukan saja perempuan malah semua orang.

*Gementar - pantang dikejut sikit dah gentar,abis tuh macam mana nak jadi pelindung kaum perempuan?

*Gelojoh - sifat tidak sabar dalam soal makan  atau apa saja aktiviti bakal mewujudkan suasana kelam-kabut

*Gatal - yang paling tidak disukai perempuan apatah lagi time berdating pun sempat nak mngorat awek lain..(ada hati nak pasang ramai..hahahha..)

Sebab-sebab aku tak datang majlis kahwin ujang


TAK JEMPUT
  • kalau x jemput...macam mane nak datang?..walau apa cara sekalipun seandainya tidak dijemput maka haram makan kenduri.
 TAK DAPAT KAD JEMPUTAN
  • Pasal x dapat kad jemputan maka tak datang. Zaman sekarang kan  dah ada kemudahan komunikasi.Salah ko jugak asyik tukar no tepon,kot ye pon nak lari dari pemintak hutang..SMS la no baru kat kawan2 nih..
LOKASI KENDURI JAUH
  • Kalau betol jauh rasa x payah pergi la..sbb sekurang-kurangya kena mintak cuti 1 hari..so kena la terangkan elok dan bagi hadiah awal2..hahahha..
KERJA HARI SABTU
  • Kalau boleh kahwin la hari ahad..sbb hari sabtu kerja la...x pon wat jer time bulan pose..jimat belanja..hahahha..
 ITU KENDURI BEKAS KEKASIH
  • huh...ko tau x jang..yana tuh dulu ex aku..sbb tuh aku xmo datang..ahhaha..jeles...(sambil nyanyi lagu pelamin anganku musnah)..hahaha
 coretan niq : geng blogger..jom bg ujang jam loceng..beli yang besar2..dan setkan setiap jam..bru x merasa mlm pertama ujang..bru jer nk start..bunyi jam..hahahha..mau naik angin mamat tuh...muhehehehe..:p

Jatoh cinta dengan dia,tp....

08 April 2011


awak..ble pagi tadi awk datang melawat sy kt wad,saya terkejot sangat2..
saya tidak kenal pon awak,tapi awak tahu name saya..bila umi ngan abah sy xder kat wad,awk datang teman sy..sampaikan umi ngn abah dah kenal awak..kadang2 awk suapkn bubur utk sy..suapkan ubat...ermm..baik sugguh budi perkerti awak..

 pagi tadi awk dtg melawat sy,awk dtg sorang2...sy dah mula jatoh hati kat awak..sbb layanan awak terlalu baik...dan awak kate petang nanti awak datang lagi....saya rasa happy sangat2...bertuah sy ada awak..hehehe...

tp ble petang tadi awak datang,awak datang berdua..ermmm...sy ingt awak single..tp rupanya awak dah berpnyer....awak dah tipu sy...awak kate pagi tadi awak single..awak tahu tak saya jeles ngn awak..ye la,awak berjalan seirinngan dengan lelaki tuh...ermmm...xpe la awk..sy sedar sape sy...dan sy sedar sape awk...








awk adlah NURSE dan yg llaki tuh adlah DOKTOR...^_^

Lelaki Sangat Tidak Macho Bila...



He3, benarkah pompuan lebih terpikat kpd lelaki macho? Macho bukan hanya pd rupa paras yg hensem ja, tapi juga akal budi yg elok. Jom kita tgk apa yg buatkan lelaki jadi x macho, he3.

1- Meminta wang dari perempuan, walaupun hanya meminta kredit rm5, korang akan dipandang buruk oleh perempuan tersebut.

2- Berpakaian selekeh. Korang akan dicop tiada gaya. Tapi jgn la amalkan slogan "biar papa asal bergaya pulak", pakai yg nampak kemas ja.

3- Rambut tidak berminyak @ gel. TIDAK!!. Pasti pompuan tu bertanya dlm hati, 'mamat ni mandi ke tak?' walaupun pada hakikatnya korang mandi..

4- Baju korang tidak bergosok, nampak sangat korang pemalas. Jadi jgn biarkan baju korang berkedut, he3.

5- Korang bersikap pemalu dan tidak berani. Sebagai lelaki, korang harus berani buat ape saja (buat benda2 baik ye, bukan merempit x tentu hala, he3), barulah wanita terpikat dengan korang.

6- Korang tidak senyum apabila korang melihat ada wanita tersenyum pada anda, memang sah korang akan diumpat.

7- Korang selalu ponteng kelas, pompuan sangat benci lelaki mcm ni. Ha3, ye ka?

8- Korang sangat panas baran. Sikit2 nak marah ja, pompuan akan takut untuk mendekati kamu.. bahaya!!

9- Korang seorang playboy..wanita tidak akan sekali-kali berfikir untuk menjadi kekasih kamu.. hahaha, kecuali la pompuan tu playgirl jgk.

10- Korang tidak bersungguh-sungguh semasa melafazkan cinta kepada wanita kesayangan korang. Kalo cinta korang tidak diterima buat kali pertama, cubalah lagi untuk kali yang seterusnya. Hati wanita sangat lembut sebenarnya, mana tau jika si dia terpaut dengan kesungguhan korang..WAH!!

11- Korang tidak menjawab pertanyaan pompuan. Memang korang sangat menyakitkan hati. Jadi jangan haraplah pompuan itu nak tegur korang balik. He3.

12- Korang menghentikan perbualan korang dulu melalui sms. @ tgh bergayut korang yg letak dulu.

13- Korang membiarkan pompuan berdiri dalam bas atau LRT. Isk3, tambah2 kalo pompuan tue mengandung, sgt tdk boleh diterima.

p/s:sejauh mna kebenarannya? Apa pendapat korang lak?

coretan niq : aku nih macho x??..hahahhahaha....

Ada awek ajak aku kahwin?..perghh!!..

25 March 2011

erk...erkk...tersedak aku..ble ada ajak aku kahwin...huuuu...huuu....selamt aku x lemah jantung...

biodata dia..

umur : 21
berasal : dari ketereh kelantan
status : angau ngn mamat hensem


nak tahu sape...hahhahaha..nih gmbar dia..

(sila clik header nih untuk pergi ke blog dia)

awak..sy dah kahwin tau..dah ada 4 bini lagi..awak jgak yang gtau tadi...skrg nk ajak sy khwin lagi ker??errr...dah penuh la..hahaha.:P

siap ada gmbar sy bertunang lagi....pasal pagi saya berkahwin pon dah ada lam blog nih..pastu cite mnyesal sy kahwin lambat pon ada gak...

awak cari orang lain jer la ek..:P

Jenis-Jenis Buah Dada!! [18SX]

24 March 2011

pada suatu petang...duduk la 2 orang sahabat melepak dia tepi padang..tiba2 syed berkata dekat fakhrul...

syed : weiii fakhrul,tadi kan aku ada bace paper tau...aku nih kan memang bercita2 untuk menjadi doktor sakit puan...

fakhrul : erkkk!!!..ko nih..xder keje lain ker..hahhaa..sakit puan jgak ko nak...

syed : dengar la dulu aku nk gtau nih...tadi aku bace lam paper..buah dada ada bnyak jenis la..aku ingt ada satu jer..

fakhrul : hahahha..bongok!!!...nk jadi sakit puan..tp ape pon x tau..haram jadah tol!!..hahahhaa..so ape jenis2 dia??

syed : sat!!...(sambil membukak cebisan kertas paper yang dia cilok tadi)

fakhrul : demmm!!...siap curi lagi tuh..sangap tol mmber aku nih..hahhahaha..

syed : nah...info tentang buah tuh....siap ada style nasi lemak la....tergelak2 aku bace...

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....nk tahu style ape??



p/s:hahahaa....kecian..padan muka korang..nk jadi pelakon sgt....(mentang2 la mlm nih mlm jumaat,entry asyik lucah jer..hahhahaha...nk lawan ujang!!..)