Anak Derhaka !!!!

17 April 2011


Ya Allah… apalah salah dan dosa di ibu sampai sanggup diperlakukan sebegini!!!


Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan.

Ibunya yang nekad keluar dari kereta itu dimarahi depan khalayak ramai sehinggakan wanita tua itu menggigil dan menangis ketakutan dan tidak dihiraukan anak mereka. Malah, pasangan suami isteri itu mencerca dan meninggalkan wanita tua itu bersendirian setelah kejadian itu dileraikan anggota polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian. Akhirnya, wanita tua berkenaan dibawa ke balai polis berdekatan oleh seorang peniaga yang berjaja di kawasan itu.

Orang ramai yang menyaksikan drama ‘anak derhaka’ berkenaan, terkesima dengan tindakan pasangan suami isteri itu sehingga ada yang merakam kejadian terbabit dan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pasangan suami isteri itu di laman sosial, Facebook. Ia bertajuk ‘Kami benci pompuan gemuk dan suami dia yang maki mak dia di pusat komersial’

Hanya kerana ibunya takut, terus habis dimakinya. Sepatutnya jika ibu itu takut, maka kitalah yang sepatutnya menemaninya dalam kereta. Pasti ibu akan tenang kembali.
Ingat, kita cuma ada seorang sahaja ibu di dunia ini. Jangan sampai apabila ibu sudah tiada, barulah kita hendak menangis.

Si anak dan menantu ini memang berlagak… belum pakai BMW atau Mercedes MayBach dah hidung tinggi mendongak langit.Dia lupa ke yang kalau tiada ibu dia, jangan kata kancil… matahari pun dia tidak dapat lihat? Perasan nak mampus. Yang bini dia si gemuk tu pun lagilah aku geram…

Hati aku ini sangat sayu dan sungguh sebak. bila melihat badan dan tangan ibu tua ini menggigil ketakutan kerana di marahi oleh anak sendiri di hadapan khalayak ramai (cuba lihat betul-betul semasa si ibu tua ini menggigil).

Ya Tuhan, engkau berkatilah ibu dan ayah aku. Jauhkanlah aku dari sifat derhaka seperti ini.
Dan kita pula, tidak payahlah hendak memaki hamun anak derhaka ini. Kalau kita makin hamun, kita sama seperti mereka berdua. Yang penting, kita jaga ibu masing-masing… itu lebih baik.

9 Budak Hitam:

uchi said...

ish..apa punya anak lah mcm nie!!! x kenang di untung betul lah!!! di dunia boleh lah ko wat mcm tu!!! semoga anak makcik tu kembali ke pangkal jalan!!! jgn lak menyesal bila mak dia dah x de nnti!!! jgn nk meraung2 lak..insaf tengok video nie

Unknown said...

huhuh...ape leh wat uchi...bse la..zaman skrg..mane ada org nk hormat ibu bapa...klu ada pon...1 lam 1000..

- eiNa - said...

kuang asam punya anak.. sesedap rasa ko nak buat camtu kat mak ko.. anak cani, elok tanam idup2 masa kecik2 lagi.. x reti nak hormat mak langsung..

Atie said...

ntah nape arini semcm asek tgk video yg buat is menitiskan airmata je...td tgk kucing,skrg tgk seorg ibu tua plak yg kena marah ngan anak sendiri...Ya ALLAH,mtkla kita dijauhkan perangai mcm ni...mtk izin niq nk video ni blh??is nk buh kt blog is...

Unknown said...

eina-huhuh...sabo je la..nik lagi la..rase nk tembak jer dia..dah la bru jer lepas hari ibu..

is-ambik la...nik ok jer...

HembusanNafas said...

haih... dunia sekarang. orang dah sibuk fikir pasal diri sendiri je, sampai ibu sendiri di buat begini. Langsung tak ingat akan azab Allah. Astaghfirullahalazim, minta2 kita semua dijauhkan...

shafinaz (: said...

Menangis tgok vid tuh , hahah eden kan sensitip sikit , uhuk

Orkid Edyliyne said...

kesiannya... OE sedih kalau tengok ada orang yang buat ibu macam gitu...
dahlah ibu tu dah tua... dia buat macam tu..
tinggalkan lagi...
kesian betul...
tak ada rasa malu ke dia buat macam tu dekat ibu dia???
ish ish ish....

Orkid Edyliyne said...

kesiannya... OE sedih kalau tengok ada orang yang buat ibu macam gitu...
dahlah ibu tu dah tua... dia buat macam tu..
tinggalkan lagi...
kesian betul...
tak ada rasa malu ke dia buat macam tu dekat ibu dia???
ish ish ish....