Tingkatkan Traffic Blog Semudah ABC!

17 April 2011

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,ramai blogger baru mengeluh tentang trafik blog mereka,walaupun sudah cuba banyak teknik dan tip yang telah di sarankan oleh blogger-blogger otai,bagaimana untuk tingkatkan trafik blog tetapi masih agak susah untuk mendapat serendah 100 page view sehari.

Kalau anda juga berada di situasi begini juga,jangan bimbang saya akan kongsikan teknik yang saya telah implikasikan sendiri pada blog saya,dan sememangnya berkesan. Anda hanya perlukan masa 150 minit atau 2 jam 30minit sehari di depan komputer anda untuk mendapatkan jumlah pageview yang tinggi. Disini saya senaraikan hanya 4 langkah sahaja yang diperlukan untuk tingkatkan trafik blog.

Langkah 1 : Killer Articles / Artikel yang Mantap (1 Jam sehari )


[Image: mindmap2.jpg]


Luangkan masa anda 1 jam sehari untuk membuat brainstorming,researching untuk membuat artikel / post yang mantap. Target anda adalah untuk post-kan di blog anda seminggu sekali untuk Killer Articles,jika agak susah 15 hari sekali pun boleh. Dengan ini anda kena peruntukan 1 jam sehari untuk menghasilkan Killer Articles.

Killer Articles ialah tidak lebih dari artikel yang panjang dan tersusun yang bertujuan memberi impak kepada pembaca / pengunjung blog anda. Contohnya seperti blog design saya, 20 Best Creative Logo Design, Top 10 Download PSD Resources File .

  • Membuat satu senarai sumber yang terbaik,
  • Memberikan tutorial yang terperinci bagaimana untuk melakukan sesuatu,
  • Mencari jalan penyelesaian masalah yang sama niche dengan blog anda dan post-kannya atau
  • Menulis analisis yang mendalam sesuatu topik yang sedang hangat di perkatakan.

Jika pembaca / penghujung blog sukakan artikel anda,mereka yang akan membantu anda meningkatkan trafik dengan menyebarkannya maklumat tersebut kepada rakan-rakan mereka.

Langkah 2 : Networking / Hubungan (30 Minit sehari)



[Image: network.jpg]

Networking / Hubungan adalah sesuatu yang penting jika anda seorang Blogger yang baru nak mula. Peruntukkan 30 Minit sehari dengan :

  • Tinggalkan komen pada Blog orang lain
  • Kongsikan link Blog anda dengan Blog orang lain
  • Berinteraksi dengan Blogger lain melalui Forum,Facebook,IM atau Twitter.

Ingat!! matlamat anda adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik antara blogger-blogger yang lain,jangan hanya untuk mempromosikan blog anda sahaja. Hormati pendapat dan Karya mereka,ini juga boleh meningkatkan imej anda.
Langkah 3 : Promotion / Promosi (30 Minit sehari)


Ini adalah aktiviti pertama anda setelah anda membuat Killer Articles, anda perlu tonjolkan killer articles anda untuk pembaca / pengujung blog anda. Contohnya seperti :
  • Memberitahu rakan-rakan blogger anda tentang artikel anda,
  • Memberitahu Otai Blogger yang sama niche dengan Blog anda,
  • Kongsikan artikel anda pada socila network seperti Facebook dan Twitter.
  • Kongsikan artikel anda di online forum atau group.
Anda juga perlu pastikan yang artikel anda adalah mesra SEO,dan mempunyai keyword yang senang bagi enjin carian seperti google.com serta yahoo.com.

Langkah 4 : Normal Post / Post Biasa (30 Minit sehari)


Kita adalah manusia biasa,tidak semestinya setiap hari mempunyai Killer Articles. Normal Post / Post Biasa merupakan entri anda lakukan pada tiap-tiap hari yang di antara killer articles. Contohnya, jika killer articles anda setiap hari Isnin,normal post adalah dari hari Selasa sehingga Ahad. Antara idea untuk normal post ialah :
  • Entri tentang Berita semasa,
  • Entri mengajak pembaca / pengunjung blog berkongsi pendapat dengan anda,
  • Entri tentang blog orang lain yang anda suka,
  • Entri tentang aktiviti-aktiviti anda lakukan seharian.
Akhir sekali, Killer Artikel adalah untuk mempromosikan blog anda supaya blog anda mempunyai Unique Pageview tinggi,manakala Normal post adalah untuk mendapat pengunjung tegar (peminat) blog anda supaya Pageview anda tinggi.
coretan niq : untuk mendapatkan info dan tips lanjut tentang meningkatkan traffic blog...anda boleh la melawati link ini...150minit Sehari untuk Tingkatkan Trafik Blog


p/s : terima kasih pada artzam kerana berkongsi ilmu yang cukup-cukup berinfomasi kepada blogger-blogger baru seperti sy..untuk ke blog beliau..sila tekan header BIGHANDDESIGN

13 Budak Hitam:

Izamir Ridzwan said...

terbaek niq!

risa said...

kena belajar neh..emmmmm tak pandai langsung aihhh

hafiz hafizol said...

hurm.. Banyak lagi rupanya yang HH tak tahu.. Tenkiu

awan said...

stylo entry ko beb

www.blogz-anda.blogspot.com

darxniq said...

Izamir Ridzwan
thanks bro...^_^

darxniq said...

risa
xpe mama...slow2 eh..:)

darxniq said...

hafiz hafizol
welcome..same2 kongsi..

darxniq said...

awan
thanks bro....

ayuorked said...

ahahha kelakar :0 boleh plak petua moden :)

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

nic32..sesuai untuk aku yang kesemputan masa..keh3

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

oho...
duduk depan lappy 2 jam 30 minit je setiap hari...
OE kalau duduk depan lappy, boleh sampai tercabut mata dibuatnya... kalau tak tak berhenti...
(n_n)

Che Sakinah said...

nak buat artical mantap pon kena ada interest.. kalau tak susah nak jadi jugak.. berejam jam jugak pikir huhuhu.. teresa seperti buat assignment Uni ;)

www.fierapirot.bolgspot.com said...

betul jugak ek..thanks..=)

http://fierapirot.blogspot.com/