Perempuan Pon Mimpi Basah?

28 February 2011


Mimpi basah??Wet dream??Flood dream??(pergh..dah siap banjir..hahaha..)

Biasanya mimpi basah dikaitkan dengan lelaki..sbb ape?..menandakan lelaki itu dah baligh..haaaa..klu tau dah balik..pandai2 la solat eh...(solat itu tiang agama,klu x solat..mane nk dpt istana)..tp kebanyakan kita pon kdg2 bertanya...lelaki jer ke yg mimpi basah??...xkn perempuan x??

nk tahu dgn lebih lanjut..klik sini... luvlyadreena.blogspot.com


p/s:letih2 dia tulis artikel..so wat per copy paste..kan2??bg la credit kat dia skit...:)

Saya, Awak Dan Dia?


awak, awak dah ada dia. tapi napa awak bagi perhatian pada saya. awak buat saya rasa istimewa. saya pun anggap awak insan istimewa dlm hati saya. berkali-kali saya minta kepastian siapa saya di hati awak. awak kata takde apa. saya terima aje apa awak kata. walau apa jawapan awak saya tetap terima. maklumlah awak dah ada dia.

tapi nape bila saya tak layan awak je awak terasa hati. awak siap nangis lagi takut saya tinggalkan awak. bila gitu saya pun ingat awak mmg sayang kat saya. bila tengok muka awak yg sedih tak bermaya tu saya pun pasti walau tak berapa sangat yang dlm hati awak tu ada saya.

saya heranlah awak nape bila jumpa awak saya tak rasa apapun. takde pun berdebar-debar. biasa je. saya pun pelik. mcm takde apa perasan pun kat awak. tapi nape bila tak jumpa saya asyik teringat je kat awak. apa perasan saya yang sebenar ni. saya suka awak ke. mestilah suka kalau tak, takkan lah saye leh sakit hati bila awak tepon or sms dia. apalah saya ni.

bila tengok awak baik dgn dia saya pun rasa nak undurkan diri. sebab awak pon tak mungkin tinggalkan dia. sapelah saya ni. saya mls layan awak saya layan org lain je. muka awak pun saya tak pandang. dan setiap kali tulah awak buat muka seposen awak tu. KENAPA AWAK?! awak suka mendera perasan saya. sebab bila tengok muka awak tu saya mesti kesian kat awak. saya tak jadi buang awak dari hati saya.

satu hari saya nekad bagitau awak SAYA SUKA AWAK. ingat senang ke perempuan cam saya nak ucap pada lelaki. awak plak suruh saya buang perasaan saya ni. awak nak setia pada dia aje. saya tak marah pun bila awak ckp camtu. sekurang-kurang awak bagi saya jawapan. saya pun kata takpelah sape saya ni nak dibandingkan dengan dia tu. saya dan awak pun tak serasi.

selama tak jumpa awak saya dapat lupakan semua kenangan kita bersama. takde satu pun yang tinggal. mudah pulak saya lupakan mungkin selama ni pun dah byk kali saya nangis sbb awak. awak aje tak tau sbb saya nangis kat rumah. hati saya dah byk kali hancur bercantum hancur dan akhirnya hancur luluh berderai. tak mungkin bercantum lagi.

bila jumpa balik awak, awak cuba nak berbaik dgn saya. tapi saya tak mampu nak wat cam takde apa awak. awak suruh buang perasaan SUKA. bila suka dibuang apa yang tinggal? BENCI... itu ke yang awak nak.. awak awak saya tak mampu nak benci awak. nak buang perasan suka ni saya kena buang awak sekali. saya terpaksa tak hiraukan awak walau hati saya sakit nak wat camtu. tapi takpelah biar saya korbankan diri ini demi awak.

awak bila fikir balik saya dan awak pun sbnrnya tak pernah borak2 dalam realiti. saya dan awak cuma sms je. bila jumpa saya tak reti nak borak dengan awak. saya dan awak pun jarang berbaik. saya pun suka marah2 awak. dlm sms je baik. saya pun pelik. nape jadi camni.

awak akhirnya saya dah dpt jawapannya. saya dan awak semmgnya tak serasi. ibarat ajai dan nurul tu. dah tak serasi lagi. saya dan awak tak boleh berkomunikasi dlm alam realiti. boleh sms je. ini kenyataannya awak. dari dulu lagi camni. sekarang pun sama.

sekarang ni dia pun nak tinggalkan awak. awak baru nak terkejar-kejar dia. kesian awak. saya hanya mampu melihat aje awak. ini nasib awak. awak yang cari sendiri. saya pulak masih macam ni. macam saya yang dulu. tapi saya tak kan menoleh pd awak lagi. hati saya dah tertutup selamanya dan tak mungkin terbuka lagi untuk awak.

saya lebih gembira sekarang ni awak. saya hrp awak camtu jugak. mungkin lebih lagi. terima kasih awak kerana pernah mewarnai hidup saya yang singkat ini

Biodata Girl's Generation SNSD

Girl's Generation ataupun nama kumpulan ini dalam bahasa Korea iaitu SNSD (So Nyeo Shi Dae) ialah sebuah kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 9 ahli yang comel-comel belaka. Jika anda masih tidak mengenali Girl's Generation, sila baca sehingga habis ok.

Kesemua 9 ahli ialah Hyoyeon, Jessica, Seohyun, Sooyoung, Sunny, Taeyeon, Tiffany, Yoona dan Yuri manakala Hyoyeon bertindak sebagai ketua kumpulan ini. Girl's Generation mula menerbitkan lagu pertama pada tahun 2007 yang diberi nama 'Into The New World' dan pada bulan november 2007, mereka mula menerbitkan album pertama Girl's Generation dimana lagu 'Kissing You' mendapat sambutan hangat daripada peminat. Pada Mac 2008, album tersebut diterbitkan semula dengan nama 'Baby Baby'. Selain bidang nyanyian, Girl's Generation turut rancangan realiti, drama serta rancangan radio.

Pada Januari 2009, SNSD mula mengorak langkah dengan menerbitkan mini-album yang pertama dengan bertajuk 'Gee' dan lagu 'Gee' juga mendapat sambutan yang menakjubkan daripada peminat. Pada Jun 2009, SNSD mula melancarkan mini-album yang kedua bertajuk 'Tell Me Your Wish' dan album ini juga mencapai kejayaan yang besar bagi SNSD.

SNSD mula melebarkan sayap dengan melancarkan sebuah album penuh yang bertajuk 'OH!' pada Januari 2010 dan jualan album ini sudahpun melebihi 100,000 unit. Selepas itu, pada bulan Mac pula SNSD melancarkan album repacked terbaru iaitu 'RunDevilRun'. Pada bulan October yang lepas, SNSD melancarkan mini-album yang ketiga berjudul 'Hoot' dan ianya sama seperti album sebelumnya, mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Apa yang menariknya, kesemua 9 ahli Girl's Generation ni adalah berumur antara 20 hingga 22 tahun. Jom tengok biodata kesemua ahli Girl's Generation.


1. Taeyeon
Nama Sebenar: Kim Tae-yeon
Tarikh Lahir: March 9, 1989
Tempat Lahir: Jeonju, North Jeolla, South Korea
Tinggi: 160cm

2. Jessica
Nama Sebenar: Jung Su-yeon
Tarikh Lahir: April 18, 1989
Tempat Lahir: San Francisco, California, USA
Tinggi: 163cm

3. Sunny
Nama Sebenar: Lee Sun-kyu (Hangul: 이순규 | Hanja: 李順圭)
Tarikh Lahir: May 15, 1989
Tinggi: 158cm

4. Tiffany
Nama Sebenar: Stephanie Hwang @ Hwang Mi-young
Tarikh Lahir: August 1, 1989
Tempat Lahir: Los Angeles, California, USA (but raised in Diamond Bar)
Tinggi: 162cm

5. Hyoyeon
Nama Sebenar: Kim Hyo-yeon
Tarikh Lahir: September 22, 1989
Tempat Lahir: Incheon, South Korea
Tinggi: 160cm

6. Yuri
Nama Sebenar: Kwon Yuri
Tarikh Lahir: December 5, 1989
Tinggi: 167cm

7. Sooyoung
Nama Sebenar: Choi Soo-young
Tarikh Lahir: February 10, 1990
Tempat Lahir: Seoul, South Korea
Tinggi: 170cm

8. Yoona
Nama Sebenar: Im Yoona
Tarikh Lahir: May 30, 1990
Tempat Lahir: Seoul, South Korea
Tinggi: 166cm

9. Seohyun
Nama Sebenar: Seo Joo-hyun (Hangul: 서주현 | Hanja: 徐珠賢)
Tarikh Lahir: June 28, 1991
Tempat Lahir: Seoul, South Korea
Tinggi: 168cm

Untuk maklumat lanjut tentang biodata semua ahli kumpulan Girl's Generation ni, anda boleh layari website YeinJee's Asian Stars ataupun wikipedia. Sebelum tu, jom layan beberapa video klip menarik oleh awek Girl's Generation yang diambil dari youtube. Gunakan IDM untuk download video ni ye.







Read more: http://www.wowberita.com/2011/02/biodata-girls-generation-snsd.html

Aku Kerabat Raja Jembal Kelantan

27 February 2011

huh!...semalam bermimpi...mngadap sultan...mendapat pingat taat setia..waaaaaa....syok2...sbb setiap kerabat diraja jembal kelantan mendapat pingat tersebut...jom kita tgok sedikit info pasal Kerabat Diraja Jembal Kelantan


teks ikrar angkat sumpah

PERTUBUHAN KERABAT RAJA JEMBAL KELANTAN (PKRJK)
PKRJK telah ditubuhkan mulai tahun 1991, oleh berberapa orang AJK Penaja, dan telah di daftarkan dengan rasminya sebagai suatu pertubuhan di bawah seksyen 7 akta Pertubuhan 1966 dan nombor pendaftarannya ialah 1001/92 (Kelantan) pada 11 Julai 1992

Mission:2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERTUBUHAN

2.1 Untuk mengadakan hubungan yang erat di kalangan anggota kerabat

2.2 Untuk merapatkan semula ikatan kekeluargaan antara kerabat dan keluarga keturunan Raja-Raja Jembal yang datangnya dari keturunan Raja Sakti, Raja Loyor, Raja Omar atau mana-mana Raja yang berkaitan dengan Raja Jembal.

2.3 Menyemai dan menanam semangat jayadiri dan berdikari dengan tujuan untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan ahli-ahli kerabat dan keluarga.

2.4 Untuk menubuhkan satu badan kebajikan khusus bagi ahli-ahli kerabat dan keluarga dengan tujuan membiayai kegiatan ekonomi terutama kepada kerabat dan keluarga yang miskin serta memerlukan bantuan yang sedemikian.

2.5 Untuk mewujudkan pakatan dan kerjasama dalam sebarang kegiatan yang bermanfaat di kalangan ahli kerabat dan masyarakat.

2.6 Untuk mengadakan kajian dan penyelidikan untuk tujuan penulisan sejarah berkenaan kegemilangan kerajaan jembal bagi tujuan persejarahan tanahair secara amnya

2.7 Pertubuhan ini tidak akan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan politik serta berpihak atau dipergunakan bagi tujuan-tujuan politik mana-mana pihak pun.

2.8 Pertubuhan ini akan sentiasa berdiri teguh, taat setia menjunjung kasih di bawah naungan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan Darul Naim.

2.9 Pertubuhan ini akan berdiri teguh di bawah naungan pemerintahan kerajaan yang diberikan oleh rakyat mandat memerintah.
Company Overview:
Ringkasan Sejarah Kerabat Raja Jembal Kelantan
JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH

Pengenalan
•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang
mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)
~ Raja Bahar (Raja Udang)
~ Raja Omar (Raja Ekok)
~ Raja Sungai
~ Puteri Sayu Bari
~ Puteri Unang Melor
~ Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu
roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang
puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota
sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di
sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah
di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik
Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar


•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani


•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;
~ Tuan Sulong (Long Sulong)
~ Tuan Senik (Long Senik)
~ Tuan Besar (Long Bahar)
•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat


•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong


•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah


•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.


Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.


Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal


•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.


bagi ahli PKRJK yang hendak memohon logo kereta..boleh la mendownload borang tersebut di sini .download!

dan bagi kerabat yang belom menjadi ahli PKRJK..sila download borang ahli kat sini...download!

How To Create Wifi Hotspot





Jadikan Pc buruk anda sebagai sumber pendapatan sampingan!
yeye je bunyinye kan?

tapi mmg ni la kenyataannye.

sebagai contoh.anda melanggan streamyx dirumah dengan pakej kelajuan 1mbps dgn bil bulanan RM88/RM99.tidakkah anda merasa rugi kerana anda perlu menanggung bil bulanan yg tetap sebanyak itu.sedangkan waktu anda menggunakan internet tidak pun genap btul 24jam setiap hari.

pernahkah anda terfikir utk menjadikan talian internet anda itu sebagai sumber pendapatan sampingan?
pernahkah anda terfikir utk menggunakan internet tanpa perlu membayar sewa/bil bulanan talian internet tersebut?
* keuntungan bergantung kepada kebijaksanaan pengurusan anda.

haaa...disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu bagaimana utk setup pc buruk anda utk menjadi sebuah server hotspot yg mana sistem pengebilannya(billing system) 100% percuma.(saya pun bukan pandai pun..tp org kate "sharing is caring" kan...? )


sistem keperluannye ialah:
  • 1 x pc buruk (sebaik2nya menggunakan cip pemproses intel celeron 600MHz dgn RAM 512MB dgn 10GB Hdd atau ke atas)
  • 2 x Network Interface Card
  • 1 x Access point/wireless router (tak kira apa jenis brand atau model pun)
  • 1 x Easyhotspot Distro. (klik sini untuk download)


Cara-cara pemasangan:
  • - burn distro yg anda download tadi kedalam cd kosong.
  • - install pada pc buruk anda tersebut.
  • - dengan mengedit fail ini:
    /etc/udev/rules.d/70-persistent-net.rulesset kan NIC 1 = eth0(sumber internet).manakala NIC 2 = eth1(access point).
    untuk mengedit anda perlu mempunyai permission terlebih dahulu oleh itu jalankan perintah di terminal:
    Code:
    $gksudo nautilus





  • - disablekan fungsi DHCP pada access point/wireless router anda.
  • - sambungkan access point, modem, NIC seperti sambungan di bawah:

  • -restart chillispot dgn menjalankan perintah ini pada terminal:
    Code:
    $sudo /etc/init.d/chillispot restart



Pengujian:
  • - uji terlebih dahulu sama ada pc buruk(hotspot server) anda boleh melayari internet atau tidak.jika boleh, teruskan langkah pengujian berikut;









  • - uji dgn menggunakan laptop(sebagai client).connect laptop tersebut kepada access point anda tadi. kemudian buka internet browser.(sepatutnye muncul captive portal yg meminta client tersebut untuk memasukkan id dan password utk melayari internet).jika berjaya teruskan langkah berikut;




  • - pergi ke bahagian server, configure package yg anda mahu, dan create id dan password bg client.
    http://localhost/easyhotspot

    default admin account:
    Code:
    username: admin
    password: admin123

    • Radius Server 1 (Address of primary RADIUS server, default 127.0.0.1)
    • Radius Server 2 (Address of secondary RADIUS server, default 127.0.0.1)
    • Radius Secret (Secret phrase between RADIUS server and Chillispot)
    • DHCP Interface (Which interface you want to use as Hotspot Interface)
    • UAM Server (Address of captive portal stored)
    • UAM Secret (Secret phrase between login page and q Chillispot)
    • Client's Homepage (Where do you want to redirect your client for the first time)
    • Allowed URL (URL that clients could browse without login, DO NOT PUT SPACES. exp : www.google.com,www.twitter.com")
    • DHCP Range (DHCP IP's for clients - must be in XXX.XXX.XXX.XXX/XX format)








  • -anda juga boleh membuat id dan username bagi cashier(cashier boleh generate ticket wifi tapi tak boleh mengubah setting pada bahagian radius server)

  • -anda juga boleh menukar password utk admin:

  • cth screenshot.
-akaun postpaid:


akaun prepaid(voucher):




-

advance:
anda boleh remote billing system melalui mana2 pc tetapi sebelum itu anda perlu mengedit fail:
/opt/local/web/htdocs/easyhotspot/system/application/config/config.php

tukarkankan:


$config['base_url'] = "http://localhost/easyhotspot";

kepada:

$config['base_url'] = "http://192.168.182.1/easyhotspot";

192.168.182.1 is ialah IP address bagi NIC1 anda.


* jika pc anda berkuasa tinggi anda juga boleh membuat virtual hotspot server dalam windows yg anda guna sekarang ini.anda juga boleh intergratekan pelbagai fungsi lain dengan server hotspot anda tersebut seperti chatroom, webserver dan sebagainya.

cth:
remote billing system melalui internet:
http://permaihotspot.webhop.org:81/easyhotspot

chatroom:
http://permaihotspot.webhop.org:81/chat

captive portal:
http://permaihotspot.webhop.org:81/uamhomepage

selesai... 

Haiwan2 Comel Yang Tidak Patot Dimakan

Setelah disajikan dengan Burger Daging Ular  ... kali ni jom tgk haiwan2 lain pulak, yang comel2 dan selalu nya kita bela, tgk2 ada dlm pinggan tunggu nak kena makan je  ... nyummehhh

Sajian pertama ialah Guinea Pig 




Lauk guinea pig ini ialah sajian tradisional kaum Andean, yang jugak dikenali sebagai 'muy rico' oleh org2 Amerika Selatan. Guinea pig si sini dibiakkan bukan utk dibela, tp utk dijadikan makanan. Oleh kerana si comel ini boleh membiak dengan pantas, dan kawasan yang diperlukan utk kecil berbanding haiwan2 ternak yang lain, pembiakannya boleh dijalankan di kawasan2 bandar. Di Peru sahaja, sebanyak 65 million ekor guinea telah pig dimakan setiap tahun 
 

Sajian kedua ialah Tupai




Tupai juga termasuk dalam golongan haiwan comel. Tupai sering menjadi sasaran pemburu2, walaupun pemburuan si kecil ini dikatakan dilarang kerana ancaman kepupusan dan menggugat kitaran alam sekitar. Walaupun begitu, tukang2 sembelih mengesahkan daging tupai sememangnya laku .

Pinggan ketiga ialah Arnab 
Memakan daging arnab bukan lah suatu yang luar biasa, malah ... satay arnab, burger arnab, rendang arnab .. macam2 jenis masakan lagi sy percaya rakyat2 ehoza dah pernah cuba. Penulis cuma ingin highlightkan disini, bahawasa nya, sicomel ini biasa nya di jadikan haiwan peliharaan. Walaupun terdapat jenis2 arnab yang dibela utk dimakan (New Zealand atau Californian breed), dan yang dibela utk main2 dalam sangkar (European breed), tp pernahkah terfikir apakah perasaan arnab dlm sangkar bila menengok tuan dia sedap je kunyah sepupu sepapat dia dlm pinggan ... 


Sajian ke4 ialah Balut (bukan belut)Balut ni sebenarnya telur itik yang dah fully developed jadi anak itik dah, tunggu nak menetas sahaja. Kiranya telur itik menetas selepas 28 hari, tapi hari ke 21 dia dah kena makan .. huhuh,,, kijam sungguh  .. Orang2 Filipino jual balut ni sebagai snek2 di tepi jalan semata2 ... dan sangat berkhasiat kerana tinggi protein dan zat perangsang .. *patutla nak makan sangat *

Mari makan iguana 
Kalau la masa belek2 buku resipi, terjumpak bahan yang pertama "2 ekor iguana bersaiz sedang" dan dalam cara2 masak pulak ada "buang kulit iguana dan kerat2 iguana kepada 8 bahagian", jgn la anda terkejut pulak  ......... Ini kerana, di barat Mexico, iguana hijau bakar merupakan sajian enak, dan resipi rahsia yang menjadi rebutan jiran tetangga ... tudia, mesti sampai menjilat ibu jari kaki .. Tp, sebab kerap sangat jd santapan, iguana kt sana dah semakin kurang ... jadi nya kurang la jugak jadi hidangan mkn malam rakyat Mexico 

Si comel katak pulak jd mangsa 
Oleh kerana katak begitu mudah dijaga, pemakan2 katak biasa nya membela sendiri encik amfibia ini sebagai binatang peliharaan. Bagi makan sedap2 sampai gemuk sebelum kena ngap Walaupun camtu, makan katak bukannya semudah amik dr tangki masuk atas kuali, sbb hampir keseluruhan jenis katak mempunyai racun yang disimpan di liang2 peluh (eh, katak berpeluh ) di kulitnya, jadi sebelum makan tu ,,, kena siat kulit katak dengan berhati2 sampai abih sebelum makan. Dikatakan sesiapa yang menjilat kulit katak  .. boleh koma beberapa hari .. dalam erti kata lain, amik ko .. nak sangat !!! 

Nak makan Penyu ????
Sukar utk digambarkan walaupun  telah glamer, namun sup penyu jugak lah yang org cari. Nak masak pun bukan lah susah.. cuma perlu patahkan tengkuk si penyu sebelum mencampakkan penyu yang dah mati tu ke dlm air mendidih. Lepas dimasak beberapa lama, tukang masak boleh mengetuk cengkerang penyu itu hingga pecah utk mendapatkan isi penyu, ataupun, ceduk isi penyu setelah mencabut kulit lembut di bahagian bawah penyu .... kejam yang amat nih  ... Walaupun begitu, terdapat beberapa tempat yang mengharamkan pemakanan daging penyu kerana kegiatan ini membahayakan spesies penyu ...


Parrotfish 
Selalu nya kita makan ikan yang tak begitu cantik menawan, seperti ikan kembung, bawal, ikan bilis, ikan jaket .. semua ikan2 ni tergolong dalam kalangan kurang hensem. Tp, ada sesetgh tempat menjadikan ikan parrotfish ini sebagai sajian istimewa, kerana berwarna-warni konon2 boleh menambah selera. Para saintis menentang acara makan ikan ini sebab ikan ini lah yang membantu mengekalkan ekosistem dalam laut tu .. Ikan ini makan rumpai2 laut, yang mana kalo terlebih rumpai laut akan mengakibatkan batu2 karang didasar lautan terancam...