Apa itu Domain dan Hosting

19 February 2011

Assalamualaikum,

Mungkin ada yang masih belum tahu apa itu domain dan hosting. Sebelum kita serius dalam dunia blogging ataupun membuat website sendiri, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak, ataupun asas2 penting mengenai dari mana kita masukkan data/maklumat blog atau website kita dan sebagainya.

Domain adalah alamat anda di internet ataupun internet identity (pengenalan kita di internet). Biasanya ia akan diakhiri dengan suffixes (juga dipanggil extensions) seperti

.com (bererti Commercial yang biasanya diguna oleh orang yg buat bisnes),

.net (bererti Network yang biasanya dipakai oleh mereka yang specifik di bahagian Internet Service Provider,
web-hosting company dan juga mana2 agensi yang berkait dengan infrastruktur internet),

.biz (bererti Business yang biasanya digunakan oleh mereka yang buat bisnes kecil-kecilan di internet),

.org dan macam-macam lagi.

Semuanya mempunyai maksud yang tersendiri. Domain yang paling TOP adalah .com sudah semestinya yang memang ramai orang pakai di internet. Negara kita Malaysia juga mempunyai suffix sendiri juga iaitu .my. Bagi suffix .tv juga sudah tidak asing lagi kerana ia untuk televisyen. Memang sudah banyak permintaan untuk menonton channel hiburan di internet ni. Jadi suffix .tv tu sudah tidak asing lagi. Contoh nama domain yang anda masuk sekarang ni adalah http://gedungilmu.com. Banyak domain yang kita boleh pilih sebenarnya, tetapi ia tidak boleh sama kerana itu adalah identity kita (alamat kita).

Hosting pula adalah pengkalan menyimpan data yang terdiri daripada fail, teks, gambar dan segala bahan-bahan web anda. Jadi, kedua-dua ‘benda’ ni memang teramatlah berhubung kait dan penting untuk menghasilkan satu blog atau website.

Bagi yang masih baru, saya senaraikan beberapa domain yang boleh dipercayai keteguhannya dan berbaloi untuk dilanggan. Berikut adalah senarai domain yang dicadangkan.Contoh domain/hosting yang disyorkan adalah seperti berikut yang terdiri daripada tempatan dan luar:

Tempatan
1. NetKL.com
2. Sempoihosting.com
3. namsahaz.com
4. exabytes.com.my
5. jomhosting.net 

Luar
1. Godaddy.com
2. Hostgator.com
3. Namecheap.com

Sekarang tidak dinafikan juga ramai yang menggunakan blogspot sebagai tempat mereka menulis blog. Blogspot merupakan salah satu domain yang tersohor di seluruh dunia yang tidak mengenakan apa-apa bayaran (free) namun, anda tidak mencipta identity anda sendiri di sini kerana anda menggunakan domain blogspot.com. Anda hanyalah sebagai sub-domain sahaja.

Sekian,

7 Budak Hitam:

tyka said...

tambah tambah.. tempatan , jomhosting.net .. tyka gne ni. hehe

PeNgEmiS dUniA said...

jadi ape untungnya pakai domain sendiri niq ? aku kalo untung nak gak , sebab aku miskin , xde nuffnang . haha

darxniq said...

@tyka

nnti niq edit...

darxniq said...

@PeNgEmiS dUniA

untung dia...link blog kita jadi pendek...dan senang org nk ingt..

Orang Kampung said...

paham cikgu niq..
simple dan padat.. mudah aku nak paham.. hehe

darxniq said...

@Orang Kampung

hahha..ceh..perli aku..

risa said...

tak maham mama niq aihhh..penting eh makai domain or hosting ni..alahai mokcik dah tuo..adehhh