Tips Memilih Hosting

07 March 2011





Sebagaimana yang kita ketahui..hosting amatlah penting bagi sesebuah website,wordpress atau blog..
sekarang sudah ramai yang melakukan jualan hosting (hosting reseller) dan bermacam-macam pakej yang ada termasuk sampai ada yang pening kerana tidak tahu hendak memilih yang mana satu...


Terdapat juga website hosting yang menawarkan free hosting..tetapi hosting percuma ini tidak akan bertahan lama..


Bagi menjawab soalan dari sahabt blog saya akumizi[dot]com.Berikut adalah tips-tips bagi memilih hosting untuk isteri (blog,wordpress,website) anda:




1.Kualiti Sesebuah Hosting
Pastikan hosting yang dipilih menawarkan kualiti yang cukop bagos dan terbaik.Sila buat kajian terlebih dahulu mengenai sesebuah website hosting yang menawarkan hosting kepada pengguna,anda boleh menggunakan search engine seperti Google @ Yahoo untuk mendapatkan maklumat tentang hosting tersebut.
Walaupun uptime dia menyatakan bahawa 99.9% secara mata kasarnya memang tidak akan berlaku.Kalau anda betul-betul berminat pada sesebuah hosting ini,anda boleh menghubungi mereka dan meminta laporan server uptime dalam masa 3 bulan terkini untuk anda membuat perbandingan..




2.Harga Yang Berpatutan
Setiap pembeli mesti lah nak harga yang murah untuk menjimatkan duit poket masing-masing.Tetapi harus diingatkan bahawa ada sesetengah provider hosting yang menawarkan harga rendah kemungkinan service mereka kurang dan dengan cara menawarkan harga rendah mereka dapat menarik minat pembeli.Jadi sila buat penilaian yang bernas,walaupun harga sesebuah hosting mahal tetapi service dia memang 100% so x salah kan melabur sedikit untuk memastikan blog atau website anda sentiasa online 24jam.




3.Perkhidmatan Pelanggan
Mungkin bagi sesetengah pembeli tidak menghiraukan tips nih...tetapi inilah yang paling penting dalam pemilihan hosting kerana jika tiba-tiba blog anda down atau database problem pada tengah-tengah malam..ada ker kakitangan hosting tersebut berjaga untuk membaiki blog anda?..Jadi sila pastikan provider hosting yang dipilih dapat dihubungi pada waktu-waktu kecemasan.




4.Kelebihan Atau Ciri-ciri Yang Ditawarkan
Jika anda telah mempunyai list hosting..sila buat perbezaan untuk melihat apa cici-ciri yang mereka tawarkan seperti space hosting,bandwith,park domain,add-on domain,database dan sebagainya...Perkara seperti ini perlu diambil perhatian kerana kita tidak mahu masalah akan timbul kemudian hari..Anda leh bayangkan permindahan untuk hosting ke honsting lain memerlukan masa 48 jam dan pemindahan DNS plak memerlukan masa 72 jam..agak lame disitu..dan korang boleh agak berapa banyak masa yang korang rugi..




5.Respon Time Dari Server


Kecepatan hosting ini adalah penting sebab hosting yang lambat akan membuatkan orang menjadi bosan untuk meninggu blog anda tersebut habis loading. Perhatikan gambar diatas. Perhatikan bahagian yang dibulatkan. Gambar diatas adalah hasil ping test terhadapblog darxniq.com. Bahagian time menunjukkan  93ms -97ms. Ini menunjukkan semakin kurang ms. Hosting tersebut semakin laju.Jika sesuatu hosting itu melebihi 1000ms. Seeloknya elakkan membeli hosting tersebut kerana responnya terlalu lambat...

p/s: lain-lain tips akan saya buat pada entry lain...sekian :)

2 Budak Hitam:

KyêrulL said...

thanks for the info :) lepas nak klau sy nk tukar cari bro jela hehe

Orkid Edyliyne said...

oh...
informasi yang berguna...
walaupun blur ketika membacanya...
hehhe...
bacan 2 3 kali faham agaknya...
(n_n)