Apesal Kau Nak Dengki Sangat Hah!!?

27 April 2011

Walaupun kita tak belajar tinggi namun rata-rat kita semua dah ada PHD (Penyakit Hasad Dengki). Ni penyakit merbahaya yang merosakkan hati dan takde lagi farmasi yang jual ubat untuk menyembuhkan mahupun menahan sakit dengki ini.

KENAPA DENGKI?
Kita berdengki kerana kita bercita-cite agar hilang nikmat daripada orang lain. Makna kata kita tak kisah kalau nikmat itu tak dapat kat kita asalkan orang lain pon tak dapat sama. Buruk perangai dengki ni tuan-tuan. Tu yang tuan-tuan suka sangat

APA DAPAT DENGAN DENGKI?
Dapat dosa tu memang dah kompom, Dapat sakit hati,dapat rasa benci, dapat hangin satu badan bila tgok orang lain senang. Dapat nikmat macam apa yang orang tu dapar memang takdelah tuan-tuan. Dapat bala mungkinlah. Orang dapat kereta mewah, kita beli kereta mewah sebab dengkim sudahnya duit habis..tau-tau kereta kena tarik. Dapat malu la plak.

SIAPA PESAKIT DENGKI?
Pesakit dengki ni ramai tak terkira. Kalau nak buat hospital sakit dengki gereti la tak cukup tanah. Nak buat camne, orang kaya pon berdengki walau dah bergelumang dengan nikmat. Nak buat macam mane, hati tak pernah bersyukur dengan nikmat yang ada, berangan nak nikmat yang lebih lagi.

APA UBAT DENGKI?
Benda kotor maka banyak la pengakit hinggap, maka bila mana hati kita kotor sebab tu la macam-macam penyakit bersatang dan salah satu daripadanya adalah dengki. Nak buat macam mana? Bersihkan hati tu. Jangan minum Clorox, jangan telan berus jamban, bukan macam itu nak cuci hati. Berlajarlah ilmu agama, beramallah dengan ilmu agama, hiduplah dengan damai mengikut ajaran agama. Tu jer ubatnya.

TAK PAYAH LA BERDENGKI
Tuhan bagi nikmat, Tuhan tak bagi nimat, Dia nak bagi kat sapa, Itu Dia punya sukalah! Yang korang sakit hati sangat nih kenapa? Korang tak puas hati kat siapa sebenarnya? Bengang kat Tuhan ke? Korang tu sape nak dibandingkan dengan Tuhan? Korang tuduh Tuhan tak adil ker? Apa ke buruk perangai kita ni sampai bersangka buruk dengan Tuhan! Hati macam nih tak reti nak bersyukur, lagi banyak diberi nikmat lagi sesaat. Dahla….. bawak-bawak bertaubat. Astaghfirullah.

jom lawat blog nih..best!! SINI

9 Budak Hitam:

Nadia said...

I like this post!

mcm ni lah said...

pedulikan lah org nak dengki kita bawa je diri sendiri dan pandai2 le jaga diri sendiri tul tak ?

hantu said...

org yang banyak sifat dengki ni bagus sebnarnya..tpi biala berdengki ke arah kebaikan mcm dengki ke atas kejayaan org lain akn pengaruh kite ak secra xlagsung..huhu.tpi dengki yang xelok tu tak baheklaa..hoho.

MaiRa QuEeN said...

biar je..mulut orang...

Nizam said...

hmmm...susah nak atasi org yg ada hasad dengki ni...biar je mereka dengan diri mereka...sama-sama doakan semoga pintu hati dibuka...

Ila said...

tapi bangsa yang paling byk PHD ialah bangsa melayu kan..huhuhu

delarocha said...

dengki itu sudah lama wujud, sebelum kita dilahirkan lagi

bersabar je la

SM Banjamin said...

alamak.. ape barang dengki... satu lagi penyakit hati di kesan... ubatnye... hantar jumpe ustaz la... kasik kuar semua jin2 dengki dalambadan.. heheh

aliarosli said...

astaghfirullah

mengucap le

tapi kalau dengki untuk kebaikkan tak pe kan?

maknenya dia tak mengacau orang tue, tapi dia berusaha

apa-apapun, bersyukurlah