Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

7 Perkara yang patut anda lakukan hari ini!!

11 May 2011



Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


Sanggup hilang 'dara' untuk boyfriend?

02 May 2011

*SERIUS SANGAT, SEBELUM ANDA BACA ARTIKEL NI, ISTIGHFAR DULU DAN BERTENANG, SEBAB MEMANG PEDAS DAN PASTI AKAN TERASA SANGAT-SANGAT...TUJUAN SAYA BUKAN NAK HINA KAUM WANITA, TAPI JUST NAK NASIHATKAN, JADI CARA NASIHAT TU PELBAGAI, PERLI ADA, LAWAK ADA, KERAS ADA...APAPUN JIKA ADA SEBARANG KETIDAKPUASHATIAN, SAYA HARAP SANGAT ANDA BOLEH BAGITAHU PADA SAYA...SAPA YANG TERASA SEKALI LAGI SAYA MINTA MAAF...

Apesal Kau Nak Dengki Sangat Hah!!?

27 April 2011

Walaupun kita tak belajar tinggi namun rata-rat kita semua dah ada PHD (Penyakit Hasad Dengki). Ni penyakit merbahaya yang merosakkan hati dan takde lagi farmasi yang jual ubat untuk menyembuhkan mahupun menahan sakit dengki ini.

KENAPA DENGKI?
Kita berdengki kerana kita bercita-cite agar hilang nikmat daripada orang lain. Makna kata kita tak kisah kalau nikmat itu tak dapat kat kita asalkan orang lain pon tak dapat sama. Buruk perangai dengki ni tuan-tuan. Tu yang tuan-tuan suka sangat

APA DAPAT DENGAN DENGKI?
Dapat dosa tu memang dah kompom, Dapat sakit hati,dapat rasa benci, dapat hangin satu badan bila tgok orang lain senang. Dapat nikmat macam apa yang orang tu dapar memang takdelah tuan-tuan. Dapat bala mungkinlah. Orang dapat kereta mewah, kita beli kereta mewah sebab dengkim sudahnya duit habis..tau-tau kereta kena tarik. Dapat malu la plak.

SIAPA PESAKIT DENGKI?
Pesakit dengki ni ramai tak terkira. Kalau nak buat hospital sakit dengki gereti la tak cukup tanah. Nak buat camne, orang kaya pon berdengki walau dah bergelumang dengan nikmat. Nak buat macam mane, hati tak pernah bersyukur dengan nikmat yang ada, berangan nak nikmat yang lebih lagi.

APA UBAT DENGKI?
Benda kotor maka banyak la pengakit hinggap, maka bila mana hati kita kotor sebab tu la macam-macam penyakit bersatang dan salah satu daripadanya adalah dengki. Nak buat macam mana? Bersihkan hati tu. Jangan minum Clorox, jangan telan berus jamban, bukan macam itu nak cuci hati. Berlajarlah ilmu agama, beramallah dengan ilmu agama, hiduplah dengan damai mengikut ajaran agama. Tu jer ubatnya.

TAK PAYAH LA BERDENGKI
Tuhan bagi nikmat, Tuhan tak bagi nimat, Dia nak bagi kat sapa, Itu Dia punya sukalah! Yang korang sakit hati sangat nih kenapa? Korang tak puas hati kat siapa sebenarnya? Bengang kat Tuhan ke? Korang tu sape nak dibandingkan dengan Tuhan? Korang tuduh Tuhan tak adil ker? Apa ke buruk perangai kita ni sampai bersangka buruk dengan Tuhan! Hati macam nih tak reti nak bersyukur, lagi banyak diberi nikmat lagi sesaat. Dahla….. bawak-bawak bertaubat. Astaghfirullah.

jom lawat blog nih..best!! SINI

Surat Untuk Hawa!!

22 April 2011


1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..
Lihatlah pada aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..
Lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..
Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

dicilok dari blog awek hot!

KISAH BENAR DARIPADA SEORANG PEROGOL

18 April 2011


Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.

Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.

Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.

Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.

Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.

Dia pun bertanya kepada perogol itu :

Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?

Perogol tu menjawab :
Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu

Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat Kursi.


Kesimpulannya
Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah.

Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.

Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak diterima doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?

Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.


Saya suka mengingati satu hadis yang bermaksud :

Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya

Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah,
Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk



Di antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi :

Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,
Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya

Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya

Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Kasih Sayang Ayah

17 April 2011



Lakaran garisan diwajahnya yang timbul setiap kali melonjak kepada usia baru sudah cukup memberi erti kepada kegigihan malah kesungguhannya untuk mendidik anak sendiri.

Tiada yang diimpikan,melainkan melihat anak sendiri berjaya dalam semua prospek mahupun duniawi ataupun akhirat. Kehilangannya,kerukunan institusi keluarga itu mungkin akan sedikit longgar.

Dialah ketua, dialah idola, dialah segala-galanya. Dialah bapa. Bapa yang merupakan peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.

Dia tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti, yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa. Adakah kita seperti yang dia inginkan?

Renungkan sejenak, mengambil semula nostalgia lama, menghirup semula memori dahulu, adakah kita pernah melukakan hati dia? Sering ingkar akan arahannya? Adakah kita tidak berfikir, kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil, bersengkang mata bagi memastikan kita nyenyak, mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan, malah memberikan keselesaan kepada kita dengan memberikan segala-galanya yang kita inginkan. Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan. Teramat besar pengorbanannya.

Tiada bapa yang mahu melihat anaknya ketagihan dadah, yang mahu anaknya menjadi penipu, yang mahu anaknya menjadi pengemis. Dia cuma mahu anaknya menjadi seorang yang berguna, yang dapat menimbulkan gelora bangga dan kesyukuran kerana pengorbanannya mendidik kita tidak sia-sia.

Mari kita tepuk dada sejenak, bertanya kepada diri sendiri, apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menjadi anak yang dapat membanggakan dia? Adakah kita pernah berusaha sedemikian rupa? Atau kita sekadar berusaha untuk kekasih hati kita yang bila-bila masa akan meninggalkan kita? Fikirkan!

Rata-rata timbul disetiap pelusuk dada-dada akhbar,memaparkan kesalahan sosial golongan kita pada masa kini yang setiap saat ada sahaja timbul isu yang baru.

Isu pembuangan bayi masih belum-belum lagi berhenti, masalah dadah, mencuri, bahkan membunuh ibu bapa sendiri. Inikah diri kita yang boleh dikatakan dapat membanggakannya? Berlinang air matanya apabila melihat anak sendiri terlibat dalam masalah sosial, bergolok gadai mengupah peguam dirinya demi memastikan anak sendiri bebas dari penjara, tetapi setelah bebas, kesalahan yang sama masih dilakukan.

Bagaimana kita hendak membalas jasanya,sedangkan diri sendiri masih di awangan? Permasalahan sosial ini bukan berpunca dari kita semua, tetapi hampir semua, yang dari setiap detik semakin membarah dari hari ke hari.

"Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar perintah-Mu."

Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi

16 April 2011


BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia.

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Thaif

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Thaif, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam sifat.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman Jabarut kemudian diletakkan didalam Alam Malakut.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan tubuh Adam adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan Barul Uluhiyah.

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air œKudral-Izzah- Nya iaitu sifat Jalan dan Jammal.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :Yarhamukallah
yang membawa erti: Semoga engkau diberi rahmat Allah. Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap Alhamdulillah dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan Yarhamukallah.

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

KITA SEMUA AHLI PERNIAGAAN / BISNES KITA

14 April 2011


korang sume ahli perniagaan belaka..paling lekeh pon bisnes direct selling mesti pernah korang rasa apa bisnes yang paling menguntungkan yang boleh takluk satu dunia,yang boleh jadikan korang orang yang paling berjaya dalam sejarah dunia?

apa korang ingat Rasulullah S.A.W tu bukan bisnesman??...kita semua bisnessman sebenarnya cuma x ramai yang berniaga dengan betul dan berjaya..


MODAL
semua kita Allah bagi modal nyawa,masa,kesihatan dan macam2 lagi secara percuma tapi berapa ramai kita yang perabih modal ini sesuka hati aje?Tak ramau yang bersyukur dengan apa yang dia ada,smpa Allah tarik balik pinjaman itu bru nak menggelupur...Allah bg sihat dia buat maksiat pastu bila dah sakit baru nak mnyesal?..Tu ok lagi,kalau tetiba Allah pelingkup terus camner??..Sedar2 dah gulung tikar,dah bergulung badan dalam kain kapan....nak ker??

MELABUR
Orang yang yakin dengan Allah tahu nak laburkan modal yang Allah bagi kat mana...Diaorang tahu janji Allah pasti,pulangan yang dijanjikan juga bukan spekulasi....Diaorang tak harapkan pulangan di dunia ini kerana masa nak menikmatinya tak tentu sedangkan pulangan di akhirat lafi berlipat ganda dan boleh dinikmati selama-lamanya...Kalau korang peniaga yang bijak korang nak ker pilih dunia??...Korang ambil modal yang Allah beri untuk labur kat tempat yang Allah tak pandang..kenapa??

KEUNTUNGAN
Korang nampak orang yang dapat dunia untung dan orang yang tak dapat sebagai rugi..itu kata korang...cam ner plak disisi Allah??...Untung ker dapat dunia kalau akhirat yang kekal tergadai?...Rugi ker lepaskan dunia untuk meraih akhirat yang pasti??...Ke korang tak pasti adanya akhirat sebab tu korang pulun dunia habis-habisan??..korang ni betul ker beriman dengan akhirat??..ke korang nak tggu smpai sana bru nak percaya??..(huh!!...emo sket!!..grrrr..)

OBJEKTIF
Korang tahu ker objektif perniagaan korang ni??..modal dah nak habis...kerja keras macam nak koma tapi korang tau ker hala tuju usaha korang selama ini??...nak kejar ape??..DUnia??...Allah bagi dunia pada kita sebagai modal nak meraih akhirat tapi korang nak dunia saja...APa kejadah berniaga dak dapat modal jer??...Allah janjikan kita segala kebaikan dan kenikmatan yang marbeles di akhirat korang sanngop tukar dengan modal asal sebab x yakin dengan Allah...tak percaya janji Allah...MasyaAllah...lupanya manusia kepada Allah....


coretan niq : wahhhh..emonyer entry aku hari nih...hahahha..sape x suka..lantak p la..janji bila aku baca...aku terasa yang aku sindir diri sendiri..supaya aku x mudah lupa....insyaAllah...^_^

Awek Pakai Legging Buat Aku STIM


perghhh...dia punye lentok...wat aku geram..hahahha....erkkk..tajuk gler punyer...lantak r..sape suh tunjuk bontot kat khalayak ramai...klu bontot tuh mantap xpe jgak..nih dah jatoh..baik xyah tunjuk..hahahhahhaa...

so selepas bace entry dari scandal fakhrul...aku pon mencari la sket2 info pasal nih....jom bace kat bawah..



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka memelihara pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan nafsu kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(surah an nur ayat 31)

kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lemah lembut dan manja (semasa bercakap dengan lelaki yang bukan suami kamu) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (yang sesuai dan sopan).(surah al ahzab ayat 32)

sabda rasulullah saw yang bermaksud

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum lelaki supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.


"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu adalah lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang meminum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Manusia Mudah Lupa

12 April 2011


Korang biasa dengar "Melayu Mudah Lupa" kan?..bukan melayu aje,semua manusialah senang cerita..hahhaa..
lupa ape?..makan x lupa..melabur tak lupa..dah tu apa yang kita lupa pon kita tak berapa nak ingat...
sila ingat-ingat balik..

LUPA PADA ALLAH
  • Ni paling biasa kita dengar..nak ingat macam mana,tak nampak..Tak nampak walau seluruh alam ini Dia yang cipta,Dia yang beri kita mata untuk melihat alam ini tapi tetap gak tak nampak.
  • Tak perasan,tak terfikir,tak peduli dan secara automatik takdela nak ingt kat Dia.Bila solat kita buat-buat ingat walau hati alpa,orang ajak kita pergi 'rumah Dia" ada jer alasan kita...Lupanya kita..
 LUPA ASAL USUL
  • Siapa tanggang??...siapa kacang??...siapa?? ..kita-kita la tuh belaka...yang anak tak ingat mak bapak..macam kacang lupakan kulit...kena pulak mak bapak dah takde,lagi la lupa...nenek moyang apatah lagi....Lupakah kita Tok Adam tu moyang kita semua,diulangi...SEMUA..
  • Siapa yang ikut mazhab Darwin tuh lantaklah...dia ngaku keturunan beruk..korang x tau le..Habis tu kenapa nak taksub dengan bangsa,keturunan atau warna kulit?..korang x ingt ker yang korang semua asal dari tanah dan nanti dibaham tanah juga akhirnya...Ni gaduh ape hal?
 LUPA DIRI
  • malas nak komen..empunya diri pun saban haru lupa diri..lupa yang diri ini hamba yang hina..harapkan belas rahmat dariNya setiap masa...Bila lupa,mulalah ingt diri ini yang berdiri sendiri.diri ini yang cari rezeki.diri ini yang menentukan nasib diri..
  • Bila dah lupa diri.mulalah ingat nafas ni kita yang punya,nyawa ini kita punya,dunia ini kita punya...
  • Sudahnya jelaslah diri yang jadi Tuhan,tu yang perangai seseko macam firaun!..Pasal tu Allah suh berzikir...sikir tuh maknanya ingt...ingat sapa???...korang fikir la sendiri!!..