Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Fenomena Hujan Air Batu

26 April 2011


pernah tgok vid ini??..pernah anda mengalaminya??...ada 1 berita di Kelantan...

JELI - 'Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang' mungkin sekadar pepatah Melayu menggambarkan perlunya kita bersifat patriotik.

Bagaimanapun hujan batu benar-benar berlaku dan fenomena itu terjadi di Kelantan sejak kebelakangan ini.

Jika sebelum ini, ia berlaku di Pasir Mas kali ini ia berlaku pula di Kampung Kulim di sini malam kelmarin sehingga menimbulkan suasana gempar kepada penduduk.

Selain hujan, ia diiringi ribut kencang sehingga menyebabkan atap kira-kira 100 buah rumah termasuk masjid di diterbangkan angin dan mujur tidak ada sebarang kemalangan berlaku.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! Ahad ke kampung tersebut mendapati hujan batu itu menjadi seakan-akan pesta kepada penduduk yang keluar beramai-ramai melihat ketulan ais yang bersepah-sepah di atas jalan raya dan rumah.

Malah ada pula antara mereka yang menganggap ia kejadian yang pelik dan bermula pada pukul 7.30 malam ramai yang menyimpan ketulan ais itu kerana dipercayai mampu menjadi penawar.

"Pelik semua orang tak takut malah ramai yang keluar rumah sibuk mengutip ketulan ais yang," ujar seorang penduduk, Muhammad Ismail Muhammad Kadir, 57, kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, Muhammad memberitahu, pada mulanya dia sibuk memerhatikan zink rumah-rumah berdekatan dengannya diterbangkan angin kuat ketika kejadian.

Antara ketulan-ketulan kecil air batu yang dikutip penduduk selepas hujan di Kampung Kulim, Jeli

Tiba-tiba ujarnya, terdengar bunyi yang kuat daripada zink rumahnya seperti dibaling oleh batu dan selepas ribut mula reda, dia keluar untuk memeriksa keadaan itu.

"Terkejut juga nampak ketulan-ketulan ais yang ada sebesar penumbuk yang tak tahu datang dari mana dan nampak ada orang lain turut kutip benda yang sama," tambahnya.



Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Surah : Ar-Ra’du : 11

Al-hamdulillah Allah SWT tidak menghendaki ianya menimpa suatu kaum alalu jatuh dengan selamat tanpa mengenail makhluknya yang lemah.

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. Surah An-Nur : 43

 wallahualam...

Ayah Ally Iskandar Meninggal Dunia

Al- Fatihah..

Buat Ally Iskandar sekeluarga, Diucapkan Takziah.. Semoaga arwah ditempatkan dikalangan hambanya yang beriman.. Sesungguhnya doa dari anak-anak yang soleh menjadi bekal kepada arwah .. Insyaallah.. Amin...



untuk maklumat lanjut..sila pergi ke sini http://www.adybudika.com/2011/04/ayah-ally-iskandar-meninggal-dunia-al.html

Sila Sahin Gadis Islam Pertama Berbogel Untuk Playboy

20 April 2011



Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.

Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.

Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.

“Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas,” kata Sila.

“Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya,” tambahnya.

Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.

“Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya,” kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.

Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.

Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.

Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.

Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.

Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu.

Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.

“Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya,” kata Sila.

“Tolonglah terima saya semula,” tambahnya. – Agensi

coretan niq : huh!!..elok sgt la macam tuh...dah xder otak kot...kompem la ramai yang pandang rendah pada islam nnti....demmm!..

p/s : pic dia berbogel dalam playboy http://bit.ly/hbIxHr

SKM layak diiktiraf Sarjana, PhD tahap 6,7

18 April 2011


Sinar Harian


KUALA LUMPUR-Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha memperkasa bidang kemahiran,
setanding dengan kelayakan akademik lain,dengan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 6 dan 7.


Timbalan Menterinya,Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, kelayakan tahap itu membolehkan pelajar yang mengikuti SKM layak untuk mendapatkan pengiktirafan Sarjana bagi tahap 6 dan PhD bagi tahap 7.


Menurutnya, sebelum ini,bidang kemahiran hanya menawarkan SKM tahap 1 sehingga 3,sebelum dilanjutkan tahap 4 dan 5,seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bajet 2010 lalu.


"Sebanyak 23 pusat latihan sudah diwujudkan dengan lima lagi pusat latihan yang dijangka siap, memberi peluang kepada pelajar kemahiran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.


"Sebelum ini,Perdana Menteri mahu memastikan pelajar kemahiran yang mengikuti pengajian diperingkat kemahiran 4 dan 5 memperolehi diploma dan diploma lanjutan (ijazah) dalam mengisi kekokosangan 136 bidang yang terdapat dalam pelbagai sektor di negara ini",katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Kali Pertama Gerakan Belia 4B Kawasan Rompin.Maznah yang juga Ahli Dewan Undanagan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata,SKM dilaksanakan berteraskan Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaa 'National Occupational Skill Standard (NOSS), di mana setiap calon akan dinilai dan
disahkan memenuhi keperluan NOSS sebelum dianugerahkan dengan Persijilan Kemahiran Malaysia.


"Mereka yang mengikuti bidang ini sama dengan kelayakan mereka yang mengikuti pengajian akademik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lain dengan tawaran gaji yang sama mengikut kemahiran yang mereka perolehi.


Beliau berkata,sebanyak 55 kursus turut dipertimbang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mewujudkan skim perkhimatan kerajaan bagi sektor berkenaan.


"Ini adalah satu pengiktirafan kerajaan kepada mereka yang gagal melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik,tetapi mereka mempunyai potensi yang boleh digilap dalam bidang kemahiran.


"Mereka ini boleh dipanggil 'Doktor' dalam bidang kemahiran jika mereka berjaya mencapai tahap yang telah ditetapkan iaitu tahap 6 dan 7 bagi mencapau standard NOSS", katanya.

10 artis terkenal mahu ikut Bob Lokman

16 April 2011


KUALA LUMPUR, 14 April: Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS.

Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.

Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya.

Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid.

Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

"Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada masyarakat buat masa ini kerana mahu menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Mereka mahu mengikuti jejak langkah saya kerana tertarik dengan perjalanan hidup saya sekarang. Hasrat mereka itu telah dinyatakan sendiri oleh mereka kepada saya baru-baru ini secara jujur," katanya ketika menyampaikan tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Di samping mengakui tertarik dengan perjalanan hidup beliau sekarang, artis-artis itu juga turut berminat untuk mendapatkan kekuatan jiwa.

Sambil menyebut satu persatu nama-nama artis tersebut, beliau menegaskan, untuk membolehkan seseorang artis itu meninggalkan dunia glamour seperti yang dilakukan oleh beliau sekarang bukanlah sesuatu yang mudah.

"Selain memerlukan pengetahuan agama yang mendalam dari sudut fekah, seseorang itu juga amat perlu mengamalkan tarikat yang muktabar bagi mendapatkan kekuatan jiwa agar tidak mudah goyah apabila ditimpa pelbagai ujian," katanya.

Beliau juga secara jujur mengakui, rezekinya sekarang tidak pernah berkurangan sejak meninggalkan dunia glamour, malah makin bertambah apabila sering menerima pelbagai undangan dari pelbagai pihak untuk mengadakan ceramah.

(Gambar: Sebahagian kakitangan Harakah yang mendengar ucapan Bob Lokman)

Malah, dalam masa terdekat, walaupun telah meninggalkan dunia glamournya, beliau juga masih menerima tawaran berlakon dari beberapa buah syarikat dengan bayaran puluhan ribu ringgit.

Sebahagiannya terpaksa ditolak kerana ia tidak selari dengan perjalanan hidupnya sekarang yang bukan lagi menjalani hidup untuk keseronokan, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

"Jangan takut untuk berubah menjalani kehidupan yang lebih baik, rezeki kita tak akan berkurangan, malah bertambah. Jangan juga kata bila kita dah memilih untuk menjadi lebih baik tak akan ada tawaran berlakon lagi. Sebaliknya tawaran itu datang mencurah-curah.

"Malah saya sendiri pula yang terpaksa menolaknya (kerana tidak sesuai)," jelas beliau sambil mengakui tidak mengalami sebarang tekanan dari sebarang pihak ekoran perubahan hidupnya sekarang.


 coretan niq : bagoslah bila artis mula sedar..carilah ape yang sepatutnya dikejar...

[Gambar/Video] Kemalangan Ngeri Pelajar KIST Yang Membawa Maut

15 April 2011





Tiga pelajar perempuan di kampus utama Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Bachok, Kelantan maut, manakala dua rakan mereka cedera parah apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki di Kampung Gerai dekat sini, pagi ini.

Mereka yang terbunuh ialah Nordiana Mohd. Nor, 22, berasal dari Johor; Zur Iras Zakaria, 19, dari Kampung Titian Atas Tol, Kuala Terengganu dan Nurul Shahidah Abdul Jabbar, 19 tahun dari Tanah Merah, Kelantan.

Dalam nahas kira-kira pukul 6 pagi itu, Nordiana (pemandu) dikatakan tersepit di kerusi pemandu, manakala Zur Iras tercampak keluar. Kedua-duanya mati di tempat kejadian.
Sementara Nurul Shahidah dari Tanah Merah pula meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Besut.
Dua mangsa yang cedera parah ialah Nur Adilah Mohd. Ghazali, 19, dari Tanah Merah, Kelantan dan Bazilah Abdullah, 19, dari Kampung Tiong Dalam, Kota Bharu, Kelantan. Mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.

Kesemua lima sahabat itu merupakan penuntut tahun dua jurusan kejururawatan di KIST Cawangan Bachok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Suprintendan Noor Zainy Mohd. Nor berkata, kejadian berlaku sewaktu kereta yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Bachok.
Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kereta berkenaan cuba memotong kenderaan lain di depannya tetapi gagal lalu bertembung dengan lori tangki minyak tersebut.

"Sejurus kenderaan itu bertembung, lori tanpa muatan terlibat yang dipandu oleh Khairi Ayob, 43, kemudian turut merempuh pokok dan sebuah wakaf di tepi jalan sebelum terhumban ke dalam parit di situ," katanya di sini hari ini.




Beliau berkata, pemandu lori itu yang ketika kejadian dalam perjalanan untuk mengisi minyak di Kerteh, Kemaman hanya cedera ringan dan dia dirawat di Hospital Besut.
Sementara itu, lima pelajar berkenaan yang tinggal di Asrama Muiz Dalam Rhu di Pasir Puteh, Kelantan itu
dikatakan menaiki kereta milik rakan mereka untuk pergi bersiar-siar di bandar Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 malam tadi.

Rakan mangsa, Norasyikin Nasri, 19, berkata, pada mulanya, dia dan rakannya, Nur Amirah Shamsudin, 20, berbincang untuk bersama-sama Nordiana ke Kuala Terengganu, namun mengubah fikiran di saat akhir sebelum diganti oleh Nurul Shahidah dan Zur Iras.

"Pagi ini, saya terima panggilan telefon mengatakan mereka kemalangan dan pada awalnya saya anggap kemalangan biasa saja, namun sebaik tiba di hospital, rupa-rupanya tiga rakan saya sudah 'tiada'," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Besut di sini.
Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Faisal Deros melalui talian telefon 0133293760.

update pic kemalangan!











pic kredit to kemalangandijalanraya.blogspot.com

Awek Pakai Legging Buat Aku STIM

14 April 2011


perghhh...dia punye lentok...wat aku geram..hahahha....erkkk..tajuk gler punyer...lantak r..sape suh tunjuk bontot kat khalayak ramai...klu bontot tuh mantap xpe jgak..nih dah jatoh..baik xyah tunjuk..hahahhahhaa...

so selepas bace entry dari scandal fakhrul...aku pon mencari la sket2 info pasal nih....jom bace kat bawah..



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka memelihara pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan nafsu kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(surah an nur ayat 31)

kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lemah lembut dan manja (semasa bercakap dengan lelaki yang bukan suami kamu) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (yang sesuai dan sopan).(surah al ahzab ayat 32)

sabda rasulullah saw yang bermaksud

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum lelaki supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.


"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu adalah lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang meminum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Koleksi Awek Melayu Bertudung : Pengumpul Gambar Awek Bertudung

13 April 2011


 
entry dari  woot woot.

page PENGUMPUL GAMBAR WANITA BERTUDUNG dan blog awek bertudung..wadde..dalam page and blog tu banyak gile gambar pompuan bertudung,sah sah la illegal gmbar2 tu sume..gmbar curik..tak malu amek gambar orang ? haha..men bace info page ni :
oh u see that BIOGRAPHY ? ‘ lu orang perempuan,jangan salahkan kami..lu orang tayang gambar merata rata..kami kumpul je ”
waaaa..acting like a god hah ? haha..tibe tibe cakap macam ko ade hak kat atas gambar gambar tu sume…pfftttt..konon korang nak SINDIR minah minah melayu la kan,tapi cara korang tegur ni MENGAIBKAN..

nak lagi detail clik header woot woot tuh okeh?

entry dari petuakitasemua

URL KE PAGE TERSEBUT : Pengumpul Gambar Awek Bertudung | Facebook
setakat ini..sudah 201 orang “likes” page tersebut..apa maklumat tentang page ini?
Lu orang perempuan..jangan salah kan kami..sebab lu orang tayang gambar merata-rata..kami kumpul je..
Cari gambar awek bertudung
malah..disertakan juga blog yang memuatkan gambar perempuan bertudung yang telah dicuri..
Galleri Awek Tudung Comel
apa yang dibincangkan dalam page tersebut?
image
image
atok nak nasihatkan kepada cucu perempuan, tolong PRIVATE kan gambar cucu kepada umum bagi mengelakkan orang yang x bertanggung jawab seperti ini mencuri gambar cucu dan disebar kepada umum..kalau boleh, hanya benarkan orang yang dipercayai sahaja untuk melihat gambar cucu tersebut..

nak lagi detail clik header petuakitasemua tuh okeh? 

 coretan niq : dulu ada kisah pasal orang kapir edit gmbar bogel perempuan melayu kita ..skrg plak tmbul koleksi awek bertudung....nak salahkan siapa??..mereka yang wat page ini??...ya..mereka salah..tp korang pon salah gak..pakai tudung..tp x menutup aurat sepenuhnya...memang nafsu lelaki akan memandang aset korang...so tutuplah dengan sempurna...

AIR ZAM ZAM : AIR TELAGA WARISAN NABI ISMAIL

03 April 2011

Kandungan mineral
———————————–
Tidak seperti air mineral yang umum dijumpai, air Zamzam in memang unik mengandung elemen-elemen alamiah sebesar 2000 mg perliter. Biasanya air mineral alamiah (hard carbonated water) tidak akan lebih dari 260 mg per liter. Elemen-elemen kimiawi yang terkandng dalam air Zamzam dapat dikelompokkan menjadi :-

Yang pertama, positive ions seperti misal sodium (250 mg per litre), calcium (200 mg per litre), potassium (20 mg per litre), dan magnesium (50 mg per litre).

Kedua, negative ions misalnya sulphur (372 mg per litre), bicarbonates (366 mg per litre), nitrat (273 mg per litre), phosphat (0.25 mg per litre) and ammonia (6 mg per litre).

Molekul air zam zam

Kandungan-kandungan elemen-elemen kimiawi inilah yang menjadikan rasa dari air Zamzam sangat khas dan dipercaya dapat memberikan khasiat khusus. Air yang sudah siap saji yang bertebaran disekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah merupakan air yang sudah diproses sehingga sangat aman dan segar diminum, ada yang sudah didinginkan dan ada yang sejuk (hangat). Namun konon prosesnya higienisasi ini tidak menggunakan proses kimiawi untuk menghindari perubahan rasa dan kandungan air ini.

Bulan Paling Dekat Dengan Bumi Semalam..Apakah Petandanya?

20 March 2011

semalam gempar para saintis memberitahu bahawa semalam bulan adalah paling dekat dengan bumi walaupon jaraknya adalah 384,403 km dari permukaan bumi sampai masuk CNN lagi...

perkara ini berlaku dalam masa 20 tahun sekali...so aku bru 23,kira ini yang 1st time la aku nampak...semalam aku dok kat luar rumah smbil tengok bulan smpai aku tertido kat luar..selamat xder pencuri curi lappy aku..

dan semalam adalah 14 rabiul akhir...sememangnya pertengahan bulan dalam islam aka berlaku bulan penuh..ya...mungkin Allah ingin menunjukkan kebesaran-Nya...tetapi ingin diingatkan bahawa...setiap kebesaran yang Allah tunjuk pasti ada terselit seribu pertanyaan dan seribu peringatan....adakah kiamat sudah dekat..ataupon bencana alam akan melanda??..

apa2 pon...jom kita layan pic bulan semalam..