Fenomena Hujan Air Batu

26 April 2011

video

pernah tgok vid ini??..pernah anda mengalaminya??...ada 1 berita di Kelantan...

JELI - 'Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang' mungkin sekadar pepatah Melayu menggambarkan perlunya kita bersifat patriotik.

Bagaimanapun hujan batu benar-benar berlaku dan fenomena itu terjadi di Kelantan sejak kebelakangan ini.

Jika sebelum ini, ia berlaku di Pasir Mas kali ini ia berlaku pula di Kampung Kulim di sini malam kelmarin sehingga menimbulkan suasana gempar kepada penduduk.

Selain hujan, ia diiringi ribut kencang sehingga menyebabkan atap kira-kira 100 buah rumah termasuk masjid di diterbangkan angin dan mujur tidak ada sebarang kemalangan berlaku.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! Ahad ke kampung tersebut mendapati hujan batu itu menjadi seakan-akan pesta kepada penduduk yang keluar beramai-ramai melihat ketulan ais yang bersepah-sepah di atas jalan raya dan rumah.

Malah ada pula antara mereka yang menganggap ia kejadian yang pelik dan bermula pada pukul 7.30 malam ramai yang menyimpan ketulan ais itu kerana dipercayai mampu menjadi penawar.

"Pelik semua orang tak takut malah ramai yang keluar rumah sibuk mengutip ketulan ais yang," ujar seorang penduduk, Muhammad Ismail Muhammad Kadir, 57, kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, Muhammad memberitahu, pada mulanya dia sibuk memerhatikan zink rumah-rumah berdekatan dengannya diterbangkan angin kuat ketika kejadian.

Antara ketulan-ketulan kecil air batu yang dikutip penduduk selepas hujan di Kampung Kulim, Jeli

Tiba-tiba ujarnya, terdengar bunyi yang kuat daripada zink rumahnya seperti dibaling oleh batu dan selepas ribut mula reda, dia keluar untuk memeriksa keadaan itu.

"Terkejut juga nampak ketulan-ketulan ais yang ada sebesar penumbuk yang tak tahu datang dari mana dan nampak ada orang lain turut kutip benda yang sama," tambahnya.



Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Surah : Ar-Ra’du : 11

Al-hamdulillah Allah SWT tidak menghendaki ianya menimpa suatu kaum alalu jatuh dengan selamat tanpa mengenail makhluknya yang lemah.

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. Surah An-Nur : 43

 wallahualam...

8 Budak Hitam:

Nurul syahirah (-_-) said...

huishh... dasat arh....

diana said...

sakit tu kalau kena..

kucarkacir said...

subhanallah..

Ila said...

dulu pernah rasa ujan batu ni..tapi tak dapat plak kutip batu e..
Bila Faiz melipat baju

Dekcik said...

masyallah..kebesaran allah kan.. xleh kite duga.

KuNanGKuNanG said...

skrg mcm2 benda pelik dah berlaku...

aizamia3 said...

yang ni besar betul.. dulu tahun 2007 pernah tengok dengan mata sendiri kat depan rumah tapi taklah sebesar yang dalam video tu.. nampak cantik je macam air batu tu.. lawa sangat.. begitu besar kuasa ciptaanNYA.. subhanallah..

aliarosli said...

jika ALLAH kata jadi, maka jadilah!

tiada siapa dapat menghalang kekuasaanNya

mungkinkah ingatan dariNya?