SKM layak diiktiraf Sarjana, PhD tahap 6,7

18 April 2011

Sinar Harian

KUALA LUMPUR-Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha memperkasa bidang kemahiran,
setanding dengan kelayakan akademik lain,dengan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 6 dan 7.

Timbalan Menterinya,Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, kelayakan tahap itu membolehkan pelajar yang mengikuti SKM layak untuk mendapatkan pengiktirafan Sarjana bagi tahap 6 dan PhD bagi tahap 7.

Menurutnya, sebelum ini,bidang kemahiran hanya menawarkan SKM tahap 1 sehingga 3,sebelum dilanjutkan tahap 4 dan 5,seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bajet 2010 lalu.

"Sebanyak 23 pusat latihan sudah diwujudkan dengan lima lagi pusat latihan yang dijangka siap, memberi peluang kepada pelajar kemahiran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Sebelum ini,Perdana Menteri mahu memastikan pelajar kemahiran yang mengikuti pengajian diperingkat kemahiran 4 dan 5 memperolehi diploma dan diploma lanjutan (ijazah) dalam mengisi kekokosangan 136 bidang yang terdapat dalam pelbagai sektor di negara ini",katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Kali Pertama Gerakan Belia 4B Kawasan Rompin.Maznah yang juga Ahli Dewan Undanagan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata,SKM dilaksanakan berteraskan Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaa 'National Occupational Skill Standard (NOSS), di mana setiap calon akan dinilai dan
disahkan memenuhi keperluan NOSS sebelum dianugerahkan dengan Persijilan Kemahiran Malaysia.

"Mereka yang mengikuti bidang ini sama dengan kelayakan mereka yang mengikuti pengajian akademik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lain dengan tawaran gaji yang sama mengikut kemahiran yang mereka perolehi.

Beliau berkata,sebanyak 55 kursus turut dipertimbang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mewujudkan skim perkhimatan kerajaan bagi sektor berkenaan.

"Ini adalah satu pengiktirafan kerajaan kepada mereka yang gagal melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik,tetapi mereka mempunyai potensi yang boleh digilap dalam bidang kemahiran.

"Mereka ini boleh dipanggil 'Doktor' dalam bidang kemahiran jika mereka berjaya mencapai tahap yang telah ditetapkan iaitu tahap 6 dan 7 bagi mencapau standard NOSS", katanya.

4 Budak Hitam:

NuSaNa NoSa 91 said...

wooo.. hebat~~

tu la org kata.. gagal dlm pljrn, xsemestinya gagal dlm idop.. ada byk lg peluang.. cthnya, cam bidang kemahiran.. ok pe.. kn2?? ^_^

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

kira untung siapa yang ada skm nie...

Unknown said...

kat obersea bidang-bidang kemahiran macam ni la yang melahirkan ramai orang-orang kaye... tak caye... tengok rancangan american cooper tu... keje buat motor je... tapi kaye raye... mekanik je tu kalau ikut persepsi org kite... kat situ la berharganya satu-satu skill tu.... aku? dulu sebelum masuk UiTM, pernah je blajar kat ILPKL... Blaja computer maintenance... Walaupun skang ni, tak berkecimpung pun dalam bidang komputer, skill dan kemahiran tu tetap berguna kepada diri sendiri... jgn malu ambik bidang kemahiran... sebab negara kite semakin pesat membangun.... dan semakin menghendakkan pasaran tenaga kerja yg berkemahiran...