Ashraf Muslim / Ustaz Amirul Bertunang

23 April 2011






PETALING JAYA: Ketika orang ramai tertanya-tanya siapakah bakal isteri Ashraf Muslim,30, (gambar), pelakon itu menjelaskan wanita yang menjadi pilihan hatinya itu ialah anak kepada rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, iaitu Lokman Abdul Hamid.

Ashraf akan melangsungkan majlis pertunangannya dengan Noor Dayana Lokman, 24, pada Sabtu (hari ini), di Kampung Sungai Pusu, Gombak dekat sini.

Ia akan disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada pukul 9.45 pagi, Sabtu.

Menurut Ashraf, Dayana sedang mengikuti kursus perubatan tahun keempat di Manipal University, India dan di bawah tajaan biasiswa Mara.

Sekarang dia sedang membuat latihan klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka.
Program bual bicara Nasi Lemak Kopi O pada pagi Jumaat mendedahkan secara eksklusif menerusi lintas langsung di TV9 tentang bakal isteri lelaki itu.

Sebelum ini, pelakon itu mahu berahsia sehingga diumumkan pada majlis pertunangannya.
Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian klinik perubatan tersebut.

Ia akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ashraf dijangka akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini setelah mengenali Dayana pada tahun lalu.

update!..pic mereka bertunang..




video pertunangan dia ada kat sini http://www.darxniq.com/2011/04/video-pertunangan-ashraf-muslim-ustaz.html

p/s : wah..bgos la dah bertunang....btw ustaz fakhrul bila lak nak bertunang??...ahahhahaha

9 Budak Hitam:

Unknown said...

terkezut... hu2.... minat dye sgt2... pape pun, slamat bertunang. =)

Izamir Ridzwan said...

hahah ko nk tunang ek... nnt aku tolong pi pinang awek ko

Cik Puan Kocik said...

"ustaz amirul" nie sweet je ... best tgk dia berlakon....he he he

Ain Shdn said...

OMG !! ustazku, semoga kau bahagia bersama bakal suri hatimu.. T____T

psstt.. ustaz Fakhrul? kasi pijak ! pijak. hahaha

hoyahadis said...

Ustaz amirul memang cool..hu..hu..sebab tu ramai pemunat..
akak suka tengok gambar yang bawah tula..like-like..hu..hu..(tengah belajar mengedit dengan photoshop..)

athirahassin said...

makaihhh... siap edit haaa

akufakhrul said...

woit!!! hahahahahah....derm! xpe2..ramai yg ckp ak tu spupu ustaz amirul daa..lalalala

shafinaz (: said...

Brtunang dah ? Tidakkkkkk , uhukk

Senduduk Kuning said...

haha mati2 ingat fakhrul berlakon cerita kecuali cintamu tu..huuhu rupa2nya...hrmmm