Pesta Makanan Kelantan

30 April 2011

Untitled1

wahhh…kelantan mengadakan PESTA 100 NASI….pada sesiapa yang ingin join..jom la…aku pon p gak..hahaahhaa..

 

TARIKH DAN MASA : Friday, July 1 at 9:30am - July 3 at 7:00am

TEMPAT : Dataran Warisan, Stadium Sultan Mohammed IV, Jalan Mahmood, Kota Bharu, Malaysia

 

Untuk INFO lebih lanjut..boleh la melawati link INI

Hari Yang Memenatkan

29 April 2011

selamat pagi sume…ehhh..pagi lagi ker??..hahahahhaha…ermmm..nih baru update blog..semalam dok edit template..hahahhaa..aku kan suka sgt tukar template…sbb x tau yang mane berkenan dalam hati..tu dia eh..kalau awek aku wat cam tuh..mati la….bila dah boring..tukar..erkkk…namo2…:p

 

semalam bgon keje kul 5 pagi..kul 7 p keje..abis keje kul 3 stgh ptg…pastu kul 4 ptg..bertolak balik kelantan…smpai dekat kul 7 ptg..then rehat jap..kul 8 mlm kuar jumpa mmber..balik kul 11 mlm..pastu dok edit blog smpai kul 1 pagi..then bru jer nk tido..mak gerak lak suh p ambik adik kat stesen bas kul 1:30 pagi..erkkk..hahahhaa…mmg penat gler semalam..

 

hari nih lak nk siap2..ptg nnti nk p pulau redang..weeeeeeeeeeeee…..ehem2..adehh..bila kek coklat aku nak siap ni?

Kayif.com angau dengan Fatin Liyana

28 April 2011

34850_110805975635351_110797385636210_75576_5330688_n

korang kenal tak sape minah cantik kat atas tuh??…awek aku tuh..ahhaha..(gler perasan)
216491_1901512134327_1137392269_32166333_7343457_n

dan korang kenal tak sape mamat perasan artis kat atas nih??..

hahahhahahhaha…adoiiii…sape lagi kalau bukan mamat dari blog www.kayif.com …nak tau kenapa tajuk entry aku kate dia angau??…meh tgok cini..

angau dengan fatin liyana
dan ini

di entry SINI

erkk..erkkk..adehhh…bro kyerul…lu jgn mmpi la..Fatin nak kat aku jer..dia setia ngn aku jer..ahhahahhahahaha…..mati aku kena pasnih ngn kyerul!…Smile with tongue out

HAHAHAHHAHA..aku nak gelak jer!!

hahahhahaha..aku dah x tau nk kate ape…mmg tergelak aku….kecian kat korang kena tipu sbb aku kate nk tutup blog kat entry INI..ahhahahah…xder la..aku nk p bercuti sebenarnya….kat PULAU REDANG…nak lepaskan penat kerja…tension kepala otak dok pk pasal nk update blog..so kat sane..leh la aku rehatkan minda…sambil mencari idea2 baru untuk isi kandungan blog aku nnti….

ape-ape hal pon..jom layan pic nih..hahahhaha..aku nk p DIVING!!..yearghhhh…
image
image
image
image

so dengan ini sy nk mengisytiharkan bahawa blog ini akan bercuti selama 3 hari..weeeeeeeeeee..bestnyer bercuti!!!…Smile with tongue out

Tanpa Mereka, Siapalah Aku?

image
Selamat pagi..ehem…Smile ape khabar sume…hehehhee…demmm..cam baik la plak aku tnyer khabar korang..muhahahahhaa….xder la kan..asyik dok kutuk jer..dok kenakan korang..ada baiknya aku puji sekali sekala…tnyer khabar korang..baik x aku??..hahahahahha…Smile with tongue out

FRIENDSHIP (PERSAHABATAN)
korang tau ape maksud persahabatan?
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,Kecuali diri sendiri…..Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran,Seorang sahabat,begitulah juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu..
walaupun korang sume sahabat dalam alam maya…dan aku x pernah lagi jumpa korang..tp aku berterima kasih kepada korang sume..tanpa korang siapalah aku…kejayaan aku tidak bermakna tanpa korang…korang la pemangkin semangat aku untuk aku berjaya sampai ke tahap sekarang..korang memang baik ngn aku…walaupon aku asyik kenakan korang..tp korang wat x tau jer…huk..huk….

DISEBALIK KEJAYAAN AKU
Syed Hakim
dan ramai lagi…..sbb aku x larat nk masukkan sume..hahahha..ramai kot….

so dengan rasminya..aku closed blog ini mulai sekarang!!…nanti aku up entry kenapa aku closed blog aku….mekasih yer kawan2…krn sudi menjadi sahabat dalam kehidupan maya aku..semoga persahabtan ini tidak terputus sampai bila2….kenang daku dalam doamu…ceeewaaaaahhh!!..hahahhaha…

akhir kalam dari saya..nik ahmad afnan…memohon maaf secara terbuka kepada semua sahabat2 saya diatas ketidak sopanan saya berkata2 dengan korang semua…membuat korang terluka..terasa sampai ada yang merajuk dengan saya…ampun dan maaf dipinta….selamat hari raya….duit raya nanti aku post yer..hahahhahaa..Smile with tongue out

diakhiri dengan serangkap pantun..
kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada yg umur panjang,
boleh la aku kenakan korang lagi..

wasalam!

wahhh..perempuan lagi follower bertuah aku!

27 April 2011

ehem2..hahahhaha…adoiii…siyes aku pelik..nape asyik ppuan jer yang betuah dalam menjadi follower aku..hahahhaha..yang sebelom nih follower yang ker 1000 pon ppuan gakk…nih yang ker 1111 pon perempuan gak…erkk..adehhhh…

 

takkan la sbb muka aku hensem cam Farid Kamil…erkk..gler perasan..hahahhaa..dah2..mls dah nk melalut…jom kita tgok sape follower yang ker 1111 ini..wahh..no cantik tuh..

 

1111

 

ermmm..sape eh..sape eh…hahhaha…awek cun tuh tau…tp nk wat cam ner….mamat selekeh nih ngorat dulu..demm!!!..sakit hati aku!!…aku mls nk review..sbb..sbb..korang kena p sendiri blog dia..hahahha..best tau…siap dia ada cite pasal mamat selekeh tuh..demmm!!!…nak tau sape awek nih..jom p SINI

Apesal Kau Nak Dengki Sangat Hah!!?

Walaupun kita tak belajar tinggi namun rata-rat kita semua dah ada PHD (Penyakit Hasad Dengki). Ni penyakit merbahaya yang merosakkan hati dan takde lagi farmasi yang jual ubat untuk menyembuhkan mahupun menahan sakit dengki ini.

KENAPA DENGKI?
Kita berdengki kerana kita bercita-cite agar hilang nikmat daripada orang lain. Makna kata kita tak kisah kalau nikmat itu tak dapat kat kita asalkan orang lain pon tak dapat sama. Buruk perangai dengki ni tuan-tuan. Tu yang tuan-tuan suka sangat

APA DAPAT DENGAN DENGKI?
Dapat dosa tu memang dah kompom, Dapat sakit hati,dapat rasa benci, dapat hangin satu badan bila tgok orang lain senang. Dapat nikmat macam apa yang orang tu dapar memang takdelah tuan-tuan. Dapat bala mungkinlah. Orang dapat kereta mewah, kita beli kereta mewah sebab dengkim sudahnya duit habis..tau-tau kereta kena tarik. Dapat malu la plak.

SIAPA PESAKIT DENGKI?
Pesakit dengki ni ramai tak terkira. Kalau nak buat hospital sakit dengki gereti la tak cukup tanah. Nak buat camne, orang kaya pon berdengki walau dah bergelumang dengan nikmat. Nak buat macam mane, hati tak pernah bersyukur dengan nikmat yang ada, berangan nak nikmat yang lebih lagi.

APA UBAT DENGKI?
Benda kotor maka banyak la pengakit hinggap, maka bila mana hati kita kotor sebab tu la macam-macam penyakit bersatang dan salah satu daripadanya adalah dengki. Nak buat macam mana? Bersihkan hati tu. Jangan minum Clorox, jangan telan berus jamban, bukan macam itu nak cuci hati. Berlajarlah ilmu agama, beramallah dengan ilmu agama, hiduplah dengan damai mengikut ajaran agama. Tu jer ubatnya.

TAK PAYAH LA BERDENGKI
Tuhan bagi nikmat, Tuhan tak bagi nimat, Dia nak bagi kat sapa, Itu Dia punya sukalah! Yang korang sakit hati sangat nih kenapa? Korang tak puas hati kat siapa sebenarnya? Bengang kat Tuhan ke? Korang tu sape nak dibandingkan dengan Tuhan? Korang tuduh Tuhan tak adil ker? Apa ke buruk perangai kita ni sampai bersangka buruk dengan Tuhan! Hati macam nih tak reti nak bersyukur, lagi banyak diberi nikmat lagi sesaat. Dahla….. bawak-bawak bertaubat. Astaghfirullah.

jom lawat blog nih..best!! SINI

Woiii..nih gambar ker video?!



Sebelum ini animated gif digunakan untuk benda jenaka seperti diatas..Ianya sangat huduh dan tak ada nilai seni. Selalunya animated gif digunakan sebagai avatar didalam forum. Tetapi menurut Jamie Beck, seorang jurufoto wanita professional dari New York, animated gif boleh digunakan bagi mencipta hasil seni bermutu tinggi.Beliau memanggil animated gif beliau sebagai Cinemagraph dan ianya sesuai digunakan untuk piktorial fesyen dimajalah hiburan. Gambar model dan baju yang diragakan tidak perlu statik lagi. In a way menurut Jamie, ini membuatkan laman web fesyen akan kelihatan seperti akhbar fiksyen Daily Prophet dari cerita Harry Potter.

jom kita tgok pic bawah nih....korang kagum x?


Berhati-hati dengan Jiwang Network!

venom a.k.a tomlia 

Perhatian kepada user2, forumer2 serta blogger2 sekalian, korang dinasihatkan menukar password dan jugak email utama korang jika korang sudah mendaftar atau menjadi member di jiwang.ws, jiwang.org dan jugak torrent.jiwang.cc

Aku nasihatkan kepada korang supaya lebih selamat jangan register atau masuk ke site jiwang network. Kami sgt tahu selok belok agenda dan juga permainan staff jiwang terutamanya kepada root dia sendiri JWG dan hacker dibawah jagaan dia iaitu VENOM(jiwang.ws),tomlias(jiwang.org) hacker ini akan diberi kebenaran atau kepercayaan penuh oleh admin root iaitu JWG untuk mengaccess detail member untuk dihack pass dan jugak email member2 yang berdaftar di dalam forum diowang. 

Adalah tidak jujur jika password yang selama ini kita sahaja yang tahu di cerobohi orang dan Aku adalah salah seorang dari beberapa orang bekas staff di jiwang yang telah keluar dari forum dan network diorang disebabkan permainan kotor dr root dan juga hacker dia yang telah dihack dan mencuri pass. Aku harap korang hati2 dan kalau boleh tak perlu register atau menjadi member di forum yang penuh dgn tipu helah dan permainan kotor dari 2 orang ini. sebenarnya banyak lagi issue yang akan berbangkit, tapi biarlah orang yang betul2 yang akan keluarkan..seriusly aku bg tahu.. perkara ini akan keluar tak lama lagi jika 2 org yang tak tahu hormat hak org ini terus sewenang2nya bermain cara begini. 

Dan kepada Venom dan JWG, korang takkan selamat dan kami akan bongkarkan segala apa yang terjadi yang sememangnya membuatkan ahli2 dan jgk bekas staff korang keluar dari network yang dulunya penuh berbakti dan jgk yang menaikkan reputasi korang. Jangan ingat kami diam dan korang boleh buat kami sesuka hati,kami belajar sesuatu dari korang. dan jangan cuba memutar belitkan fakta jika diri sendiri yang bersalah dan cuba menjadi seorang yang tak mengiktiraf kerja orang lain. 

Dan untuk pengetahuan korang Boss di site ini iaitu Jwg punyai perangai yang buruk iaitu menukarkan link yang di buat oleh perakam sesebuah cerita kepada link sendiri kononnya dia yang capture untuk keuntungan sendiri.Ingat laa sikit bahawa kamu itu semua membangun dari pada hasil kerja dari orang lama. Dan orang lama itu yang membawa kamu berjaya, tetapi kejayaan kamu tidak akan kekal sekiranya mengharapkan hasil raih simpati dari orang ramai. 

 ini adalah ss yang di capture semasa orang berkenaan memecah amanah masuk akaun BanJiRiaN...

source from asscrewz!

Fenomena Hujan Air Batu

26 April 2011


pernah tgok vid ini??..pernah anda mengalaminya??...ada 1 berita di Kelantan...

JELI - 'Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang' mungkin sekadar pepatah Melayu menggambarkan perlunya kita bersifat patriotik.

Bagaimanapun hujan batu benar-benar berlaku dan fenomena itu terjadi di Kelantan sejak kebelakangan ini.

Jika sebelum ini, ia berlaku di Pasir Mas kali ini ia berlaku pula di Kampung Kulim di sini malam kelmarin sehingga menimbulkan suasana gempar kepada penduduk.

Selain hujan, ia diiringi ribut kencang sehingga menyebabkan atap kira-kira 100 buah rumah termasuk masjid di diterbangkan angin dan mujur tidak ada sebarang kemalangan berlaku.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! Ahad ke kampung tersebut mendapati hujan batu itu menjadi seakan-akan pesta kepada penduduk yang keluar beramai-ramai melihat ketulan ais yang bersepah-sepah di atas jalan raya dan rumah.

Malah ada pula antara mereka yang menganggap ia kejadian yang pelik dan bermula pada pukul 7.30 malam ramai yang menyimpan ketulan ais itu kerana dipercayai mampu menjadi penawar.

"Pelik semua orang tak takut malah ramai yang keluar rumah sibuk mengutip ketulan ais yang," ujar seorang penduduk, Muhammad Ismail Muhammad Kadir, 57, kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, Muhammad memberitahu, pada mulanya dia sibuk memerhatikan zink rumah-rumah berdekatan dengannya diterbangkan angin kuat ketika kejadian.

Antara ketulan-ketulan kecil air batu yang dikutip penduduk selepas hujan di Kampung Kulim, Jeli

Tiba-tiba ujarnya, terdengar bunyi yang kuat daripada zink rumahnya seperti dibaling oleh batu dan selepas ribut mula reda, dia keluar untuk memeriksa keadaan itu.

"Terkejut juga nampak ketulan-ketulan ais yang ada sebesar penumbuk yang tak tahu datang dari mana dan nampak ada orang lain turut kutip benda yang sama," tambahnya.



Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Surah : Ar-Ra’du : 11

Al-hamdulillah Allah SWT tidak menghendaki ianya menimpa suatu kaum alalu jatuh dengan selamat tanpa mengenail makhluknya yang lemah.

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. Surah An-Nur : 43

 wallahualam...

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH


ben....dah pernah wat entry nih...hahhaha...so just link jer la kan..

kambing??..kenapa tajuk kena ada kmbing?...ape salah kambing??..kenapa kambing perlu ada lam blog aku??..binantang lain xder ker??
hahahhaa...nk tahu??..dulu aku pernah kena kejar ngn kambing..

dulu aku sekolah kat sek men keb...so aku dok kelas pertama..then kelas pertama wajib ambik mata pelajaran arab..so mase form 1..ok lagi la..buleh follow....masuk form 2...mmg dah sewel sket...hahhaa...aku dah x ingt ape yg aku belajar..yg aku ingt  jer...kata ganti nama bagi seorang laki..ramai laki..perempuan..mereka..


sambung kat sini!!..Kambing kejar aku?

Entry Pilihan Hari Ini

wahh...tadi berjalan2 dalam blog..so tertgok la blog ini...ermmm...semalam baru borak ngn mmber dia...and baru tau yang gadis nih berasal dari terengganu..so..jom kita tgok ape entry yang menarik hati aku..

"time saya sekolah..pagi2 saya dengan adik saya yang kedua..akan bawak seplastik kerepek ubi yang dibungkus nenek dan jual kat kaki lima kelas saya ..setiap hari dalam RM 5 ringgit dapat..and saya just amik 50sen untuk buat belanja sekolah.."(pagi2 dah menjual..nak dapatkan duit belanja..50 sen jer ambik..kalau sekarang??...mak bapak x bagi rm10..x mau pergi sekolah)

satu perkara yang saya ingat nenek ajar,,jangan pernah memandang rendah pada apa yang kita ada..jangan pandang rendah terhadap kebodohan kita..jangan pandang rendah pada ibu bapa kite yang tak berpelajaran..jangan pandang rendah pada sekolah kita even bukan sekolah elit..in short..jangan pernah memandang rendah pada APA YANG KITA ADA..

ahh...mls dah aku nk bercerita..korang p la bace kat cini sendiri....SINI

coretan aku : gler aku respek minah nih...waterfall btol...kecik dah pandai berdikari..pagi dah pegi berniaga kat kaki lima sekolah semata2 nak dptkan duit belanja....x nak ssahkan mak bapak...walaupon dia anak orang kampung..tp x pernah putus asa...sume keje rumah..dia yang buat..sbb mak ayah dia kat sawah..semoga mencapai kejayaan ye sis...beruntung mak ayah kamu dpt anak macam kamu..

[VIDEO] Pertunangan Ashraf Muslim / Ustaz Amirul Dengan Dayana


PETALING JAYA: Ketika orang ramai tertanya-tanya siapakah bakal isteri Ashraf Muslim,30, (gambar), pelakon itu menjelaskan wanita yang menjadi pilihan hatinya itu ialah anak kepada rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, iaitu Lokman Abdul Hamid.

jom kita tgok video mereka..


PUSAT Rawatan Islam Al-Hidayah Gombak membawa 1001 makna dalam hidup pelakon Ashraf Muslim, 30, apabila di sinilah dia bertemu sinar hidupnya – lebih memahami tanggungjawab sebagai muslim sejati selain mengenali bakal suri hidup, Noor Dayana Lokman, 24.

Itulah antara nikmat yang Allah kurniakan, malahan tunjang filem Aku Masih Dara itu langsung tidak menyangka nawaitu untuk berubat kira-kira dua tahun lalu memanjangkan silaturrahim dengan pengasasnya, Ustaz Lokman Abdul Ghani yang kemudian menjadi rakan kongsi seterusnya rasmi bergelar bapa mentua pada 1 Syawal ini.
Walau tidak melalui fasa bercinta seperti pasangan muda mudi lain, Ashraf mengakui keperibadian dan kelembutan penuntut perubatan Universiti Manippal India untuk menjadikannya sebagai teman hidup apatah lagi mereka berkongsi minat sama iaitu perubatan sekali pun berlainan pendekatan.

“Saya tidak pernah bertemu dengannya hinggalah awal tahun kerana Dayana belajar di luar negara. Kami sama-sama membantu di pusat perubatan ini kerana dia banyak memberi pandangan mengenai sesuatu penyakit daripada sudut perubatan moden. Lebih penting orangnya taat pada agama serta lemah lembut.

“Walau sudah mula menyukainya saya tidak pernah menyatakan perasaan itu namun saya nekad melamarnya. Dia terkejut kerana kami tidak bercinta dan selepas bersetuju kami sekeluarga memilih hari perasmian Al-Hidayah untuk bertunang kerana semua saudara mara sudah berkumpul,” katanya yang segak dalam persalinan baju Melayu putih diacu samping ungu.

Majlis pertunangan ini turut menyerlahkan kejelitaan Noor Dayana yang berseri dengan gaun labuh rona senada putih salju malah pasangan itu memang tampak sepadan tatkala dipasangkan untuk sesi fotografi bersama media di atas pelamin indah di tengah kediaman yang dinamakan Villa Bestari itu.
Sesungguhnya jika pada hari lain sejak tiga bulan lalu lokasi itu sudah biasa meraih kunjungan ramai, tetapi pada pagi Sabtu lalu suasana sedikit berbeza apabila yang hadir mahu meraikan dua majlis penuh bermakna, terutama pertunangan Ashraf dan Dayana yang turut disiarkan menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Lebih 10 khemah besar didirikan sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu yang diundang seawal jam 10 pagi lagi bagi acara pertunangan disusuli perasmian Al-Hidayah oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pihak Ashraf membawa lima dulang hantaran dan sebagai balasan keluarga Dayana menyerahkan tujuh dulang manakala Ashraf yang kehilangan ibu berikutan kanser payu dara turut diwakili emak saudaranya, Fatimah Akil yang menyarungkan cincin pertunangan.

Mereka merancang untuk bernikah di Makkah pada 1 Syawal nanti kerana hajat itu sudah lama disimpan di sanubari sekali gus mahu mengambil keberkatan apabila ibadah umrah juga antara perancangan yang ingin disempurnakan.

“Jika diizinkan kami mahu melangsungkan segera perkara baik. Lagi pun kami bekerja bersama di pusat ini, jadi nampak tidak manis. Tambahan pula keluarga kedua-dua belah pihak juga meminta pernikahan tidak perlu ditangguh-tangguh.

“Saya berdebar tetapi pada masa bersyukur di atas kurniaan ini. Kalau mengikut perancangan, kami akan ke sana 17 Ogos ini membawa sekali rombongan umrah. Majlis resepsi pula belum ditentukan tarikh atau lokasinya tetapi akan diadakan di Melaka selain di Shah Alam,” kata anak jati Teluk Mas, Melaka itu.

Berehat sementara dari dunia seni

Berkongsi kecenderungannya sebagai pengamal perubatan Islam, Ashraf yang mula mendalami kaedah alternatif menggunakan ayat-ayat al-Quran, mendidik dan memberikan kaunseling kepada pesakit sejak dua tahun lalu mengakui dirinya semakin tenang.

Jujur katanya, Al-Hidayah memberi makna tersendiri malah jauh di sudut hati, nikmat hidayah yang diperoleh tidak diambil kerana masih banyak yang ingin dikongsi, begitu juga dengan tanggungjawab membantu insan lain menerusi pusat itu.

“Kami hanya kembali kepada al-Quran kerana kalam suci ini mempunyai mukjizat yang agung. Kita ikhtiar, membaca ayat dan menyerahkan segala-galanya kepada yang lebih berkuasa. Saya sekadar berkongsi pengetahuan ini dengan pesakit. Buat masa ini tumpuan hanya kepada Al-Hidayah kerana kami sudah membuka lapan cawangan.

“Insan kurang bernasib baik juga mendapat manfaat apabila 20 peratus daripada setiap bayaran rawatan di pusat itu disalurkan kepada dua rumah kebajikan dan berdasarkan perancangan kami mahu menubuhkan hospital yang mengaplikasikan perubatan alternatif dan moden,” katanya yang berehat daripada dunia seni tahun ini.

Sementara itu, Dayana yang malu-malu disapa media berkata status Ashraf sebagai selebriti tidak membawa sebarang perubahan terhadap kehidupannya sekali pun mengakui bakal suaminya itu dikenali ramai kerana sepanjang perkenalan mereka Ashraf cukup berterus terang.

“Sebelum ini saya hanya mengetahui bapa saya punya adik angkat. Disebabkan saya belajar di India, saya tidak tahu pun dia artis pertama kali bertemu dengannya. Saya mengenali dia sebagai Ashraf, lelaki biasa. Jadi rasanya dari segi peribadi dia tetap Ashraf yang saya kenal.

“Soal kerjayanya sebagai pelakon, saya tidak akan menghalang. Tambahan pula dia jenis yang akan bertanya kepada saya dulu dan begitu berterus terang. Apa pun saya tidak akan mengongkong kerana yakin dia lebih memahami perkara yang terbaik untuk masa depan kami,” katanya yang turut kagum melihat perubahan sisi peribadi lelaki itu.

INFO
- Hampir 700 tetamu memeriahkan majlis.
- Bakal diijabkabul di Tanah Suci Mekah 30 Ogos ini atau 1 Syawal.
- Akan mengadakan dua majlis resepsi di Shah Alam dan Melaka.
- Ashraf bercuti dari lakonan sepanjang tahun ini untuk tumpu pada Al-Hidayah.
- Khaled Nordin merasmikan Pusat Islam Al-Hidayah.
- Merancang membuka cawangan di luar negara termasuk Jakarta dan Brunei.

nak tgok gambar??...tgok sini!..

 http://www.darxniq.com/2011/04/ashraf-muslim-ustaz-amirul-bertunang.html

Ayah Ally Iskandar Meninggal Dunia

Al- Fatihah..

Buat Ally Iskandar sekeluarga, Diucapkan Takziah.. Semoaga arwah ditempatkan dikalangan hambanya yang beriman.. Sesungguhnya doa dari anak-anak yang soleh menjadi bekal kepada arwah .. Insyaallah.. Amin...



untuk maklumat lanjut..sila pergi ke sini http://www.adybudika.com/2011/04/ayah-ally-iskandar-meninggal-dunia-al.html

CONTEST SEMUA TENTANG "4"

25 April 2011


memandangkan dah kena tag..so terpaksa la buat..hahahhaha..adoiii..


4 PERKARA DESCRIBE ABOUT YOURSELF

  1. seorang yang garang dan panas baran..hahahha..sape wat aku marah mmg kena maki kaw2 la..
  2. aku simple jer..mls nk berstyle2 sgt...aku kan budak kampung..
  3. suka main tenet..berforum..berblog..suka melepak ngn mmber2 lame dekat kedai smpai berjam2 lamanya..
  4. entah..aku pon x tau..tp orang kate aku nih penyayang..hahah..btol ker??...


4 NAMA MANJA KAMU

  1. along - family paggil
  2. cik nik - student aku panggil
  3. niq - mmber2 forum ngn blog paggil..
  4. afnan - mmber2 kampung ngn minah sewel nih panggil..


4 PERKARA BAIK YANG KAMU BUAT HARI INI

  1. hahha..entah..xder kot..muhahahah..jhat gler jawapan..


4 TEMPAT YANG NAK SANGAT PERGI

  1. nak p korea sbb nk p jumpa awek2 korea..hahahha..
  2. nak p jepun sbb nk smbung study kat sane..weeee..leh jumpa maria ozawa..muhahahhaha..
  3. dah xder kot..


4 BENDA WAJIB BAWA KALAU KELUAR

  1. handphone (dua bijik)
  2. camera digital (senang nk snap awek2 cun)
  3. wallet (lesen jet...duit..dan macam2..)
  4. netbook (senang nk update blog)


4 PERKARA TERAKHIR KAMU BUAT SEBELUM JOIN CONTEST INI

  1. basuh baju yang bertimbun
  2. baru balik keje
  3. makan nasi ayam
  4. bru pas borak2 ngn anak gadis jiran sebelah


4 ORANG PALING KAMU SAYANG DALAM DUNIA

  1. mesti sume syg allah dan rasul
  2. sayang family dan adik beradik
  3. sayang bakal isteri sy..ahahhaha.
  4. sayang mmber2 seperjuangan


4 JENIS RAGAM MANUSIA KAMU JUMPA HARI INI

  1. awek kereta berlumba ngn aku..ahahha..demm..mentang2 la pakai neo CPS R3
  2. student yang pemalas..hahahha..tau nk rehat jer keje...wata keje 5 mnit..rehat stgh jam
  3. pakcik yang x reti bg signal sebelom masuk cabang..selamat aku x langgor jer..
  4. polis yang bahlul...yang p wat roadblock dekat simpang..sape suh..kang dah kena langgar ngn kete..


4 MISI YANG PERLU DICAPAI TAHUN INI

  1. smbung blajar degree
  2. cari bakal isteri
  3. nk beli D3S..muahahahhaa..


4 HABIT BURUK

  1. suka kenakan orang..mmg gler kaw2 kenakan orang..
  2. buat keje lambat..kalau keje tuh kena wat berulang2 kali..



4 PERKARA YANG KAMU FOBIA

  1. ble bawak motor selisih ngn lori..sbb pernah jatoh tgh jalan...lori lalu...selamat lori sempat elak..
  2. bila mmber bawak kete laju...selaju 200 km/j...sbb risau..kalau aku yang bawak xpe..hahaha..
  3. ular..hahahha..sbb nyaris2 nk kena patuk ular mase kecik


4 SEBAB JOIN CONTEST INI

  1. kena tag
  2. saje nk isi masa lapang..
  3. lame x main kontest
  4. entah la..x tau dah  nk kate ape..ahhahah
p/s : xnk tag sape2 boleh??..hahahhaha...sape2 nk join..p la klik pic atas tuh eh....

KEPUTUSAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI 2011



KUALA LUMPUR: Keputusan kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh disemak mulai Khamis ini.

Kementerian berkenaan dalam kenyataan hari ini, berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan pada 10 Julai hingga 10 Oktober tahun lalu boleh membuat semakan itu menerusi laman web KPM di alamat www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan.

Mereka juga boleh menyemak keputusan menerusi khidmat SMS dengan menaip perkataan MOE MAT (jarak) nombor kad pengenalan dan dihantar ke 15888.

Selain itu, keputusan kemasukan ke matrikulasi itu juga boleh disemak dengan menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4083 mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pendaftaran pelajar ke matrikulasi akan diadakan pada 23 Mei ini dan pelajar yang berjaya memohon dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang pendaftaran di laman web KPM yang sama.

Bagi pelajar yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di laman web KPM yang sama mulai hari semakan Khamis ini sehingga 13 Mei ini. - BERNAMA

Kontest Teka Blog! [Blog Budak Muncet]

ehem2....hari nih rasa nak buat kontest teka blog la..hahahahah...ok....hadiah dia sorang jer...sape cepat dan tepat....aku bagi topup RM10...


mula2..perhatikan gambar ini....nih follower aku..





dan gambar ini..entah blog sape entah aku p..hahahha..



no same kan..hahahhaahah....so sila cari siapakah tuan punyer blog yang bernombor same ngn aku....

ingt...tarikh tutup adalah hari ni...sebelom pukul 5 PETANG!!..

sape cepat dia dapat...jeng2....

komen aku akan pulish selepas pukul 5....sekian terima kasih!!..

p/s: tuan punyer blog adalah perempuan...link blog dia.. tagline blog dia "pe***ya pada ta***r .....

Header baru lagik!!...yeah!!..yeah!!...

selamat pagi...semalam blog ini tidak berupdate....1 entry jer semalam...entah la..semalam mood x brape ada...mane entah p pakcik mood nih....puas dok cari..x jumpa2....

tapi hari nih...hahahhaa..pakcik mood datang balik...rupa2nya dia p korea...hampeh tol..jauh bebenor dia p...
btw...bgon pagi2 tadi...tgok inbox fb..wahhh..ada mesej..muhahahhaha...ada orang buatkan header flash untuk aku....ehhh..bukan free ok...bayar...mane la ada benda free...


so jom tgok header baru aku www.darxniq.com



header dari jiran aku www.akufakhrul.com



header dari admin sahabat blogger www.thegarang.blogspot.com



header kami bertiga telah didesign oleh www.fahmimahat.blogspot.com..so sape yang nak header flash..boleh la p kat blog dia...harga dia murah jer...


yang nih plak dari musuh ketat aku...robocop besi www.kayif.com



header dia x tau la sape yang buat..ahahhahahhaa...


btw ada lagi header lain..kalau nak tahu sape buat..korang tnyer la mereka sendiri yerk..hahhahaa..

header dari nyah kupu-kupu www.kupukupukecik.blogspot.com


header dari cik epal yang bakal nak jadi cik tembikai sbb selalu menternak lemak www.cikepal06.blogspot.com


hahahhaha..jgn jeles yer!!..muhahahahhahahahahhahahahhahahaha.....

How to increase your page rank with SEO


First: we must know what is meant by the Page Rank. According to wikipedia PageRank is a link analysis algorithm which is a trademark of Google. If the plain language of the position given by the Google ranking of our website. Vote or Vote for your web page or in other words, people who refer to our webpage. Other high PR backlinks, the more that is given by a link.

google is defined page rank  as

"PageRank will reflect the importance of a web page on our views and the reader is taking more than 500 million variables and 2 billion terms. Pages that are important to receive a high PageRank and appear on the front page of search engines.
PageRank takes into account the importance of a webpage to receive more clicks, and searches of visitors. This is taken into account as a high value, this webpage will provide a high-value links. Google will always m make pragmatic steps to improve search quality and create a product to and use of intelligent technology to identify the importance of a webpage. "


Page Rank Tool Bar

There are several Google Toolbar installed in your browser, chances are you'll find the Google page rank. There are two tool bars that I used Mozbar and SeoQuake. It gives us a ranking of a page that we see on the computer screen. I use the tool bar to give preference to choose the blog that I want to be working or blog and want to install comment backlinks that will improve our web page authority.


Page Rank with Facebook

Many experts that Page rank can be given by a link located on facebook. Like button to play an important role to tell googlebot that a webpage is important. I have checked several times using several tools, hard to detect links from facebook like this button to give the authority this page to our blog. I want to find methods that can told us how many links from facebook button like this. No one knows how googlebot works to detect links like this. Facebook give PR 10/10. A link can give us the equations and thousands of backlinks that we make the webpage PR0. Page Rank will increase if it gets like the backlinks from facebook.

source  http://www.happysus.com/cara-meningkatkan-page-rank-dengan-search-engine-optimization.html

Kos Percintaan Korang

24 April 2011


cerita pasal jodoh kawin, memang seronok... 3 langkah je utk menuju ke gerbang perkahwinan... korang perhatikan tips-tips yg aku bg ni termasuk kos-kos yg terlibat scara langsungnya....


Langkah pertama
berjumpa ----> jatuh hati ----> mengorat
kos:
1. bunga 3 kuntum (RM 15.00)
2. surat: kertas A4, sampul, setem / upah pos budak hantar (RM 2.00)
Jumlah RM 17.00. ok.


Langkah 2
mengorat ----> bergayut (handphone) ----> bagi bunga, ajak makan, tengok wayang, berjalan2, shopping
kos:
1. bil h/phone : RM 10/sehari (top-up)... sebulan RM 300
2. bunga: RM 15/ seminggu (ahad saje pegi date)... sebulan RM 60
3. makan 2 orang (takkan 3 org plak): RM 50/seminggu (kira makan sedap tu macm KFC, McD, Burger King dll tempat yg berair-cond, takkan gerai tepi jalan yg x standard)... sebulan RM 200
4. tengok wayang: RM 20 (2 orang) + RM 20 (popcorn / jajan)...sebulan 2x, RM 80
5. berjalan-jalan, duit minyak @ duit tambang: RM 10 - 30
6. shopping: wallahualam, kalau boleh dijauhkan ataupun standby je RM 100 lg dalam poket.
Jumlah: dalam lingkungan RM 800 sebulan. ok ker tidak ni....(gigil jgak beb), sbb itu org tua kata jgn tunggu lama-lama... cepat-cepat ler kahwin...


Langkah 3
merisik ----> bertunang ----> berkahwin
kos:
1. hantaran 7 dulang, RM 50 x 7 = RM 350 (sepupu aku bagi info ni..), 2x = RM 700
2. cincin merisik = RM 200, cincin tunang = RM 500, cincin perkahwinan = RM 1,000
3. duit maskawin = RM 82, duit nikah kahwin = RM 150, duit kursus = RM 80
4. duit hantaran terkini RM 8,000 - RM 10,000 (kiter kene paham, harga barang dah naik)
5. duit kenduri sebelah lelaki RM 7,000 (itupun kalau gotong royong org kampung)
6.karaoke @ kugiran: RM 500 ~ RM 1,000
7. mak andam, set pelamin dsb.nya: RM 3,000
jumlah kasar: RM 25,000 ~ 30,000 (itu kira dah bajet tu...)

Oleh itu, blajar le rajin2, kerja cari duit simpan bebanyak, kemudian baru cari awek, jodoh tuhan dah tentukan, mengapa kiter perlu risau...

alangkah baiknya, klau langkah no. 2 tu korang praktikkan pd mak ayah kiter yg membesarkan kiter dari lahir sampai dapat mengenal dunia ni... isk..isk..isk..

 coretan niq : huk..huk...rasa sunyi lak ble dok sorang2..hahahhaha..sape2 nk jadi awek part time niq??...nnti contact [via facebook] okeh!...:p

Nih bukan kurang ajar..nih mmg celaka dah ni!..

23 April 2011


ape ke gampang la....dah xder keje ker nk memecah belahkan islam...smpai ke binatang nih pon ko letak atas ka'abah...


aku mls nk copy paste..kalau korang nk tahu cite dia..p la cini https://www.facebook.com/photo.php?fbid=114368548644928&set=o.193648420664490&type=1

Jenis-Jenis Pelangi Di Dunia


cantik kan pelangi..tp korang tau ker jenis2 pelangi yang ada dalam dunia nih?..kalau tidak tahu..jom kita tengok kat bawah nih..jom2..:)


1. Classic Rainbows: 
  
2. Circular Rainbows:

3. Secondary Rainbows:
  
4. Red Rainbows:




5. Sundogs:
  
6. Fogbows:
  
7. Waterfall Rainbows:
  
8. Fire Rainbows:
  
9. Moonbows:

cantik kan pelangi2 nih..aku plg suka yang no9:moonbows...indahnyer ciptaan Allah...^_^